-
Khamis, Mac 13, 2008
DAP Boikot
Sejurus selepas membaca blog Lim Kit Siang sebelum Buletin Utama disiarkan malam tadi, hati sekali lagi terdetik - DAP nak boikot Majlis Angkat Sumpah MB Perak! Lantas saya berkongsi info dengan seorang teman mengenai hal ini. Sebagaimana yang telah kami bincangkan sebelum ini, sebarang tindakan yang boleh meranapkan pakatan dan kerjasama kerajaan baru negeri hanya akan menyulitkan agenda perubahan yang diwarwarkan oleh mereka sendiri. Sebelum pilihanraya, mungkin mudah untuk berkompromi demi kemenangan, namun selepas tampok pemerintahan dikuasai, hati & akal semacam lupa seketika akan apa yang telah dilalui sepanjang proses sebelum dan semasa pilihanraya. Adalah suatu tindakan yang kurang wajar serta tidak rasional untuk DAP memboikot majlis itu nanti, bahkan ia sudah pasti digunakan oleh pihak lawan sebagai satu hujah yang hanya akan menyulitkan mereka untuk menangkis nanti. Kalau tidak setuju sekalipun dengan pemilihan calon MB, janganlah tunjuk dengan boikot, kerana itu adalah keputusan dan kehendak Istana. Jangan nanti Tuanku murka dengan kerajaan baru - susah untuk melaksanakan agenda perubahan dan menunaikan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat. Yang paling utama, matlamat harus dicapai, kerja untuk mengisi kemenangan dan janji-janji harus diutamakan daripada kepentingan sendiri. Rakyat tengah menanti!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
boikot sebab tak dapat memerintah.. cuba kalau dapat duduk di kerusi Menteri Besar tu.. mau jadi macam Penang ... :)
Catat Ulasan