Bebas ke?... Betul-betul ke bebas?.. Apa benar SPRM itu bebas? Tidak ke sana tidak ke sini?. Sempat saya meniti komen Ketua Pesuruhjaya SPRM sebentar tadi di berita jam 8. Pada hemat saya selaku orang awam, kenyataan-kenyataan yang dipamerkan tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin sebuah badan yang dikatakan bebas. Nampak sangat biasnya ke arah yang satu lagi. Yang sebelah sini dikomen habis siap beri keterangan secara fakta lagi mengenai salah laku seorang MB ni. Walhal ini masih dalam siasatan dan cukuplah sekadar beri komen bahawa kes ini akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara. Tak perlu dicerita secara 'detail'. Dan menyentuh aduan ADUN Kulim yang ada melibatkan satu tokoh utama negara dan wang sejumlah juta-juta, dikatanya bahawa tiada susulan oleh ADUN tersebut, maka habis tang situ ja (kata orang kedah). Siapa pun yang meneliti komentar ini tadi pasti nampak dengan jelas. Pulak tu, dengan penuh emosi, dikomen pulak soal politik - kepartian - (yang tidak sepatutnya disentuh).. katanya soal dalaman parti ada masalah, jangan dialih pula isu ini kepada isu SPRM berat sebelah. Maka, persoalan timbul lagi...biar pun telah 'upgrade' menjadi suruhanjaya, bebas ke..?
Dan Eli...bebas ke..? Tidak ke sepatutnya dia punyai ruang yang cukup bebas pabila menyentuh soal kehidupan peribadi? Gambar yang dipaparkan dengan penuh minat di media dan internet .. gambar dia tengah buat sesuatu ke atau tengah tidur..? Jikalau dalam keadaan kita tidur pun , kita pasti hendak tidur dengan bebas.. nak pakai apa ke ..tak nak pakai apa ker....kerana di rumah adalah tempat terakhir kita berlindung..dan Islam sangat-sangat menjaga perihal ini - sebab itu Allah sebut dalam Surah Hujurat 49:12
"Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Maha Pengasih."
Istilah Tajasus - mengintip - yang telah banyak para ilmuan memberikan pandangan berdasarkan ayat ini dan juga pernah disentuh oleh Bekas Mufti Perlis mengenai hal ini. Maka berbalik soal Eli, dia diintip - oleh siapa pun tidak kiralah samada kekasih ke siapa ke - yang pasti dia tidak melakukan sebarang pelanggaran kepada mana-mana peruntukan undang-undang di Malaysia ini. Ada pulak yang mengaitkan ini dengan soal moral dan integriti. Dan tidak ketinggalan menyamakan kes Eli ini dengan kes Vijandran dan Chua Soi Lek. Cuba berhenti sekejap dan berfikir. Dua kes ini - dalamnya ada perlakuan seks yang telah dirakam. Kes Eli?. .. tengah tidur ke tengah aktif segar bugar melakukan sesuatu di dalam gambar tersebut?. Amat sempit sekali pendekatan secara ini. Dan yang amat menyedihkan ianya keluar daripada mulut-mulut pemimpin-pemimpin bukannya siapa-siapa yang ada di tepi jalan. Bebas ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan