Khamis, April 24, 2008

No Offshore Trading For Ringgit Malaysia

Again, we heard the BNM Governor spoken yesterday on the suggestion from MIER of lifting the ban of Ringgit Malaysia offshore trading. In spite of the growing demand on Ringgit, the current market condition and unexpected financial turbulance are the main reasons of holding back BNM - though the Ringgit is making a good progress in moving north against the US Dollar. As at now, Ringgit has closed 3.3105 against USD. The Ringgit has made an impressive move of 4895 pips for almost 3 years since the pegged of 3.80 has been removed in 2005. An order to long Ringgit on mini lot of USD 1.00 would have given a USD 4895-00 of profits / standard lot of USD10.00 would bank in USD48,950-00.

I'm sure that most of our local forex traders are expecting the moment for the lifting of the ban in short time. Hopefully, the BNM would reconsider the suggestion and thus would allow more players coming into the market.

Pipkeeper's Trading Journal - FK

Trading Result- Day 2. Using FK System.




2008.04.21 15:15buy0.10gbpusdm1.98261.97401.99202008.04.22 06:461.9746-8.00

Long Cable on 21st April 2008 has resulted a loss of 80 pips.

Rabu, April 23, 2008

Projek Jambatan Kedua - Tangguh

Semalam kita menyaksikan bagaimana tindakan yang sememangnya telah dijangkakan - penangguhan projek jambatan kedua di Pulau Pinang.

Sungguh mengecewakan bagi rakyat negeri PM sendiri - PM Abdullah telah mengumumkan pada sidang media dengan memberikan beberapa alasan di antaranya masalah rekabentuk, harga kos meningkat & masalah pengambil alihan tanah belum dapat diselesaikan. Biarpun sebelum ini Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng (belum Datuk Seri/Tan Sri lagi?) telah bertemu PM dan bincang akan isu ini.

Lucu - Projek yang diumum & dilancarkan pada tahun lepas & termasuk dalam RMK-9 terpaksa ditangguh atas alasan remeh ini. Masalah rekabentuk perlu diselesaikan sebelum projek boleh dilancarkan. Begitu juga masalah ambil alihan tanah. Bukan lancar dulu, baru fikir kemudian.

Persoalan - apakah semasa projek ini dilancarkan, soal ambil alih tanah & kawasan untuk laluan jambatan belum dibuat/diselesaikan?
Apakah ini satu strategi untuk menghukum kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi pengumuman itu dibuat sehari selepas Datuk Lee Kah Choon, bekas Penolong Setiausaha Agung Pusat GERAKAN dilantik oleh Ketua Menteri P.Pinang sebagai Pengerusi Eksekutif InvestPenang - satu badan yang bertanggungjawab atas segala perancangan pelaburan yang akan dibawa masuk ke P.Pinang? Taktik yang seakan sama atas kerajaan pimpinan PAS di Kelantan sewaktu pimpinan PM yang dulu.

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA RUSTAM A SANI

Dari berita sms Star, dalam jam 3 pagi tadi, kita telah kehilangan satu mutiara bangsa - seorang tokoh akademik, penulis dan tokoh politik merangkap bekas Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia dan juga seorang blogger - Suara Rakyat, Rustam A. Sani telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Semoga Allah memberi kekuatan & ketenangan kepada keluarga beliau.
Sekalung takziah buat mereka.

Doa dirafa'kan ke hadrat Allah agar merahmati roh beliau.

Al-Fatihah.

Khamis, April 17, 2008

Pipkeeper's Trading Journal - FK

Trading Result - DAY 1. Using FK System.



2008.04.14 15:11sell0.10eurusdm1.58431.57232008.04.16 03:541.57895.40
2008.04.14 15:22buy0.10usdjpym100.67101.872008.04.15 21:07101.8711.78
2008.04.14 17:32buy0.12audusdm0.92510.93662008.04.16 12:480.936613.80

All together profit of 289 pips for 2 days trading.

Pengalaman Menginap 'Wild Wild West'

Pada hari ahad lepas, 13hb April 2008, saya, isteri dan si kecil telah menginap di The Majestic Station Hotel Ipoh (hotel murah-murah saja) kerana saya punya satu kes di Mahkamah Tinggi Ipoh pada keesokan harinya. Kedudukan dan jarak hotel yang hanya beberapa meter dari kompleks Mahkamah memudahkan saya untuk hanya berjalan kaki ke Mahkamah. Dengan harga yang boleh tahan - RM68 untuk satu bilik Standard Deluxe, segala kemudahan asas hotel dapat dirasai, tapi tiada siaran Astro dan bangunannya sudah beberapa tahun lamanya. Ada beberapa keuzuran yang perlu dibaiki dan beberapa bahagian yang perlu kepada pembaharuan.


Dibina pada tahun 1917 dan berada di dalam Stesen Keretapi Ipoh, hotel ini bolehlah di anggap sebagai satu monumen sejarah yang patut disenaraikan di dalam senarai bangunan bersejarah yang perlu dikekalkan. Menarik untuk dikongsi, lif di hotel ini adalah lif zaman dulu-dulu, kena tutup pintu luar dulu secara manual, baru boleh lif bergerak ke atas dan bawah.


Dalam lif tersebut, terdapat satu nota peringatan untuk penginap-penginap akan tuanya usia lif ini dan perlu kepada kesabaran untuk menggunakannya. Pengalaman menginap di sini terasa seakan-akan menginap di hotel koboi dalam cerita Wild Wild West dulu-dulu. Yang penting, selesa untuk menginap dan senang untuk pergi ke Mahkamah bagi mana-mana peguam yang perlukan tempat tinggal di Ipoh untuk menghadiri sesi Mahkamah. Tapi, kalau nak rasa lebih selesa, dinasihatkan cari hotel yang lebih sikit sesuai dengan bajet poket anda.

Khamis, April 10, 2008

PRESIDEN PAS DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Beberapa jam yang lalu, Presiden PAS - Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dipercayai akibat serangan strok. Kita doakan yang terbaik dan moga Datuk Seri cepat sembuh. Pakatan Rakyat masih memerlukan pemimpin-pemimpin berjiwa besar untuk laksanakan agenda perubahan menuju Malaysia Baru.

Rabu, April 09, 2008

Pipkeeper's Trading Journal


Dollar has been trading in side ways against Yen this few days with several attempts to test the 38.2% fibo's retracement. Should the initial resistance break from below, a further move upside of
USD would be have been anticipated. No position held at the moment of writing. All orders all cleared before.


EURUSD.

Same goes for Euro, movement of market in side ways. No other possible comments though!




*This analysis is meant only for Pipkeeper and not for public usage.

Selasa, April 08, 2008

Pabila 'lembik' jadi cenge.

Akhirnya, Pak Lah bersuara setelah digasak dan dihentam dari pelbagai sudut. Nada sidang media dua hari lepas lain dari yang lain. Mengambil tindakan menjawab pelbagai kenyataan yang dituju secara mencapah kepada beliau daripada mesej PRU 12, pentadbiran beliau dan hala tuju parti dan khususnya kepada kenyataan Tun Dr. M, Pak Lah memulang paku buah keras bukan saja kepada Tun bahkan Ku Li & Anwar sekali harung. Meminjam kata Pak Lah kepada Tun Dr. M, mengapa takut pada si lembik ini? Nampak jelas Pak Lah ingin tunjukkan 'lembik' pun boleh jadi 'cenge' - bahasa utara bermaksud garang.

Namun sayangnya, sidang media tersebut hanya menjadi medan salah-menyalahkan orang lain daripada mengharapkan suatu jawapan kukuh daripada Pak Lah. Tiada nada setuju dengan sentimen ahli di peringkat bawah mengenai suasana politik baru yang perlu perubahan dalam UMNO. Tiada nada setuju menantunya bertindak agak keterlaluan seolah-olah punyai jawatan besar dalam parti dan kerajaan. Hanya setakat naib ketua - dah pandai persoalkan banyak pihak terutama sekali ahli-ahli lama UMNO. Tiada nada setuju, sikap beberapa kerat pemimpin UMNO yang sombong lagi angkuh yang menyebabkan rakyat kian 'meluat' dengan UMNO.

Apa relevannya Operasi Lalang dengan persoalan PRU 12? Kenapa disalahkan Ku Li atas kekalahan BN di Kelantan? Ku Li bukan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Bahkan keghairahan untuk takluk kelantan menyebabkan BN/UMNO leka akan negeri-negeri lain yang akhirnya tumpas kepada Pakatan Rakyat. Dibisik oleh teman rapat, khabarnya UMNO memperuntukan hampir 1 juta kepada setiap Bahagian-bahagian UMNO negeri kelantan dalam PRU 12 tempohari. Tidak dapat disahkan info ini. Namun melihat kepada segala kempen di media, papan-papan iklan di sepanjang lebuhraya dari utara ke selatan ketika PRU 12, sudah pasti jumlah tersebut agak kecil dengan apa yang UMNO telah belanjakan. Apa kaitannya integriti Pak Lah dengan tindakan Anwar dalam kabinet berkurun dulu? Cerita lama dibuka kembali walhal yang disoal sekarang mengenai integriti dan tindak tanduk Pak Lah...dan menantu.

Yang tambah menarik, kenyataan Pak Lah - Najib bakal pengganti. Dua maksud tersirat yang boleh dirungkai. Pertama, ingin tunjukkan seolah-olah tiada pergeseran antara dua untuk menutup khabar-khabar angin yang menyatakan sebaliknya. Kedua, supaya dapat dikawal perancangan yang nombor dua daripada melakukan 'coup' ke atas yang nombor satu bila-bila masa saja tambah lagi suasana kian hangat.

Meski perjumpaan dengan ketua-ketua penerangan dan ahli-ahli bawahan kononnya telah diadakan, hati kecil ini seakan percaya bahawa tidak semua maklum balas yang sebenar disampaikan kepada Pak Lah. Masih wujud lagi sikap tidak sampai hati atau tidak berani meluahkan - hanya 'makan dalam' saja. Inilah di antara dilema orang-orang melayu sebagaimana yang dinukil oleh Tun dalam Dilema Melayunya. Jangan nanti pewakilan-perwakilan pula yang naik 'cemuih' dan 'cenge' pada Presiden.

Jumaat, April 04, 2008

Pipkeeper's Trading Journal

USDJPY.

Continuing from yesterday's position, I finally decided to close deal on both of my orders for long USD at 102.50 and 102.29 - close at 102.47 with a profit of 15 pips. Reason, both of the orders were mistake. Once the orders have been put, the market has not making any progress from the orders. I have to mitigate my mistake and by that i have to get out early. Luckily (luck, has no place in trading,.. i guess) the market has moved against my position should i hold any longer.

*This analysis is only meant for Pipkeeper and not for public usage.

Khamis, April 03, 2008

Pipkeeper's Trading Journal

This morning, when I was busy finding my way through the new Penang Court Building, I was able to long USDJPY at price 101.75 on 2/4/08 at 10.35 a.m with initial stop-loss at 100.60 seeing that Dollar is making a comeback against Yen.

Reason to long : Ema cross + rsi protuded 50 - indicate a strong uptrend.

However, knowing that there will be a news on USD at 8.15 pm (Malaysian Time) - US manufacturing report which forecast negative for USD, I decided to take profit at 102.00.The news however turned suprisingly positive.

This was not a good decision though, because I was advised by a good friend, I'm trading on daily chart and catching up trend, I should have given the market more room to move and shouldn't take profit early.

The USD then making its progress trending up. Should I wait, a lot of potential profit would be in hand.

Then at 9.28 pm (Malaysian Time), by looking that the market is moving higher, I decided to jump in and long at 102.50. The market then retrace to 102.04, seeing this, I jump in again at 102.29.


This two order is a classic example of greed and fear. I was too greed to catch the market and to fear that I might experience losses. This is one thing which I never been able to contain..yet! When emotion comes in, a trader would be difficult to have a clear head in making decision.

*****

EURUSD
Pending order has been cancelled due to the reason that the price has move lower after several attempt to try the initial resistance at 1.5903.

Don Fizi anticipated that the market is moving south, and making a wave c as how he put it.

I'm waiting for my signal triggered to short eurusd.

*This analysis is only for Pipkeeper and not for public usage.

Selasa, April 01, 2008

Jurnal Trading Pipkeeper

Dagangan pada hari ahad & isnin menunjukkan adanya cubaan untuk melepasi aras rintangan awal ( initial resistance) pada nilai tertinggi sebelum ini 1.5903. Mungkin akan berlakunya "consolication" dan dagangan pada jajaran yang agak sempit untuk beberapa hari dengan cubaan untuk menyentuh paras rintangan berkali-kali. Sekiranya aras rintangan telah ditembusi, kemungkinan aliran menaik untuk euro akan berterusan. "Pending order" pada 1.5905 masih belum disentuh. Tunggu untuk dagangan hari selasa dan rabu.

*Analisa ini hanya untuk kegunaan Pipkeeper sahaja dan bukan untuk umum.