Cadangan untuk menangguhkan pemilihan parti UMNO yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini telah lama ditelah . Walau apa sahaja alasan yang diberikan untuk merasionalkan cadangan ini, ia sama sekali mengecewakan ramai pihak bukan sahaja kalangan ahli parti bahkan pihak luar dan pembangkang khususnya. Keputusan PRU 12 secara terang-terangan memberikan isyarat bahawa sesuatu perlu dilakukan oleh ahli-ahli parti ini demi menjaga kemandirian parti bukan setakat 3 atau 6 tahun lagi malahan selama-lamanya (gunapakai moto mereka Dulu, Kini dan Selamanya..)
Sekilas pandang, ini adalah di antara strategi bagi memastikan kedudukan YAB Presiden tidak tergugat walaupun secara nyata Ku Li menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden dan saranan ahli parti (lebih tepat lagi YB Mukhriz ) untuk Presiden mengundurkan diri. Mungkin kesanggupan Ku Li untuk bertanding jawatan presiden kali ini disandarkan atas sokongan yang sudah pasti bukan sedikit berbanding cubaan Ku Li untuk bertanding semasa Tun Dr. Mahathir ingin bersara tidak lama dulu. Dengan memikirkan bahawa mungkin ahli-ahli wanita seramai hampir 50% daripada keseluruhan ahli parti tidak akan memberi sokongan atas alasan tiada wakil wanita diletakkan dalam barisan kabinet, cadangan ini seakan manifestasi kepada situasi.
Umum mengetahui, sepatutnya pemilihan berlangsung tahun lepas namun ditunda atas alasan PRU 12. Nah, PRU 12 sudah selesai, maka tugas parti harus berjalan seadanya. Apakah Presiden tidak sanggup untuk menerima realiti kehendak ahli-ahli sebagaimana terkejutnya beliau terhadap realiti rakyat dalam keputusan PRU 12 tempoh hari. Persoalan ini hanya boleh dirungkai oleh ahli-ahli parti sendiri dan hanya sanya mereka jualah yang mampu menjadikan kehendak ini suatu realiti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan