Berkesempatan meneliti perdebatan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang baru saja selesai sebentar tadi. Bertempat di Dewan Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa & Pustaka dan disiarkan secara langsung di TV9 dan Astro AWANI. Suatu langkah yang wajar diberikan penghargaan. Julung-julung kali pemimpin pembangkang dibenarkan berucap/berdebat secara langsung di tv. Syabas untuk Kementerian Penerangan Malaysia. Pun begitu, perjalanan format perdebatan agak tidak teratur dan kekadang agak lucu - tidak menepati inti/maksud perdebatan yang sebenar .
Perasaan nostalgik tiba-tiba kembali menyusup memori silam tatkala melihat debat tersebut kerana di pentas itu jugalah saya dan isteri menamatkan karier perdebatan kami dengan memenangi Debat Perdana 2002 anjuran Majlis Peguam Malaysia dan disaksikan oleh Tun Ahmad Fairuz - Bekas Ketua Hakim Negara (ketika itu Hakim Besar Malaya kalau tidak silap) dan dihakimi oleh Hakim Mahkamah Persekutuan dan beberapa hakim Mahkamah Tinggi. Tambah gembira, isteri saya Azah Binti Udin telah dinobatkan Pendebat Terbaik ketika itu.
Ada teman (junior debat masa di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin dan juga seorang bekas pendebat UTM) dengan lucu menanyakan kepada saya, agak2 sapa menang? Anwar or Shabery? Berapa juri dan margin? Komen sikit?-begitu sms yang saya terima .
Saya tidak berminat untuk menjadi juri kepada debat tersebut dan tidak perlu kepada margin untuk mengetahui siapa yang menang atau tidak. Rakyat lebih bijak menilai. Pun begitu, menyentuh mengenai debat, ada ungkapan yang wujud dikalangan para pendebat - seorang pendebat akan terus berdebat. (Once a Debater, Always a Debater). Untuk itu, tidak dapat tidak saya akan menyentuh juga-kalau tidak banyak- berkenaan format, perjalanan, premis dan keseluruhan perdebatan tersebut.
Apa yang boleh dirumuskan, Datuk Ahmad Shabery Cheek gagal menjawab Premis perdebatan tersebut. Lebih baik tidak perlu Datuk Seri Anwar yang berdebat, baik hantar saja mana-mana pendebat senior UiTM sekarang untuk berdebat usul ini. Ni, usul pun tak paham, premis apa tah lagi, hujahan lagila melalut tidak tentu hala - buat malu & buang masa sahaja. Singkap sejarah, Datuk Ahmad Shabery Cheek adalah bekas pelajar SBP, SDAR Seremban (mesti pernah wakili SDAR ke Debat PPM) dan pernah meneraju PMUM selaku Presiden - mesti pernah dan reti berdebat. Lebih memalukan - memegang jawatan Menteri Penerangan, tapi tidak upaya "menerangkan" kepada hampir berjuta rakyat Malaysia berkenaan Usul dan premis ini.
Ulasan saya ini lebih kepada apa dan bagaimana seharusnya debat tersebut dijalankan. Mungkin sedikit emosi kerana berkaitan dengan debat. Bukan semua orang paham maksud debat & boleh berdebat. Bercakap, ramai yang mampu bahkan ada diajarkan modul untuk berucap/bercakap di khalayak umum. Namun untuk berdebat, hanya Jauhari Yang Mengenal Manikamnya.
Usul : Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Harga Minyak Turun. Sudah semestinya yang perlu dijawab dan didebatkan adalah bagaimana & apa mekanisma untuk turunkan harga minyak ( oleh DSAI) dan perlu dijawab & didebatkan secara ilmiah & matang serta fakta - apa & bagaimana mekanisma penurunan minyak tidak dapat dilaksanakan, malahan perlu menyanggah segala fakta & hujah-hujah DSAI (oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek) .
Namun, sepanjang perdebatan, saya melihat Datuk Ahmad Shabery Cheek (kita panggil Menteri sudahlah) tidak menjawab apatah lagi menyanggah hujah-hujah DSAI. Manakala DSAI pula tetap dengan Premis - menerangkan dengan hujah-hujah berfakta dan mekanisma bagaimana boleh harga minyak diturunkan. Bagaimana boleh harga minyak diturunkan sebanyak 0.50 dengan mengambil kira kos tanggungan sebanyak RM 5 Billion. DSAI cuba menerangkan satu-persatu bagaimana untuk mencapai RM5 Billion tersebut. Yang si Menteri tidak menjawab hujah bahkan soalan yang diberikan pun tidak dijawab & digarap dengan sempurna. Yang lebih dilakukan hanyalah menyerang peribadi DSAI (suatu tindakan tidak matang - macam budak-budak sekolah rendah berdebat saja, rasanya mereka lebih hebat lagi kot?) dengan pelbagai cerita-cerita lama - apa kena-mengena peristiwa 1974? Pak Menteri pun masa tu baru Tingkatan Empat - saya? apatah lagi belum dilahirkan. Tambahan pula dijadikan medan perdebatan itu suatu platform ucapan politik Kerajaan BN - bukan berdebat mencari penyelesaian masalah harga minyak. Ini bukan kempen pilihanraya. Dah lama selesai dah - dengan tumbangnya 5 negeri kepada PR. DSAI juga pada akhirnya agak menyimpang sedikit dengan gulungan yang juga menyentuh hal politik. Meski- debat harga minyak tidak dapat lari daripada isu politik.
Bagi saya, si Menteri gagal memahami Usul & Premis. DSAI tidak menghujahkan soal pendapatan Petronas yang akan digunakan bagi tujuan mengurangkan harga minyak - dengan pendek - mengambil duit Petronas untuk dijadikan subsidi. Apa yang dihujahkan hanyalah pengurusan pendapatan kerajaan hasil keuntungan Petronas yang telah diberikan oleh Petronas beserta dividen khas sebanyak RM6 billion . Jawapan dangkal seorang Menteri berdebat hanyalah memainkan retorik - sampai bila & banyak mana lagi nak dikikis duit Petronas, nanti Petronas rugi, kita terpaksa pinjam daripada orang lain. Sungguh, tanyalah adik pendebat-pendebat universiti sekarang ini, jawapan apa itu. Bahkan , mudah saja mereka berdebat dengan si Menteri ini kalau ini saja yang mampu keluar sebagai hujah. Teman-teman bekas pendebat lain sudah pasti setuju dengan hujah saya ini.
Geli hati melihat si Naib Canselor UUM, menanyakan soalan kepada si Menteri - "Kenapa agaknya, Datuk Seri Anwar memilih minyak sebagai hujah untuk berdebat soal rakyat?" Ni pening - sepatutnya soalan ini ditanya kepada DSAI bukan kepada si Menteri. Tambah lucu & pening - si Menteri gagal pulak jawab soalan itu, dijawabnya dengan pelbagai hujahan (layakkah itu dipanggil hujahan?) yang melalut. Tambah kelakar - ada kelihatan YB-YB ahli Parlimen BN yang bersorak sampai meloncat-loncat. Entah apa yang disorakkan - manikam juga yang dikenal jauhari.
Sepatutnya perdebatan ini dijalankan antara DSAI dengan Perdana Menteri. Si Menteri ini tidak sepadan untuk berhujah berdebat dengan DSAI tambahan lagi isu ini adalah isu rakyat dan keputusan menaikan harga minyak ini adalah keputusan Perdana Menteri (dengan kelulusan kabinet??) selaku Menteri Kewangan. Dari situ , baru rakyat faham apa yang ingin disampaikan oleh kedua-dua pihak. Masih jauh perjalanan politik Malaysia untuk mencapai kematangan.

4 ulasan:
i missed the debate. kenalah tgk blog yg boleh bagi input yg tak terdapat kat TV dan surat khabar. Anyway, a very good comments. Thanks
Boleh layan kat YouTube. Kat Blog DSAI sendiri pun dah upload dah.
Saiful,
i am not a debater but totally with u about shabeery cheek. It is unfair for him to use that platform to do personal attacks on DSAI. Very unprofessional and unethical.
IMHO, tiada yang menang mahupun kalah cuma masing2 akan mendapat kelebihan politik kerana berani ke depan untuk berdebat tambah DSAI yg berjaya menggunakan platform mainstream setelah hampir 10 tahun diketepikan.
Moqq, soal teknikal dalam debat bukan yang utama, kecik saja, yang lebih penting, bagaimana hujahan (penerangan) mengenai isu minyak dapat disampaikan dengan baik, itu saja. Tidak perlu siapa menang siapa kalah. Yang pentig rakyat faham & terima. Tapi, fahamkah rakyat? Terimakah rakyat? Musykil...
Catat Ulasan