-
Isnin, Januari 12, 2009
Catatan Ringkas
Saya tidak berniat untuk menterjemah situasi yang melanda dunia dan tanahair tika dan saat ini - Isu Pergolakan Di Palestin dan PRK Kuala Terengganu - kerana saya percaya ramai bloggers-bloggers yang lain menyentuh isu-isu ini termasuk isu-isu lain. Juga dek kerana kekangan masa dan komitmen terhadap kerjaya, keluarga dan 'trading' membuatkan saya tidak dapat mencoretkan catatan meski banyak yang boleh disentuh mengenai isu di Palestine dan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu tidak lama lagi. Secara ringkas, apa yang sedang dilakukan oleh Rejim Zionis adalah amat-amat kejam. Masakan anak-anak kecil yang tidak berupaya dan para wanita dijadikan sasaran bedilan egois dan kerakusan mereka. Dan Bush...!!! Tidak serik-serik rentetan daripada peristiwa kasut nyaris terkena muka masih lagi ingin menghabiskan sisa-sisa sebagai Presiden dengan terang-terangan menyokong dan membela Israel. Saya berdoa kepada Allah agar gencatan senjata dapat dilakukan dalam tempoh terdekat ini dan tiada lagi kedengaran anak-anak kecil menjadi mangsa mereka. Sedih dan pilu tatkala menatap dada-dada akhbar yang terpampang mayat-mayat comel yang tidak berdosa. Juga saya berdoa agar rakyat di kawasan Parlimen Kuala Terengganu dapat memilih calon terbaik buat mereka. Semoga Pakatan Rakyat mendapat kemenangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan