Ahad, Ogos 17, 2008

Sumpah Ragu

Maka bersumpahlah Saiful dengan nama Allah di dalam masjid sambil memegang Quran mengatakan bahawa Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur Saiful pada 26hb Jun 2008. Majlis sumpah itu pula memang sengaja diadakan sehari sebelum penamaan calon P44 Permatang Pauh. Sudah pasti mengundang pelbagai persoalan politik meski Saiful dan diulangi semula oleh Najib bahawa itu persoalan peribadi Saiful dan Anwar.

Saya tidak berminat menyentuh dari sudut agama meski saya berpandangan bahawa tiada sumpah sambil junjung Quran (tidaklah pula Saiful junjung Quran??) dalam Islam & Quran sendiri melainkan isu Li'an. Ini tidak lebih hanyalah adat masyarakat Melayu sejak turun-temurun.

Sumpah Saiful ini sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan daripada menjelaskan keadaan. Lebih-lebih lagi dari sudut perundangan (bagi kes liwat terbaru Anwar Ibrahim).

Beberapa fakta menarik (bercanggah) daripada sumpah berdarah Saiful ini yang boleh dikupas :-

1. Saiful menyatakan Anwar Ibrahim telah meliwatnya pada 26 Jun 2008 & begitu juga dalam kertas pertuduhan Anwar di bawah Seksyen 377B KK. Saiful pada sidang media selepas bersumpah menegaskan bahawa dia dipaksa. Sedangkan sejak hari pertama Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, dia menyatakan diliwat beberapa kali & terakhir pada 26 Jun 2008. Media perdana juga turut memfokuskan berlakunya liwat berulangkali. Andaikata dipaksa & berlaku berulangkali, mengapa Sesyen 377B yang digunapakai dan mengapa hanya dinyatakan 26 Jun 2008? Meski Menteri Dalam Negeri berpendapat bahawa Mahkamah nantinya boleh meminda pertuduhan kepada Seksyen 377C KK, pendapat tersebut adalah sangat tidak wajar. Kenapa memilih untuk menuduh adanya 'suka sama suka' sedangkan dari awal dikatakan dipaksa? Kenapa memilih hanya satu tarikh sedangkan banyak tarikh-tarikh lain tidak dinyatakan dalam pertuduhan?

2. Saiful dakwa diliwat berkali-kali dan yang terakhir pada 26 Jun 2008. Najib pula semasa hari kedua sidang media mengesahkan Saiful pernah datang berjumpa dengannya pada 25 Jun 2008 mengadu mengenai diliwat oleh Anwar dan bercadang membuat laporan polis. Mana mungkin keesokkannya pula dia diliwat kali terakhir?

3. Menurut laporan perubatan Dr. Osman, Saiful mendakwa 'a plastic has been inserted into my anus'. Kan tambah bercanggah!

Segala percanggahan ini beserta dengan kenyataan Dr. Osman nantinya akan menimbulkan keraguan yang munasabah. Saiful sudah pasti akan disoal-balas oleh peguam Anwar berkenaan ini. Sekiranya pihak pendakwaraya tidak dapat membuktikan pertuduhan melampaui keraguan munasabah, maka mereka akan gagal untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan ini kerana beban bukti (onus probandi) dalam kes jenayah bagi pendakwaraya adalah untuk membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Sebab itu, persepsi sumpah Saiful ini tambah meragukan.


Tiada ulasan: