Selasa, Julai 29, 2008

DSAI Untuk P 18

Sah. Semalam, DSAI telah mengumumkan di hadapan rakyat Kulim bahawa beliau akan bertanding di sini menggantikan YB Zulkifli Nordin dalam pilihanraya kecil sekiranya Mahkamah Pilihanraya Alor Setar memutuskan untuk menerima Petisyen oleh Dato Aziz Sheikh Fadzir dalam keputusan pada 19 Ogos nanti.

Rakyat Kulim nampaknya menerima dengan tangan yang luas terbuka. Kalau sudah itu yang diputuskan, redha saja. Namun, sedikit terharu dengan jawapan yang diberikan oleh YB Zul di blognya. Beliau rela berundur untuk masa depan Malaysia dan rakyat yang lebih cerah. Sambil menyatakan sokongan dan keyakinan bahawa DSAI sahajalah pemimpin yang boleh membawa ke arah Malaysia Baru.

Beliau seorang manusia yang berjiwa besar. Rela korbankan kepentingan diri - sudah pasti elaun bulanan sebagai Ahli Parlimen yang tidak kurang banyaknya akan terlepas - demi perjuangan.

Setelah meneliti sidang media oleh DSAI berkenan isu mengapa Kulim, maka ada sedikit kewajaran mengapa DSAI perlu bertanding di Kulim. Kita doakan yang terbaik , moga DSAI menang besar kali ini. Biar calon BN/UMNO hilang wang pertaruhan.

Manakala Ezam pula menyatakan kesanggupan untuk diperalatkan oleh UMNO untuk bertanding melawan bekas "Boss"nya itu sekiranya diberi kepercayaan. Saya belum pasti sejauh mana Ezam boleh 'survive' di Kulim semasa pilihanraya kecil itu nanti meski akan ada pelbagai helah dan duit yang datang mencurah-curah. Manusia yang pernah bersumpah (sebab itu orang UMNO ni suka main sumpah-sumpah) menggunakan ayat Allah katanya, di hadapan teman-teman seperjuangan katanya, biar sehebat mana tekanan & tawaran yang diberi UMNO katanya, biar dia dipenjarakan kembali katanya, dia BERSUMPAH tidak akan menyertai UMNO. Tapi sekarang? Lihatlah apa yang jadi kepada Ezam ini. Apa akhlak yang boleh kita lihat pada seorang manusia ini yang berani bermain sumpah. Sebab itu, sumpah itu sudah jadi perkara biasa. Orang munafik pun sanggup sumpah depan Quran.

Justeru sekiranya DSAI bertanding di Kulim nanti dan sekiranya Ezam akan menjadi buah catur UMNO nanti, biar kita pastikan manusia yang khianat kepada sumpah & perjuangannya sendiri ini sesak tiada bernafas digasak dari pelbagai sudut.



3 ulasan:

azlishukri berkata...

Moga negara dan rakyat akan selamat...

Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata...

terima kasih azli atas komen anda. lama sudah terputus hubungan.

azlishukri berkata...

saya link blog saudara..agak lama juga saya tidak berblog ada kursus..