-
Khamis, Mac 13, 2008
Kisah Keju & Piza
Dua hari sebelum PRU 12, saya berkesempatan berbual-bual dengan seorang peniaga piza bergerak (mobile pizza) sementara menunggu piza yang dipesan. Satu idea yang menarik, dengan menggunakan kata-kata "Jom Piza. Kini...Siapa pun boleh menikmatinya" seperti Air Asia, perniagaan ini memudahkan pelanggan mendapatkan piza dengan mudah & tanpa perlu mereka membayar harga yang sedikit mahal untuk menikmati piza dalam pelbagai rasa. Yang hendak dikongsi di sini, perbualan kami menjurus kepada modal & harga stok barang-barang si peniaga. Katanya, keju (tidak dapat dipastikan keju apa - mozarella atau cheddar atau apa, yang pasti keju) 6 bulan yang lalu, 1kg - RM17.00. Tapi sekarang dah naik RM40. Peningkatan sebanyak 23% dalam tempoh enam bulan. Satu peningkatan yang amat drastik. Purata beliau guna keju sebulan dalam 10kg katanya - kos melambung ke RM400 sebulan hanya untuk keju. Sambil merungut, beliau mengatakan sudah tidak dapat bertahan lagi melainkan beliau naikkan harga pizanya. Tapi kalau naik harga, pelanggan pula bersungut, kalau tak naik, beliau yang mesti menanggung beban. Itu baru keju, tak kira lagi tepung, gula dan sebagainya. Bermain di fikiran, ini sudah pasti di antara faktor kecil yg meledakkan tsunami politik tempohari. Rakyat mendapat kesan langsung dari kenaikan harga barang. Duit yang begitu banyak boleh jadi kurang nilainya sekiranya harga barang-barang terus meningkat. Mesej yang jelas dipaparkan oleh Rakyat. Sekaranglah masanya untuk status quo memperbaiki segala-galanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Yes bro. This is just among the few things we the people find our current government is not really paying attention to.
No matter which party rules but if the party is willing to take care of the people welfares and well beings in our beloved country, why not give them a try?
The so called other parties might be sincere, they might even have other agendas but before any of that can be materialized they have responsibilities to 'answer' to the people on what they have been 'promising'.
I always believe in 'check & balance' and guess what? People voices are important. We decide & choose the government that we want. PEOPLE RULE!!
(Well.. we have another 4 to 5 years time to make another MEGA changes)
So all the politicians; Menteri Besars, wakil rakyats and all the Yang Berkhidmats... Proves Yourselves Worthiness to the People! Wake Up! You'll be SORRY if U are SLEEPING on your jobs. THE PEOPLE ARE WATCHING!
Kita tunggu ape menteri baru di lantik nak buat dengan harga barang, dengar dengar takda lagi kawalan harga, nak buat free trade.
Catat Ulasan