Jumaat, Mac 14, 2008

Macam Budak-Budak

Itu yang boleh disimpulkan kepada dua situasi ini - Satu; Fenomena sekitar Pemilihan dan Majlis Angkat Sumpah MB Perak serta Pembahagian Kerusi Exco dan Dua; Kenyataan Setiausaha Perhubungan UMNO P.Pinang di Buletin Utama semalam mengenai kerajaan baru Pulau Pinang.

Amat mengecewakan tatkala melihat gelagat BA di Perak selepas bertungkus-lumus menumbangkan BN dalam PRU 12. Mana dia kata sepakat yang selalu dicanangkan kepada Rakyat sebelum pilihanraya? Malu, pabila sudah menang & menguasai Perak, BA semacam retak dan seperti budak-budak merebut jajan dek kerana kepentingan parti sendiri. Bila dah menang, masing-masing gelabah, kalut nak jawatan itu, kerusi ini. Patutnya, rakyat yang lebih diutamakan. Ini tidak,lebih kurang sama saja dengan Kerajaan negeri sebelum ini. Ini masalah & kekangan yang memang ditelah sebelum BA berjaya tubuhkan kerajaan negeri. Kenapa beri ruang?..Mengapa membiarkan diri mudah untuk dimalukan oleh pihak lawan? Saya yakin, ramai yang bersuara sinis seakan mengejek BA Perak - tambahan pula Majlis Angkat Sumpah MB terpaksa ditangguhkan semalam. Seorang teman lantas menyuarakan kekecewaan melalui laman blognya mengenai fenomena ini. Cepatlah,..Rakyat masih di sini.!!

Yang satu ini pula seakan orang yang merajuk, marah lantas ingin menyalahkan penduduk/pengundi P.Pinang. Semalam 13/03/08 kenyataannya dalam media punyai nada seakan budak yang kalah berebut tempat bermain dengan yang seorang lagi lantas merajuk dan mengajak orang agar jangan bermain dengan budak itu. Permainan pun tidak dibenarkan diberi kepada budak itu.. " Hang jangan main dengan dia..!" " Bola tu pun jangan bagi kat dia!" Begitulah semacam analogi bunyi yang dapat difahami.Terlampau marah sehinggakan sanggup meminta agar projek-projek dihentikan - supaya rakyat P.Pinang merana & menyesal hanya kerana menolak mereka dalam PRU 12. Seolah-olah hendak menyatakan, kalau nak terus maju & membangun, mesti undi mereka, tidak boleh yang lain. Seolah-olah, demokrasi dinafikan dibumi Pulau Mutiara itu. Kenyataan ini pasti menghina kehendak majoriti rakyat P.Pinang.

Tiada ulasan: