Pada hari ahad lepas, 13hb April 2008, saya, isteri dan si kecil telah menginap di The Majestic Station Hotel Ipoh (hotel murah-murah saja) kerana saya punya satu kes di Mahkamah Tinggi Ipoh pada keesokan harinya. Kedudukan dan jarak hotel yang hanya beberapa meter dari kompleks Mahkamah memudahkan saya untuk hanya berjalan kaki ke Mahkamah. Dengan harga yang boleh tahan - RM68 untuk satu bilik Standard Deluxe, segala kemudahan asas hotel dapat dirasai, tapi tiada siaran Astro dan bangunannya sudah beberapa tahun lamanya. Ada beberapa keuzuran yang perlu dibaiki dan beberapa bahagian yang perlu kepada pembaharuan.
Dibina pada tahun 1917 dan berada di dalam Stesen Keretapi Ipoh, hotel ini bolehlah di anggap sebagai satu monumen sejarah yang patut disenaraikan di dalam senarai bangunan bersejarah yang perlu dikekalkan. Menarik untuk dikongsi, lif di hotel ini adalah lif zaman dulu-dulu, kena tutup pintu luar dulu secara manual, baru boleh lif bergerak ke atas dan bawah.
Dalam lif tersebut, terdapat satu nota peringatan untuk penginap-penginap akan tuanya usia lif ini dan perlu kepada kesabaran untuk menggunakannya. Pengalaman menginap di sini terasa seakan-akan menginap di hotel koboi dalam cerita Wild Wild West dulu-dulu. Yang penting, selesa untuk menginap dan senang untuk pergi ke Mahkamah bagi mana-mana peguam yang perlukan tempat tinggal di Ipoh untuk menghadiri sesi Mahkamah. Tapi, kalau nak rasa lebih selesa, dinasihatkan cari hotel yang lebih sikit sesuai dengan bajet poket anda.

2 ulasan:
macam pernah menginap dulu kat situ rasanya dalam tahun 1997 .. lama dah tu .. kira ok la dengan harganya tu ...
abg arul
Ok,..yang penting selesa. Lagi pun, bukan nak menginap lama-lama. Abis kes terus check out le.
Catat Ulasan