Akhirnya, Pak Lah bersuara setelah digasak dan dihentam dari pelbagai sudut. Nada sidang media dua hari lepas lain dari yang lain. Mengambil tindakan menjawab pelbagai kenyataan yang dituju secara mencapah kepada beliau daripada mesej PRU 12, pentadbiran beliau dan hala tuju parti dan khususnya kepada kenyataan Tun Dr. M, Pak Lah memulang paku buah keras bukan saja kepada Tun bahkan Ku Li & Anwar sekali harung. Meminjam kata Pak Lah kepada Tun Dr. M, mengapa takut pada si lembik ini? Nampak jelas Pak Lah ingin tunjukkan 'lembik' pun boleh jadi 'cenge' - bahasa utara bermaksud garang.
Namun sayangnya, sidang media tersebut hanya menjadi medan salah-menyalahkan orang lain daripada mengharapkan suatu jawapan kukuh daripada Pak Lah. Tiada nada setuju dengan sentimen ahli di peringkat bawah mengenai suasana politik baru yang perlu perubahan dalam UMNO. Tiada nada setuju menantunya bertindak agak keterlaluan seolah-olah punyai jawatan besar dalam parti dan kerajaan. Hanya setakat naib ketua - dah pandai persoalkan banyak pihak terutama sekali ahli-ahli lama UMNO. Tiada nada setuju, sikap beberapa kerat pemimpin UMNO yang sombong lagi angkuh yang menyebabkan rakyat kian 'meluat' dengan UMNO.
Apa relevannya Operasi Lalang dengan persoalan PRU 12? Kenapa disalahkan Ku Li atas kekalahan BN di Kelantan? Ku Li bukan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Bahkan keghairahan untuk takluk kelantan menyebabkan BN/UMNO leka akan negeri-negeri lain yang akhirnya tumpas kepada Pakatan Rakyat. Dibisik oleh teman rapat, khabarnya UMNO memperuntukan hampir 1 juta kepada setiap Bahagian-bahagian UMNO negeri kelantan dalam PRU 12 tempohari. Tidak dapat disahkan info ini. Namun melihat kepada segala kempen di media, papan-papan iklan di sepanjang lebuhraya dari utara ke selatan ketika PRU 12, sudah pasti jumlah tersebut agak kecil dengan apa yang UMNO telah belanjakan. Apa kaitannya integriti Pak Lah dengan tindakan Anwar dalam kabinet berkurun dulu? Cerita lama dibuka kembali walhal yang disoal sekarang mengenai integriti dan tindak tanduk Pak Lah...dan menantu.
Yang tambah menarik, kenyataan Pak Lah - Najib bakal pengganti. Dua maksud tersirat yang boleh dirungkai. Pertama, ingin tunjukkan seolah-olah tiada pergeseran antara dua untuk menutup khabar-khabar angin yang menyatakan sebaliknya. Kedua, supaya dapat dikawal perancangan yang nombor dua daripada melakukan 'coup' ke atas yang nombor satu bila-bila masa saja tambah lagi suasana kian hangat.
Meski perjumpaan dengan ketua-ketua penerangan dan ahli-ahli bawahan kononnya telah diadakan, hati kecil ini seakan percaya bahawa tidak semua maklum balas yang sebenar disampaikan kepada Pak Lah. Masih wujud lagi sikap tidak sampai hati atau tidak berani meluahkan - hanya 'makan dalam' saja. Inilah di antara dilema orang-orang melayu sebagaimana yang dinukil oleh Tun dalam Dilema Melayunya. Jangan nanti pewakilan-perwakilan pula yang naik 'cemuih' dan 'cenge' pada Presiden.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan