Malam tadi saya, isteri dan sikecil pergi ke Permatang Pauh untuk berjumpa dengan seorang sahabat baik (yang juga seorang Ketua Pemuda Cawangan UMNO dan anak bekas Timbalan Menteri) yang sedang bertugas berkempen dan menjaga bilik gerakan BN kerana sudah lebih 6 bulan tidak ketemu. Dalam kebasahan hujan, saya mendukung sikecil sambil dipayungkan oleh isteri tercinta bersembang dengan sahabat baik saya ini sambil mendengar ceramah yang sedang diucapkan oleh seorang Adun wanita daripada UMNO Bahagian Gopeng, Perak. Tiada niat bahkan tidak berminat untuk mendengar ceramah BN/UMNO ini sebenarnya. Cuma hanya untuk bertemu sahabat baik saya ini.
Sambil bersembang, telinga mendengar segala butiran ceramah yang semuanya merupakan serangan peribadi ke atas Anwar Ibrahim sehinggakan diungkit kembali peristiwa pemilihan UMNO sewaktu Anwar mengalahkan Allahyarham Tun Ghafar Baba. Hati kecil terdetik, mengapa soal ini yang diutarakan? Sudah habis modalkah untuk berkempen?
Selang beberapa minit, pengerusi majlis mengumumkan ketibaan YAB Timbalan Presiden beserta calon pilihanraya P44 ini. Agak teruja hendak mendengar apa ucapan Najib ini. Seperti biasa, serangan peribadi terutama sekali isu sumpah menjadi modal bicara Timbalan Presiden ini yang saya lihat agak dangkal digunakan oleh beliau yang sepatutnya dan hanya layak digunakan oleh pemimpin-pemimpin peringkat cawangan sahaja. Bukan taraf Timbalan Presiden untuk bicara seperti pemimpin peringkat bawahan dengan serangan peribadi sedemikian. Sepatutnya diterangkan agenda parti untuk pengundi-pengundi P44. Tambah membuat saya tersenyum seketika sambil berpandangan mata dengan isteri dan melihat keadaan sekeliling, hanya beberapa kerat manusia sahaja yang hadir ke sesi ceramah Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri.
Di pagi yang hening ini saya merafa'kan pengharapan kepada Ilahi supaya dilembutkan hati para pengundi P44 esok hari supaya mengundi Anwar Ibrahim dan supaya kemenangan diberikan kepada beliau agar tamat segala kisah fitnah-memfitnah dan manipulasi agama oleh mereka yangg sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan peribadi.

2 ulasan:
Salam Saiful,
Doa mu dan doa para pengundi p 44 yang bermunajat telah disambut. DSAI menang dengan majoriti yang lebih besar.
Ini merupakan satu amanah rakyat yang harus dipikul beliau, jangan sesekali mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat ini.
Semoga DSAI menggunakan perjuangan ini untuk membawa kebaikan untuk rakyat keseluruhan bukan hanya tempelan janji untuk menagih undi.
selamat.
p/s: i will make my own assessment on BN lost in my blog. tunggu!
Mohsein,
Thanks for the visit. Sekadar pemerhatian dari jauh, jentera prk bn telah menjalankan tugas dengan baik & bersungguh-sungguh. Cuma, apa yang orang ramai marah campur meluat adalah apabila serangan peribadi digunakan sebagai modal. It insult my intelligence as a muslim malay lawyer when people keep on repeating the mubahalah issues like none other topics to inform & urge the p.pauh voters to vote for a candidate.
Brother, from the very first day of nomination, i haven't attend any pr's ceramah except last two nights with you on bn's field. It doesn't take me long there to start on rebutting all of what the speakers were talking. But brother, i sincerely applaud you for your hardwork. Like i used to say to you, I know who you are & you know who you are.
Nanti kita set time jumpa kat maple no..
Catat Ulasan