Tersenyum saya melihat YB ADUN Penanti telah dipilih menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 P. Pinang Khamis lalu. Syukur, pemilihan exco dan majlis angkat sumpah berjalan lancar. Sedikit cebisan yang saya ingin kongsi bersama. Suatu yang unik mengenai YB Timbalan Menteri. Seorang yang aktif dalam bela diri. Inilah julung-julung kali kita dapat melihat seorang YB benar-benar boleh bersilat. Secara pandangan kasar, kalau yang ada dulu atau sekarang ini pun, hanya setakat gelaran dan penghormatan yang diberikan oleh persatuan-persatuan bela diri, bukan reti bersilat atau bela diri apa-apa pun. Ahli-ahli bela diri khususnya di P.Pinang (tidak kira apa displin sekalipun) sudah pasti bangga akan perlantikan ini. Bahkan YB menjadi ADUN di kawasan berdekatan di mana terletaknya rumah Guru yang dari tangannya saya belajar ilmu bela diri. Diharapkan selepas ini, aktiviti bela diri akan kian rancak di P.Pinang. Teringat kembali ketika menjelang PRU 1999, ketika saya masih menuntut di Itam Shah Alam dan YB di UIA, saya bersama-sama YB pernah menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Cherok To' Kun untuk urusan pilihanraya atas arahan pimpinan persatuan (PKPIM) ketika itu.
Mungkin YB kurang ingat akan memori ini, tapi saya masih boleh mengingati saat-saat tersebut. Syabas dan Tahniah buat YB, moga matlamat ikhlas untuk berbakti kepada rakyat sentiasa ada dalam diri. Ramai yang mengharap, ramai yang menanti ADUN Penanti mengotakan janji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan