Selasa, September 22, 2009

Dari minda terus ke jari.

(Tatkala hujan turun dengan lebat di malam yang kelam ini seraya mengelamun sendirian merenung semangat Aidilfitri dan himbauan kepada perkara-perkara silam, maka tangan terus mencapai pda dan mula menaip satu persatu perkataan hingga lengkap sebuah catatan.)

"Ya! Manusia makhluk persepsi", menurut seorang teman. "Kita bukan sahaja perlu menjadi baik bahkan kita juga harus dilihat sebagai baik", tambahnya lagi. Dan atas dasar persepsi, manusia sanggup melakukan apa saja demi mencapai kehendak nafsu & emosi.

Saban waktu kita mendengar kisah-kisah kehidupan manusia yang seakan skrip drama atau mirip sebuah pementasan teater. Cuma bedanya kali ini, watak & jalan ceritanya benar-benar hidup dalam setiap denyutan nadi manusia. Logik, kerana skrip drama & teater diadaptasi daripada cebisan-cebisan hidup sebenar manusia.

Sudah beberapa kali mendengar dan menyaksikan satu biasan kepada apa yang dinamakan persepsi. Kita malu dengan ustaz, ustazah, naqib atau naqibah, rakan taulan serta sahabat seperjuangan dalam jemaah atau usrah kita hatta kepada sesiapa pun yang melihat dan punyai andaian kita ini seakan-akan "alim" andaikata ayah kita senantiasa memakai seluar pendek, ibu serta kakak kita tidak memakai tudung malah kelihatan rambut bukan lagi hitam, abang kita jarang mendirikan solat, adik kita tidak pandai membaca jawi, teman sebilik kita di 'hostel' adalah kaki merapu, isteri kita bukan dari 'golongan satu jemaah' dengan kita serta pelbagai lagi.

Maka akan disuruhlah oleh kita supaya mereka ini melakukan ketaatan dalam beragama apabila wujud situasi berlakunya pertemuan samada dirancang atau tidak. Ayah DISURUH memakai celana panjang, ibu dan kakak tidak ketinggalan DISURUH bertudung, serta merta abang DISURUH solat, adik disuruh diam atau buat-buat tidur, teman sebilik di 'hostel' diminta keluar buat seketika sehingga selesai pertemuan dan isteri, DISURUH berkelakuan seperti mereka yang pernah satu jemaah atau usrah dengan kita baik dari segi percakapan atau lenggok bahasa tubuh yang dipamirkan @ 'demenour'. Disuruh tetapi tidak menjelaskan dengan hujah dan hikmah. Dan ianya bersandarkan ego atau malu atau sebut saja apa jua namanya tapi bukan atas dasar ikhlas.

Ego, tiada lain hanya ego dijadikan alasan untuk menjustifikasikan ketaatan dalam beragama tanpa adanya hujah atau bersandarkan pencetus hidayah / 'guidance trigger'. Sudah semestinya ini suatu pembohongan dalam agama atau 'blasphemy'. Yang sedihnya, kita bangga sekiranya apa yang DISURUH telah dilaksana, bukan melihat dari sudut hak si Khalik (Pencipta) tapi puasnya hati dan ego seorang manusia yang bernama makhluk (ciptaan).

* Catatan dikemaskini melalui pda.
Masih tiada capaian 3g di sini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni aku punya cerita.. (Cerita rekaan semata-mata.. x de kena ngena ngan yg hidup atau yg mati...)

"Shits happens when we change..." - Teringat kata2 kengkawan bekas penjenayah tegar.

Dulu.. semua cool. Perfect planning. Well executed. Tanpa cacatcela - semua dpt cover. Hidden under the meja.
Bosan dgn semua tu kerja - highway 110km/j ke neraka. Aku mesti berubah - tinggalkan itu kerjaya. Kengkawan still ada - tapi tak serapat mana. Aku yg menglow-profilekan diri. Tak nak dekat - tak nak terikat - supaya visi terus hangat.

Sekarang, since few years. Wajib dan sunat usaha didirikan. Trying to ensure everything is clean. Hasil rezeki tulang empat kerat - every cents of income dari setiap titik keringat - dengan ilmu yang tak seberapa, aku mampu cipta kerjaya. Sedikit rezeki yang ada bukan untuk bersukaria..
..bukan untuk dihabiskan esok atau pun lusa..
..bukan untuk dibazirkang.. pakai x pakai, x perlu kira..

Kedekutkah aku = kerana amat berkira pada belanja yg tak perlu?
Kedekutkah aku - kerana x mahu menurut nafsu seperti dulu?
Kedekutkah aku - kerana sentiasa berfikiran - adakah keluarga aku cukup makan? Dgn sedikit rezeki yang ada ini berapa lama mampu bertahan? Bila ada payment masuk, calculation mcm nie sentiasa dlm fikiran

Payment aku bukan dpt tiap2 bulan. Ada lebih, wajib disimpan - utk masa depan - dikala pocket dikunjung keuzuran.

Aku yakin dan aku nampak dgn jelas. Allah maha kaya. X banyak - sikit. Rezeki x pernah totally tiada. Pemberian-Nya dtg berbagai cara.

Bukan seperti dulu - duit masuk sehari beribu-ribu. Habis sehari beribu-ribu - yang tinggal hanya abu. Mak bapak pun tak tau, yg anak diorg dah joined species hantu - kalau diorg tau, sure kena sembelih mcm lembu!

Sekarang aku redha. Dah bukak buku baru. "Shits happens when we change!" - mmg dah kengkawan bagi tau dulu. Aku kena telan apa yg bakal berlaku.

Mampukah aku?

Sempena Aidilfitri.. ramai kengkawan call - "How are you?"

Nak kata apa.. pendamkan aje. Semua ok kan aje. X payah banyak cerita. Nak citer pun, citer yg gumbira2. Paling tidak pun, citer pasal kerja - citer pasal kerjaya. Pastu diorg tak banyak tanya - kengkadang terkucil gak ngan soklan "Raya sorang je ke?"

Kat sini bleh kot nak cerita. Cerita tanpa nama. Yg nampak, mungkin dpt meneka...

Aku bukan jenis suka bercerita sesaje - tanpa usul periksa. Pengalaman yg ada, bagi aku amat berharga. Ya! bukan semua org adalah sama - boleh ditimbang dgn neraca. Layakkah aku menimbang?

Di pagi Aidilfitri. Hujan renyai2. Dok kat gazebo sorang diri. Dalam hati.. "Aku gagal lagi - Sbg seorang suami"

Aku usaha sehabis baik. Buat apa yg mampu. Dari perkara mudah, step-by-step hingga ke susah. Demi kami.

Setakat ini, aku hanya mampu berpesan. Berpakaian biar sopan. Jgn sampai nampak bentuk badan. Tiada siapa peduli - hanya aku. Bersopan hanya depan aku punya family. Tudung? Haha! - padan muka aku.

Berkawan lelaki perempuan jgn sampai bersentuhan - nak buat camne.. body contact dah dijadikan amalan - walau hanya berjabat tangan - dianggap satu keperluan - mmm.. alasan..

Lagi.. aku berpesan - jgn salah pilih kawan - yg jadikan freesex sbg pegangan. Pasti yg lain2 memasang umpan. Silap2, bini aku jadi sasaran - Takut lak nanti jadi kes pembunuhan.

Apa2 perancangan bukan dtg dari aku. Izin aku mmg x perlu. Dah janji kat situ - mesti ada kat situ! Pesan aku, "You dah berkeluarga." ikut planning org tua pun biarlah berpada-pada. Perancangan n perjalanan kita masih jauh. X yah la buat perkara suka2 n sia2. Aku pun ada hati n perasaan - cuma x nampak - tapi dilahirkan dgn pesanan. Benda2 yg x perlu, x perlu adakan.

...bersambung.. x cukup lak line nie..

Tanpa Nama berkata...

sambungan...

Semua org, ada je yg x kena. Semua salah yg betul tiada. Kengkawan lama atau pun kengkawan yg baru jumpa, sedara2 ataupun keluarga - aku mmg x suka entertain mcm tu punya cerita. Dpt dengar sebelah aje. Yg sebelah lagi x tau apa2.

"Mama dah x de duit. Nak gie jenjalan."
"Takde duit nanti, jual la awak."

Mungkin aku hanya perasan. Sebagai suami - kata2 mcm tu suatu penghinaan. Aku tebalkan muka. Tebalkan telinga. Buat Selamba. Mcm x de apa2.

Dlm hati, Allah aje yg tau. Perah otak cari rezeki - yg halal utk masa depan kehidupan anakbini.

Ketawakan aku. Gelakkan aku. - "You mmg suami x guna, hidup u I yg sara. X de duit x de harta. Semua ni, I yg punya, sukati I la nak buat apa!".

Adakah semua perlu ku warta? - apa yg ada untuk our own future - supaya x abis tiba2. Bila dia sesak bila dia tiada - camner aku yg miskin nie bleh ada duit tetiba? - sedangkan payment time tu, yg masuk tiada. Aku jenis yg ada buffer. Berbelanja amat berkira. Keperluan asas cukup adanya. Perlu ada modal utk bekerja. Buffer lain yg ada untuk kecemasan bila dia tiada.. apa yg aku takde, aku x perlu ada.

Aku bukan jenis yang meminta-minta, kat kengkawan apatah lagi kat ibubapa - Cukup dgn semaiaan ilmu didada. Dari kecik, aku sendiri usaha. Dari hujung ke hujung dunia aku bekerja.. tidur x lena, x tentu masa.. menanti rezeki ikhsan dariNya..

Namun... tahiah sekarang mungkin dia dah berjaya. Banyak duit, banyak harta. Aku x perlu depan mata pun x pe. Pesanan aku diambil lewa..

X kisahlah.. biarlah org meghina.. biarlah org ketawa..

Selama mana mampu ku bertahan? Ignorekan aje segala hinaan? Perlakuan, peradaban dan pemakaian org tua dah luluskan. Camner harus ku sampaikan? Bila bersuara diaangap derhaka. Dimana yg lain? Bz dgn kerja? Masing2 menjaga keluarga masing2. Wajib mengikut telunjuk yg sama? Kenapa aku menjadi mangsa? Keluarga aku selalu di-interfere. Sebab aku x banyak cerita? Aku cuma mahukan yg terbaik utk keluarga - supaya x terbiasa dgn amalan yg sama - bukan nasihat utk kepentingan diri sendiri seperti sesetengah mereka - errr.. aku nie driver ke?

Org yg miskin hina seperti aku x perlu ada keluarga. Kerana aku x reti jaga keluarga. X mampu makan besar diluar. X mampu gie holiday.

Macammana harus ku bimbing? Kira adanya sebuah dinding. Aku dan dia semakin jauh. Hubungan ini semakin rapuh. Aku berdoa ianya tak akan luruh.

Aku masih tetap berusaha mendekatkan diri yg jauh dari-Nya. Memohon petunjuk dari yg Esa. Qada n qadar, terserah pada-Nya.

Aku tidak pernah mengundang permusuhan atau pun berhasrat memustuskan hubungan. Hanya rajuk di Aidilfitri ini mampu dizahirkan...

Sekian. Maaf zahir & batin..
PS: Jgn jadi miskin mcm aku...