Semalam kita menyaksikan bagaimana tindakan yang sememangnya telah dijangkakan - penangguhan projek jambatan kedua di Pulau Pinang.
Sungguh mengecewakan bagi rakyat negeri PM sendiri - PM Abdullah telah mengumumkan pada sidang media dengan memberikan beberapa alasan di antaranya masalah rekabentuk, harga kos meningkat & masalah pengambil alihan tanah belum dapat diselesaikan. Biarpun sebelum ini Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng (belum Datuk Seri/Tan Sri lagi?) telah bertemu PM dan bincang akan isu ini.
Lucu - Projek yang diumum & dilancarkan pada tahun lepas & termasuk dalam RMK-9 terpaksa ditangguh atas alasan remeh ini. Masalah rekabentuk perlu diselesaikan sebelum projek boleh dilancarkan. Begitu juga masalah ambil alihan tanah. Bukan lancar dulu, baru fikir kemudian.
Persoalan - apakah semasa projek ini dilancarkan, soal ambil alih tanah & kawasan untuk laluan jambatan belum dibuat/diselesaikan?
Apakah ini satu strategi untuk menghukum kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi pengumuman itu dibuat sehari selepas Datuk Lee Kah Choon, bekas Penolong Setiausaha Agung Pusat GERAKAN dilantik oleh Ketua Menteri P.Pinang sebagai Pengerusi Eksekutif InvestPenang - satu badan yang bertanggungjawab atas segala perancangan pelaburan yang akan dibawa masuk ke P.Pinang? Taktik yang seakan sama atas kerajaan pimpinan PAS di Kelantan sewaktu pimpinan PM yang dulu.

3 ulasan:
PM u-turn... :)
Banyak sangat u-turn yang telah dibuat. Baik buat roundabout ja..
Dia marah kat orang penang kot, tak undi BN.
Catat Ulasan