Heboh. Desas-desus yang mengatakan DSAI akan bertanding kerusi Parlimen kawasan P18 Kulim-Bandar Bharu dalam sedikit masa lagi. Belum dapat dipastikan sejauh mana kebenaran pernyataan tersebut meski DSAI menerusi sesi sidang media 3 hari lalu telah menyatakan bahawa beliau sedang meneliti kemungkinan bertanding di P18.
Adalah suatu tindakan yang tidak bijak saya fikir, sekiranya DSAI mengambil keputusan sebegitu memandangkan ahli parlimen sedia ada YB Zulkifli Nordin sedang menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Pertukaran individu yang sama dari Pakatan Rakyat untuk kerusi yang sama tidak memberi apa-apa kebaikan kepada penguasaan kerusi milik PR. Bahkan, DSAI sebelum ini mengwarwarkan akan bertanding kerusi parlimen yang bukan milik Pakatan Rakyat - milik BN sekarang ini - untuk tujuan memperkukuhkan penguasaan kerusi PR. Apa sudah jadi?
Apakah hanya retorik semata bahawa perjalanan ke Putrajaya sedikit tercalar akibat tiada lompat parti seperti yang dihebahkan? Setakat tika dan saat ini, DSAI wajib menjelaskan dan meyakinkan rakyat sejauh mana perancangan perjalanan ke Putrajaya berjalan dengan lancarnya agar tiada sangsi dalam hati, terbuku persoalan timbal-balik, betulkah boleh jadi PM 16 September 2008 nanti?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan