Mesyuarat MT UMNO siang tadi telah sebulat suara setuju dengan perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu yang sah dan bersetuju untuk mengadakan pemilihan parti tahun ini. YAB Presiden sewaktu memberi kenyataan pada sidang akhbar bersungguh-sungguh menjelaskan isu di Terengganu sudah selesai.
Agak ironi, pada mulanya YAB Presiden selaku PM mengeluarkan kenyataan bahawa perlantikan Ahmad Said adalah bertentangan dengan Perlembagaan. Itu, kenyataan sebelum mengadap DYMM Seri Paduka Baginda. Lain pula jadinya selepas mengadap. Telahan nakal seakan mengatakan bahawa DYMM berkeras untuk meletakkan Ahmad Said sebagai MB dan tidak akan menerima Idris Jusoh dan sudah pasti YAB PM tiada dapat berkata apa-apa, sama seperti sebelum ini ketika isu di Perlis.
Yang menghairankan, mengapa selepas PRU baru hendak mengadap melobi calon MB sedangkan tindakan ini boleh dibuat sedari awal. Ternyata, situasi menunjukkan bahawa seperti adanya perasaan tidak senang Istana-Istana dengan pimpinan UMNO (atau lebih tepat, beberapa kerat pemimpin UMNO). Situasi sebegini jarang terjadi kepada Presiden yang dahulu - di mana dengan mudah Istana bersetuju kepada semua calon-calon MB yang dikemukakan.
Pemilihan parti juga sudah pasti akan memberikan beberapa petunjuk baru samada ahli-ahli UMNO ini mahu melakukan sesuatu demi menjaga parti atau hanya beberapa kerat individu dalam parti. Kita tidak dapat meletakkan harapan wujudnya kebijaksanaan dan kematangan para perwakilan yang akan mengundi nanti. Terpulang kepada mereka.

1 ulasan:
Kecelaruan boleh diperbetulkan malah boleh jadi lebih baik dari sebelumnya sekiranya kita bersedia melakukan perubahan. Perubahan bukan hanya sekadar berkata "kami terima mesej, kami faham kehendak, kami akan buat, kami itu dan kami ini" tetapi perubahan perlu ada pergerakan secara fizikal bukan sekadar emosi yang diluahkan sebagai penyedap hati. Seperti bapa memujuk anak kecil dengan janji sebatang aiskrim, seperti suami yang berjanji "saya tak akan lupa lagi". Sudahnya tidak ke mana-mana pun kerana si bapa dan suami percaya dia lebih berkuasa menentukan segala-galanya. Dia percaya anak dan isteri tak berani memberontak. Dulu mungkin ya tetapi sekarang bukan zamannya lagi. Pandai-pandailah bapa dan suami menjaga rumahtangga sebelum menyesal kemudian hari...
Sama-samalah kita merenung diri sejauh mana kita berubah iaitu bergerak secara fizikal pada hari ini atau kita juga sama seperti orang lain sekadar "GEMBIRA dan TERUJA berkata-kata melahirkan pandangan bergeliga" kononnya tetapi sebenarnya kita juga sama tetap di takuk lama, tidak ke mana-mana pun. Perubahan perlu berlaku dalam rumah kita sendiri yakni hati dan diri kita sendiri. Jika kita sendiri teragak-agak untuk melangkah, jangan diharap apa-apa boleh berubah. CUBA KITA LIHAT DIRI KITA HARI INI. BERUBAH ATAU TIDAK BERUBAH?????
Tahniah kepada sebahagian besar pengundi yang bersedia dan berani melakukan perubahan setelah sekian lama dengan kepercayaan oklah boleh tahan. Atau mungkin kini sudah tidak tertahan. Dulu mungkin ya tetapi sekarang bukan zamannya lagi. Pandai-pandailah pemimpin menjaga rakyat dan negara sebelum menyesal kemudian hari...
Catat Ulasan