Isnin, September 07, 2009
Lihat & Terjemahkan Sendiri Kebiadaban Mereka Ini
Selasa, Julai 14, 2009
Menang .. tipis!
Manik Urai
Sabtu, Februari 21, 2009
Kebebasan Mutlak - SPRM, Eli Wong
Ahad, Februari 08, 2009
Isnin, Januari 12, 2009
Catatan Ringkas
Jumaat, Oktober 17, 2008
Catitan Sekali Harung
Bermula dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi mereka yang menyambutnya. Tidak terlambat rasanya untuk sama-sama bergembira meraikan perayaan ini. Meski sambutan kali ini agak menghambat saya & keluarga, suasana tetap ceria tambah diraikan dengan ahli keluarga yang baru, sikecil pengarang hati. Cuma ralat, tiada sebarang gambar keluarga yang sempurna yang dapat diambil dek kerana kelam-kabut untuk menguruskan si kecil dan bergegas ke pusara Papa tercinta di pagi Syawal. Maaf Darius, Daddy pinjam butang baju melayu sebab Daddy lupa mana Daddy letak butang baju melayu Daddy. Kesian, nampak sangat selekehnya anak Daddy nih. InsyaAllah, masa Aidiladha nanti dapatlah kiranya bergambar sekeluarga. Syukur, kedua-dua Mama masih sihat meraikan Aidilfitri kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada abang sulung atas pemberiannya. Saya amat-amat menghargai.
Diteruskan dengan pengumuman persaraan PM Abdullah Mac 2009 nanti. Syukurlah, setidak-tidaknya, suara hati rakyat & akar umbi UMNO telah didengari. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada PM Abdullah. Jasa tetap tidak akan dilupakan. Najib sebagai PM yang baru?...Secara peribadi, tidak dapat saya setuju. Namun, biarlah orang UMNO sendiri yang memilih siapa yang layak teraju sebagai Presiden.
Datuk Shahrukh Khan??.. Hmmm... apa nak jadi dengan TYT Melaka nih. Tidak malu saya katakan saya juga peminat "Datuk" Shahrukh Khan yang setia. Zaman saya bercinta dengan isteri tercinta dulu-dulu pun dihiasi dengan filem-filem dan lagu-lagu Bollywood Shahrukh Khan khususnya.Tapi , tidaklah sampai saya mahu beri darjah kebesaran kepada beliau sekiranya saya punyai kapasiti untuk berbuat sedemikian. Biarlah, apa jua rasional yang diberikan untuk menghalalkan pemberian darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada Shahrukh Khan tetap tidak dapat diterima oleh akal rakyat Malaysia yang waras. Sumbangan ekonomi? Fikirlah sendiri... Pelancongan? Jauh panggang dari api rasanya.. Persepsi sebegini yang perlu disanggah. Kita, orang Malaysia cukup terhegeh-hegeh dengan bintang Bollywood. Sudah lupakah dengan sikap kurang sopan mereka tatkala dua kali mengadakan acara "Award" (lupa nama penuh sambutan award yang dilakukan) di Malaysia?
Dan yang akhir, saya kelu tatkala mengetahui Mufti Perlis akan menamatkan kontrak sebagai Mufti pada Disember ini. Sungguh, Dr. Asri telah menyemarakkan budaya menilai dan mengkaji sebagai hujah dalam pencarian. Kesarjanaan. Itulah ungkapan Dr. Asri yang menarik hati & sanubari saya untuk mengkaji. Moga Allah sentiasa merahmati Dr. Asri. Meski, jawatan bukan suatu yang penting. Namun, adakalanya jawatan memudahkan untuk menyampaikan.
Rabu, September 24, 2008
Lagi Ulasan Berkenaan Situasi Politik Terkini Dari Sudut Perlembagaan
The Sun, September 22, 2008
By Maria J. Dass
THE premise that Parliament has to be called for a vote of no-confidence against the prime minister (PM) to be passed is too simplistic, said advocate and solicitor Tommy Thomas. He was responding to an interview published on Thursday in theSun with constitutional law expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi who said that under the Constitution [Article 43(4)], it is Parliament, and not the Agong, which must dismiss the PM.
Article 43(4) of the Constitution reads: If the PM ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the prime minister shall tender the resignation of the cabinet.
“However, for Shad’s interpretation to be correct, Article 43(4) ought to read like this: If the Prime Minister is defeated on a motion of confidence in the House of Representatives, then…” Thomas said.
If Shad’s interpretation is right, it was limited to only one occasion and one fact pattern – that the matter needs to be brought to the Dewan Rakyat, he said, adding that the broad scope of the Constitution allowed for other methods to be applied.
“I accept the method Shad mentioned as the traditional method and the first method of preference; where I am disagreeing is that it is not the only method,” he said in an interview last Friday.
He said Article 43(4) represented the Reid Commission report draft and maintained its original form and essentially codified the British Constitutional principle that awards the Agong the exact same powers as the British monarch has. He said nearly all Commonwealth countries had persons who were in similar positions to the British monarch and had the same powers. India, being a republic, has a president while Australia and New Zealand have governors-general to represent the Queen. So what are the other methods instead of a no-confidence vote?
Thomas: To answer this we have to first look at the fact that in almost every Commonwealth nation, there is a supreme head, a constitutional monarch. In Malaysia, it is the Agong as stipulated in Article 32(1) of the Federal Constitution. This supreme head has to be above politics and serve the role of stabilising the nation, especially in a time of crisis like this.
Article 43(2)(a), which states that the Yang di-Pertuan Agong shall first appoint PM to preside over the cabinet a member of the House of Representative who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House, leaves the discretion of appointing the PM to the Agong.
The King has to take the advice of the PM 99.999% of the time according to Article 40(1); however the Agong may act in his discretion to appoint the PM and to withhold the consent to a request for the dissolution of Parliament according to Article 40(2).
In some situations he doesn’t take the PM’s advice because the advice may be self-serving. In the case where a PM does not enjoy the support of the majority, his self-serving advice may be to “keep me, don’t sack me”.
So in these situations and in times of trouble, the King should look above the advice and speak up in the interest of the nation.
As a constitutional monarch, the Agong cannot remove the PM unless he is convinced that the PM has lost the confidence of the majority of Dewan Rakyat members as stipulated in Article 43(4) and 40(3).
If the events in 43(4) occur, then the PM can be dismissed if he doesn’t resign.
The provisions in the Constitution give the King a very broad discretion, but he cannot act as a dictator as there are restraints to his absolute discretion. For example, he cannot appoint you or me to be PM because of the simple reason that we are not members of the lower house. That tells you straight away that the choice is limited to 222 people.
How does the King exercise his discretion if there is no vote of no-confidence?
A written and signed declaration signed by the majority members of the lower house, where if a member/members of Parliament sees him and produce documents to show that more than the majority needed have signed a declaration of no confidence.
If the King is satisfied with that and genuineness of the signatures, then he can accept that – the method of ascertaining the losing of confidence.
* Sumber : www.anwaribrahimblog.comRabu, September 17, 2008
16 September : Suatu Gimik Politik Atau Realiti
Namun perubahan yang ditunggu tidak kunjung tiba meski pelbagai penjelasan diberikan dan semacam ada kepercayaan bahawa proses perubahan ini masih berjalan walaupun terlepas dari tarikh akhir yang diumumkan.
Senario ini telah mewujudkan pelbagai keadaan yang kelam-kabut. BN dengan gelabahnya melakukan pelbagai aksi-aksi lawak jenaka bermula dengan peruntukan Bajet 2009 yang terbesar dalam sejarah Malaysia dalam pemberian kebajikan tanpa memfokuskan bagaimana sektor ekonomi boleh berkembang, sampai ke Taiwan 'berjalan mempelajari tanaman orang' dan terbaru, menggunakan ISA terhadap individu-individu yang berkaitan dengan politik sehinggakan timbul percanggahan pendapat di kalangan menteri kabinet dan Perdana Menteri sendiri yang membawa kepada perletakkan jawatan.
Pakatan Rakyat juga ada melakukan aksi-aksi lawak sehingga sanggup terkejar-kejar ke Taiwan mencari mereka yang sedang 'belajar bercucuk tanam' di sana untuk dipujuk dibawa pulang sebagai ahli mereka.
Kesan akibat rancangan perubahan kerajaan ini cukup besar. PM Abdullah tidak senang duduk bahkan mengeluarkan kenyataan bahawa BN akan melakukan apa sahaja untuk menghalang perubahan kerajaan ini daripada berlaku. Manakala Anwar Ibrahim pula seakan terlalu yakin untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 dalam usaha melengkapkan Teori 'RAHMAN' yang dikemukakan oleh Pak Habib lama dahulu. Kegusaran PM Abdullah ada signifikannya dan keyakinan Anwar Ibrahim juga berpaksi kepada suatu kenyataan. Yang pasti, perubahan kepada kerajaan dan kepimpinan pasti akan berlaku samada perubahan dalaman (yang dilakukan oleh BN sendiri) atau pun datang dari luar oleh Pakatan Rakyat. PM Abdullah selaku Presiden UMNO juga sudah semakin tidak popular dikalangan akar umbi. Anwar Ibrahim pula tercalar sedikit kredibiliti dek kerana 16 September ini. Ketidakyakinan pelbagai pihak baik secara terang-terangan mahupun secara diam dalam dan luar negera terhadap PM Abdullah punyai kesan yang amat mendalam terutama kepada ekonomi Malaysia. Saya mengandaikan, berasaskan analisis sendiri, Indeks Bursa Malaysia akan mencuba paras 1000 mata sebagai paras sokongan dan mungkin juga akan menerobos melepasi hingga ke 990 mata dalam seminggu dua ini. Itu gambaran ketidakyakinan para pelabur dalam dan luar negara terhadap kepimpinan dan pengurusan makroekonomi negara.
Suatu cadangan kepada persepsi-persepsi ini. PM Abdullah segera berundur dan memberi laluan kepada orang lain. Dan keputusan siapa pengganti kepada PM Abdullah hanya boleh dipulangkan kepada akar umbi UMNO. Biar mereka diberi kebebasan untuk menentukan siapa yang layak pada mata & hati mereka untuk mengemudi UMNO membelah badai yang bergelora selepas PRU 12. Tidak semestinya Najib yang layak menjadi Presiden UMNO seterusnya. Banyak lagi pimpinan UMNO yang kanan dan jauh berpengalaman berbanding Najib disamping kurang diselubungi tanggapan negatif .
Kepada Anwar Ibrahim, bukan nasihat tapi sekadar berkongsi peringatan. Syeikh Ibn Ata'illah dalam Kitab Hikam biasa menyebut " Himmah (tekad & cita-cita) yang menggebu tidak dapat menerobos takdir yang telah ditentukan oleh Allah". Kalau sudah ditakdirkan Allah, Datuk Seri akan menjadi PM Malaysia suatu hari nanti, insyaAllah ia akan tetap terjadi. Namun sekiranya tidak pernah tercatat sedemikian dalam Loh Mahfuz, maka adalah lebih baik direncanakan kemasan strategi dan solidariti Pakatan Rakyat untuk mentadbir kelima-lima negeri dengan bijak & amanah serta bersedia untuk menggempur BN dalam PRU 13 empat tahun lagi. Datuk Seri punya banyak ruang dan masa tambahan lagi sebagai Ketua Pembangkang , Datuk Seri punyai peranan besar yang bukan lekeh untuk mempastikan Kerajaan Baru selepas PM Abdullah berlaku adil & amanah. Juga jangan lupa amanah rakyat Permatang Pauh yang telah mengangkat kembali Datuk Seri dalam senario politik Malaysia.
Kepada para penyokong (yang sering juga dilabel pengikut setia yang ta'sub oleh segelintir kawan-kawan dalam UMNO) Pakatan Rakyat khususnya PKR, bertindak waraslah. Jangan mudah goyah pegangan sehingga minda jadi sempit & dangkal. Pun begitu jangan pula terlalu ta'sub (meminjam gelaran mereka) akan pasti perubahan ini berlaku sekelip mata dek kerana angka 31 sudah mencukupi. Biar meneliti dan menerima fakta dan realiti. Biar punyai hujah dan sokongan ilmiah pada setiap ucapan dan tindakan. Jangan main semberono saja. Kita punyai amanah akan setiap pergerakan kita. Kalam kita, milik Tuhan. Suatu peringatan untuk mereka ini,
"Terlambatnya masa pemberian oleh Allah - sesudah berdoa- jangan hendaknya menyebabkan anda berputus asa, kerana Allah SWT telah menanggung terkabulnya doa anda menurut pilihanNya untuk anda bukan menurut apa yang anda pilih untuk diri anda serta pada masa yang Dia kehendaki dan bukan pada masa yang anda inginkan. Belum tertunainya janji Allah - walaupun waktunya telah ditentukan - jangan hendaknya sekali-kali menjadikan anda ragu terhadap janji Allah itu, agar tidak membuatkan cacat penglihatan hati dan memadamkan cahaya hati anda" - Syeikh Ibn Ata'illah , Hikam .
Sabtu, Ogos 23, 2008
Ahad, Ogos 17, 2008
Sumpah Ragu
Saya tidak berminat menyentuh dari sudut agama meski saya berpandangan bahawa tiada sumpah sambil junjung Quran (tidaklah pula Saiful junjung Quran??) dalam Islam & Quran sendiri melainkan isu Li'an. Ini tidak lebih hanyalah adat masyarakat Melayu sejak turun-temurun.
Sumpah Saiful ini sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan daripada menjelaskan keadaan. Lebih-lebih lagi dari sudut perundangan (bagi kes liwat terbaru Anwar Ibrahim).
Beberapa fakta menarik (bercanggah) daripada sumpah berdarah Saiful ini yang boleh dikupas :-
1. Saiful menyatakan Anwar Ibrahim telah meliwatnya pada 26 Jun 2008 & begitu juga dalam kertas pertuduhan Anwar di bawah Seksyen 377B KK. Saiful pada sidang media selepas bersumpah menegaskan bahawa dia dipaksa. Sedangkan sejak hari pertama Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, dia menyatakan diliwat beberapa kali & terakhir pada 26 Jun 2008. Media perdana juga turut memfokuskan berlakunya liwat berulangkali. Andaikata dipaksa & berlaku berulangkali, mengapa Sesyen 377B yang digunapakai dan mengapa hanya dinyatakan 26 Jun 2008? Meski Menteri Dalam Negeri berpendapat bahawa Mahkamah nantinya boleh meminda pertuduhan kepada Seksyen 377C KK, pendapat tersebut adalah sangat tidak wajar. Kenapa memilih untuk menuduh adanya 'suka sama suka' sedangkan dari awal dikatakan dipaksa? Kenapa memilih hanya satu tarikh sedangkan banyak tarikh-tarikh lain tidak dinyatakan dalam pertuduhan?
2. Saiful dakwa diliwat berkali-kali dan yang terakhir pada 26 Jun 2008. Najib pula semasa hari kedua sidang media mengesahkan Saiful pernah datang berjumpa dengannya pada 25 Jun 2008 mengadu mengenai diliwat oleh Anwar dan bercadang membuat laporan polis. Mana mungkin keesokkannya pula dia diliwat kali terakhir?
3. Menurut laporan perubatan Dr. Osman, Saiful mendakwa 'a plastic has been inserted into my anus'. Kan tambah bercanggah!
Segala percanggahan ini beserta dengan kenyataan Dr. Osman nantinya akan menimbulkan keraguan yang munasabah. Saiful sudah pasti akan disoal-balas oleh peguam Anwar berkenaan ini. Sekiranya pihak pendakwaraya tidak dapat membuktikan pertuduhan melampaui keraguan munasabah, maka mereka akan gagal untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan ini kerana beban bukti (onus probandi) dalam kes jenayah bagi pendakwaraya adalah untuk membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Sebab itu, persepsi sumpah Saiful ini tambah meragukan.
Khamis, Ogos 07, 2008
Episod Telah Bermula
Namun, ada juga kes-kes di mana jamin tidak dibenarkan di bawah peruntukan undang-undang seperti kes bunuh Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah tetap memberikan jaminan atas sebab-sebab yang khusus. Di antara alasan-alasan untuk membenarkan jaminan adalah masalah kesihatan, Orang Kena Tuduh (OKT) memberikan kerjasama dengan pihak polis serta tiada sebab untuk melarikan diri, OKT seorang warganegara Malaysia dan tiada sebab untuk keluar negara dan OKT tiada sebab boleh berhubung atau dipercayai boleh mengganggu saksi atau mangsa. Sebagai contoh, kes Balwant Singh, seorang peguam senior yang dituduh di bawah Seksyen 302 KK dahulu. Mahkamah telah membenarkan jaminan atas alasan kesihatan. Banyak lagi kes-kes yang seperti ini wujud. Tetapi, mengapa pada tahun 1999 dulu DSAI tidak dibenarkan diikat jamin. Dari sudut perundangan, ia adalah budi bicara mahkamah. Terpulang kepada seseorang majistret atau hakim untuk membenarkan sebarang jaminan atas alasan-alasan yang kukuh. Namun dari sudut politik, ia semacam suatu tekanan atas DSAI supaya kendur, diam tidak bersuara dan jangan melawan sehingga selesai perbicaraan.
Nampaknya, ramai yang sudah peka akan kesan yang mungkin timbul sekiranya DSAI tidak dibenarkan diikat jamin. Tambahan lagi DSAI akan bertanding di P44 pada 26 Ogos ini nanti. Pun begitu, persoalan sekarang timbul, bagaimana dengan siasatan BPR yang dibuat oleh DSAI terhadap KPN dan Peguam Negara? Belum selesaikah? Kertas Siasatan belum lengkap lagikah? Sedangkan, selang masa laporan Mohd Saiful Bukhari dan laporan DSAI tidak berapa lama. Macam mana yang satu disiasat polis telah lengkap dan satu disiasat BPR belum ke mana-mana?
Rabu, Ogos 06, 2008
Episod Akan Bermula
Tarikh Undi & Sepina
Khamis, Julai 31, 2008
Sirih Pulang Ke Gagang
Selasa, Julai 29, 2008
DSAI Untuk P 18
Rakyat Kulim nampaknya menerima dengan tangan yang luas terbuka. Kalau sudah itu yang diputuskan, redha saja. Namun, sedikit terharu dengan jawapan yang diberikan oleh YB Zul di blognya. Beliau rela berundur untuk masa depan Malaysia dan rakyat yang lebih cerah. Sambil menyatakan sokongan dan keyakinan bahawa DSAI sahajalah pemimpin yang boleh membawa ke arah Malaysia Baru.
Beliau seorang manusia yang berjiwa besar. Rela korbankan kepentingan diri - sudah pasti elaun bulanan sebagai Ahli Parlimen yang tidak kurang banyaknya akan terlepas - demi perjuangan.
Setelah meneliti sidang media oleh DSAI berkenan isu mengapa Kulim, maka ada sedikit kewajaran mengapa DSAI perlu bertanding di Kulim. Kita doakan yang terbaik , moga DSAI menang besar kali ini. Biar calon BN/UMNO hilang wang pertaruhan.
Manakala Ezam pula menyatakan kesanggupan untuk diperalatkan oleh UMNO untuk bertanding melawan bekas "Boss"nya itu sekiranya diberi kepercayaan. Saya belum pasti sejauh mana Ezam boleh 'survive' di Kulim semasa pilihanraya kecil itu nanti meski akan ada pelbagai helah dan duit yang datang mencurah-curah. Manusia yang pernah bersumpah (sebab itu orang UMNO ni suka main sumpah-sumpah) menggunakan ayat Allah katanya, di hadapan teman-teman seperjuangan katanya, biar sehebat mana tekanan & tawaran yang diberi UMNO katanya, biar dia dipenjarakan kembali katanya, dia BERSUMPAH tidak akan menyertai UMNO. Tapi sekarang? Lihatlah apa yang jadi kepada Ezam ini. Apa akhlak yang boleh kita lihat pada seorang manusia ini yang berani bermain sumpah. Sebab itu, sumpah itu sudah jadi perkara biasa. Orang munafik pun sanggup sumpah depan Quran.
Justeru sekiranya DSAI bertanding di Kulim nanti dan sekiranya Ezam akan menjadi buah catur UMNO nanti, biar kita pastikan manusia yang khianat kepada sumpah & perjuangannya sendiri ini sesak tiada bernafas digasak dari pelbagai sudut.
Ahad, Julai 27, 2008
Gelanggang Pertaruhan DSAI
Adalah suatu tindakan yang tidak bijak saya fikir, sekiranya DSAI mengambil keputusan sebegitu memandangkan ahli parlimen sedia ada YB Zulkifli Nordin sedang menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Pertukaran individu yang sama dari Pakatan Rakyat untuk kerusi yang sama tidak memberi apa-apa kebaikan kepada penguasaan kerusi milik PR. Bahkan, DSAI sebelum ini mengwarwarkan akan bertanding kerusi parlimen yang bukan milik Pakatan Rakyat - milik BN sekarang ini - untuk tujuan memperkukuhkan penguasaan kerusi PR. Apa sudah jadi?
Apakah hanya retorik semata bahawa perjalanan ke Putrajaya sedikit tercalar akibat tiada lompat parti seperti yang dihebahkan? Setakat tika dan saat ini, DSAI wajib menjelaskan dan meyakinkan rakyat sejauh mana perancangan perjalanan ke Putrajaya berjalan dengan lancarnya agar tiada sangsi dalam hati, terbuku persoalan timbal-balik, betulkah boleh jadi PM 16 September 2008 nanti?
Khamis, Julai 24, 2008
Isu-Isu Perundangan Kes Baru DSAI
Saya tidak hendak bincang dari sudut agama, malahan tidak berminat pun - soal sumpah depan Al-Quran, muhabalah, soal qazaf dan sebagainya. Biar mereka yang amat arif soal ini yang menyentuhnya. Bagi saya, Quran bukan alat untuk sumpah- menyumpah. Ianya Firman Allah buat panduan umatNya. Tiada dalam Quran yang menyuruh sumpah berkenaan tuduhan jenayah melainkan soal Li'an (yang membabitkan tuduhan suami isteri).
Saya bentangkan beberapa persoalan dari sudut perundangan yang mungkin wujud akibat daripada dakwaan terbaru ke atas DSAI.
Isu Laporan Polis yang dibuat pengadu - Saiful Bukhari Azlan.
Sekiranya tiada laporan polis yang dibuat terhadap DSAI, adakah ia akan menjejaskan siasatan polis? Dalam ertikata lain, bolehkah polis siasat tanpa laporan polis dibuat?
Adakah ianya dokumen awam (public document)?
Adakah DSAI berhak untuk mendapatkan salinan sah laporan tersebut?
Laporan Polis, suatu aduan yang dibuat oleh pengadu kepada pihak polis lebih dikenali sebagai First Information Report (FIR) dikalangan pengamal undang-undang. FIR ini bukanlah suatu condition precedent atau syarat utama yang mesti ada untuk memulakan suatu siasatan jenayah. Polis, tanpa FIR, tetapi berdasarkan atas maklumat yang diyakini ada asasnya, boleh menjalankan siasatan jenayah. Sebab itu, kes liwat DSAI pada tahun 1998, tidak ada Laporan Polis yang dibuat oleh Azizan, seingat sayalah, namun polis tetap menjalankan siasatan terhadap DSAI. Yang ada, hanyalah laporan mengenai salahguna kuasa (rasuah??) yang dilakukan oleh DSAI. Siasatan terhadap kes tersebut dijalankan dan menjurus juga kepada siasatan tuduhan liwat DSAI sepuluh tahun dahulu. Dalam kes Khwaja Nazir Ahmad A.I.R (1945) P.C. 18,(Kes Negara India), Hakim-hakim Privy Council telah memutuskan bahawa FIR bukanlah suatu yang menjadi kemestian untuk memulakan satu-satu siasatan terhadap tuduhan jenayah.
Seksyen 74 Akta Keterangan 1950 (Evidence Act 1950), menyatakan bahawa :-
The following documents are public documents:
(a) documents forming the acts or records of the acts of -
(i) the sovereign authority;
(ii) official bodies and tribunals; and
(iii) public officers, legislative, judicial and executive, whether Federal or State or of any
other part of the Commonwealth or of a foreign country ; and
(b) public records kept in Malaysia or private documents.
(Bahasa Inggeris digunakan untuk tujuan pemahaman legislatif)
Dalam kes Hj Abdul Ghani Ishak melawan Pendakwa Raya (1980) 2 MLJ 196, Yang Arif Hakim Wan Yahya menyatakan:
"There is no doubt that the documents were recorded by a public officer, who was
under a duty to record them and therefore they would, to my mind, fall under the
definition of public documents"
Justeru, Laporan Polis yang dibuat oleh mana-mana pengadu di Malaysia ini adalah merupakan suatu dokumen awam yang boleh didapati oleh sesiapa pun dengan bayaran yang dikenakan. Selalunya, bayaran sebanyak RM2.00 dikenakan oleh pihak PDRM untuk mendapatkan sesalinan Laporan Polis. Jadi, laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari adalah dokumen awam yang menjadi hak DSAI untuk mendapatkannya dengan membayar RM2.00 kepada PDRM. Hak DSAI untuk mendapatkan salinan laporan polis itu adalah suatu yang termaktub di dalam kes undang-undang. Dalam kes Anthony Gomez melawan Ketua Polis Daerah Kuantan (1974) 2 MLJ 24, 25-26 (FC) , Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara (Lord President, ketika itu) Suffian , dalam menimbangkan rayuan pemohon terhadap permohonan mendapatkan salinan sah laporan polis (FIR) menegaskan :
" In our judgment, the applicant has a right to inspect the FIR & therefore the OCPD
should have given him a certified true copy. The applicant has a right to inspect the FIR
under Common Law because of his interest in it."
Saya cadangkan supaya panel peguam DSAI (yang sudah pastinya terdiri daripada kalangan otai-otai) membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mendapatkan salinan sah Laporan Polis Saiful Bukhari tersebut - meski saya percaya cadangan ini telah pun dipertimbangkan lebih awal oleh mereka.
Intipati Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
Seksyen 377A KK menyatakan bahawa perbuatan memasukkan penis ke dalam anus atau mulut pihak yang lain adalah dikatakan melakukan hubungan seks diluar tabii. Kesalahan ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 377B KK, bagi yang sukarela melakukan hubungan seks luar tabii ini- penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Manakala sekiranya perbuatan tersebut dilakukan terhadap orang lain tanpa kerelaan orang tersebut, maka pesalah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 377C KK - penjara tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Dalam konteks pendakwaan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 377A ini, "penetration" adalah mencukupi untuk menunjukkan suatu kesalahan itu berlaku. Sama seperti kes rogol di bawah Seksyen 376 KK, intipati utama adalah kemasukan penis ke dalam kemaluan wanita yang dirogol meski hanya sedikit sahaja dan dalam kes ini, kemasukan penis ke dalam anus si pengadu perlu dibuktikan. Bukti-bukti yang lain seperti DNA si tertuduh dan bukti-bukti keadaan(circumstantial evidence) hanyalah suatu bukti untuk mengesahkan sahaja (corroborative evidence). Secara amalan, pendakwaraya dalam kes 377, 377A, 377B dan 377C ini perlu membuktikan antara lain:
(i) that the accused had carnal intercourse with a man , woman or animal;
(ii) that such intercourse was against the order of nature;
(iii) that the accused did the act voluntarily;
(iv) that there was penetration.
(Ratanlal & Dhirajlal's Law of CRIMES with List of Malaysian Cases, New Delhi, 1998)
Justeru, menjadi suatu tanda tanya mengapa perlu sampel DNA DSAI diambil sekali lagi sedangkan sampel yang lama masih ada dalam simpanan HKL? Apakah tanpa DNA DSAI, maka pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan dakwaan liwat tersebut? Tambah geli-hati, bila mana PM sendiri boleh mengeluarkan kenyataan bahawa sampel DNA DSAI sudah lama dan perlu diambil yang baru. Mana-mana pelajar sains atau pun budak-budak kecil yang sentiasa membaca buku atau menonton Discovery pasti tahu bahawa DNA boleh bertahan lama.
Dan yang menjadi persoalan penting, mengapa tuduhan liwat ke atas DSAI dilakukan pada saat-saat DSAI mengumumkan akan bertanding dan akan menuju ke Putrajaya pada 16 September ini? Kita kena rujuk kembali kepada Seksyen 377B ini. Atas kesalahan 377B dan 377C KK, sekiranya DSAI dituduh di mahkamah, maka DSAI akan dinafikan jaminan kerana peruntukan seksyen tersebut. DSAI akan berada di dalam penjara kembali sepanjang proses perbicaraan. Maka, persoalan ini akan timbul dalam benak rakyat Malaysia, apakah ini bermotifkan politik? Untuk menghalang sesuatu daripada terjadi?
Banyak lagi persoalan-persoalan yang timbul yang tidak larat dibentangkan di sini. Cukup dengan yang ada ini, sudah pasti menggerakkan sanubari bertanya, mengapa..dan mengapa?
Khamis, Julai 17, 2008
PENAHANAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Kini, apa yang dikhuatirkan, gelombang itu kembali lagi. Pihak PDRM, Kerajaan khususnya patut mengambil iktibar akan peristiwa 1998 dan sudah pasti perkara sebegini tidak wajar berulang kembali. Diharapkan DSAI akan dibebaskan dengan jaminan tidak lama lagi meski Seksyen 377A tidak mewajarkan sebarang jaminan. Sekiranya DSAI tidak dibenarkan sebarang jaminan, maka gelombang rakyat di jalanan menuntut keadilan akan sudah pasti berulang. Biar bijak tindakan kerajaan. Satu persoalan - mengapa ditahan sedangkan persetujuan telah diberikan? Atau adakah ini bertujuan untuk menyekat hasrat DSAI untuk bertanding tidak lama lagi sebagaimana yang diwarwarkan semasa Debat semalam? Banyak persoalan, sama seperti tahun 1998, yang bermain di fikiran pelbagai golongan rakyat yang perlu diselesaikan dengan bijak oleh kerajaan. Apakah mungkin berlaku perubahan apakala mengambil kira kerajaan sekarang ini tidak sama dengan kerajaan yang terdahulu?
Satu persoalan penting yang perlu dijawab - mengapa di saat DSAI ditahan, pada masa yang sama YB Rembau - sapa lagi kalau bukan si menantu - berucap di Parlimen menuntut supaya DSAI memberikan DNA kepada PDRM. Pelik?? Mana tahu ?? Dan yang paling menarik, Rembau di balas dengan garangnya oleh YB DSU Ketua Pembangkang.
Kita pantau perkembangan ini.
Selasa, Julai 15, 2008
DEBAT: HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN, ESOK TURUN HARGA MINYAK
Perasaan nostalgik tiba-tiba kembali menyusup memori silam tatkala melihat debat tersebut kerana di pentas itu jugalah saya dan isteri menamatkan karier perdebatan kami dengan memenangi Debat Perdana 2002 anjuran Majlis Peguam Malaysia dan disaksikan oleh Tun Ahmad Fairuz - Bekas Ketua Hakim Negara (ketika itu Hakim Besar Malaya kalau tidak silap) dan dihakimi oleh Hakim Mahkamah Persekutuan dan beberapa hakim Mahkamah Tinggi. Tambah gembira, isteri saya Azah Binti Udin telah dinobatkan Pendebat Terbaik ketika itu.
Ada teman (junior debat masa di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin dan juga seorang bekas pendebat UTM) dengan lucu menanyakan kepada saya, agak2 sapa menang? Anwar or Shabery? Berapa juri dan margin? Komen sikit?-begitu sms yang saya terima .
Saya tidak berminat untuk menjadi juri kepada debat tersebut dan tidak perlu kepada margin untuk mengetahui siapa yang menang atau tidak. Rakyat lebih bijak menilai. Pun begitu, menyentuh mengenai debat, ada ungkapan yang wujud dikalangan para pendebat - seorang pendebat akan terus berdebat. (Once a Debater, Always a Debater). Untuk itu, tidak dapat tidak saya akan menyentuh juga-kalau tidak banyak- berkenaan format, perjalanan, premis dan keseluruhan perdebatan tersebut.
Apa yang boleh dirumuskan, Datuk Ahmad Shabery Cheek gagal menjawab Premis perdebatan tersebut. Lebih baik tidak perlu Datuk Seri Anwar yang berdebat, baik hantar saja mana-mana pendebat senior UiTM sekarang untuk berdebat usul ini. Ni, usul pun tak paham, premis apa tah lagi, hujahan lagila melalut tidak tentu hala - buat malu & buang masa sahaja. Singkap sejarah, Datuk Ahmad Shabery Cheek adalah bekas pelajar SBP, SDAR Seremban (mesti pernah wakili SDAR ke Debat PPM) dan pernah meneraju PMUM selaku Presiden - mesti pernah dan reti berdebat. Lebih memalukan - memegang jawatan Menteri Penerangan, tapi tidak upaya "menerangkan" kepada hampir berjuta rakyat Malaysia berkenaan Usul dan premis ini.
Ulasan saya ini lebih kepada apa dan bagaimana seharusnya debat tersebut dijalankan. Mungkin sedikit emosi kerana berkaitan dengan debat. Bukan semua orang paham maksud debat & boleh berdebat. Bercakap, ramai yang mampu bahkan ada diajarkan modul untuk berucap/bercakap di khalayak umum. Namun untuk berdebat, hanya Jauhari Yang Mengenal Manikamnya.
Usul : Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Harga Minyak Turun. Sudah semestinya yang perlu dijawab dan didebatkan adalah bagaimana & apa mekanisma untuk turunkan harga minyak ( oleh DSAI) dan perlu dijawab & didebatkan secara ilmiah & matang serta fakta - apa & bagaimana mekanisma penurunan minyak tidak dapat dilaksanakan, malahan perlu menyanggah segala fakta & hujah-hujah DSAI (oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek) .
Namun, sepanjang perdebatan, saya melihat Datuk Ahmad Shabery Cheek (kita panggil Menteri sudahlah) tidak menjawab apatah lagi menyanggah hujah-hujah DSAI. Manakala DSAI pula tetap dengan Premis - menerangkan dengan hujah-hujah berfakta dan mekanisma bagaimana boleh harga minyak diturunkan. Bagaimana boleh harga minyak diturunkan sebanyak 0.50 dengan mengambil kira kos tanggungan sebanyak RM 5 Billion. DSAI cuba menerangkan satu-persatu bagaimana untuk mencapai RM5 Billion tersebut. Yang si Menteri tidak menjawab hujah bahkan soalan yang diberikan pun tidak dijawab & digarap dengan sempurna. Yang lebih dilakukan hanyalah menyerang peribadi DSAI (suatu tindakan tidak matang - macam budak-budak sekolah rendah berdebat saja, rasanya mereka lebih hebat lagi kot?) dengan pelbagai cerita-cerita lama - apa kena-mengena peristiwa 1974? Pak Menteri pun masa tu baru Tingkatan Empat - saya? apatah lagi belum dilahirkan. Tambahan pula dijadikan medan perdebatan itu suatu platform ucapan politik Kerajaan BN - bukan berdebat mencari penyelesaian masalah harga minyak. Ini bukan kempen pilihanraya. Dah lama selesai dah - dengan tumbangnya 5 negeri kepada PR. DSAI juga pada akhirnya agak menyimpang sedikit dengan gulungan yang juga menyentuh hal politik. Meski- debat harga minyak tidak dapat lari daripada isu politik.
Bagi saya, si Menteri gagal memahami Usul & Premis. DSAI tidak menghujahkan soal pendapatan Petronas yang akan digunakan bagi tujuan mengurangkan harga minyak - dengan pendek - mengambil duit Petronas untuk dijadikan subsidi. Apa yang dihujahkan hanyalah pengurusan pendapatan kerajaan hasil keuntungan Petronas yang telah diberikan oleh Petronas beserta dividen khas sebanyak RM6 billion . Jawapan dangkal seorang Menteri berdebat hanyalah memainkan retorik - sampai bila & banyak mana lagi nak dikikis duit Petronas, nanti Petronas rugi, kita terpaksa pinjam daripada orang lain. Sungguh, tanyalah adik pendebat-pendebat universiti sekarang ini, jawapan apa itu. Bahkan , mudah saja mereka berdebat dengan si Menteri ini kalau ini saja yang mampu keluar sebagai hujah. Teman-teman bekas pendebat lain sudah pasti setuju dengan hujah saya ini.
Geli hati melihat si Naib Canselor UUM, menanyakan soalan kepada si Menteri - "Kenapa agaknya, Datuk Seri Anwar memilih minyak sebagai hujah untuk berdebat soal rakyat?" Ni pening - sepatutnya soalan ini ditanya kepada DSAI bukan kepada si Menteri. Tambah lucu & pening - si Menteri gagal pulak jawab soalan itu, dijawabnya dengan pelbagai hujahan (layakkah itu dipanggil hujahan?) yang melalut. Tambah kelakar - ada kelihatan YB-YB ahli Parlimen BN yang bersorak sampai meloncat-loncat. Entah apa yang disorakkan - manikam juga yang dikenal jauhari.
Sepatutnya perdebatan ini dijalankan antara DSAI dengan Perdana Menteri. Si Menteri ini tidak sepadan untuk berhujah berdebat dengan DSAI tambahan lagi isu ini adalah isu rakyat dan keputusan menaikan harga minyak ini adalah keputusan Perdana Menteri (dengan kelulusan kabinet??) selaku Menteri Kewangan. Dari situ , baru rakyat faham apa yang ingin disampaikan oleh kedua-dua pihak. Masih jauh perjalanan politik Malaysia untuk mencapai kematangan.
