Rabu, Disember 24, 2008

Trading Journal

Segala aktiviti dagangan dihentikan buat sementara waktu sehingga akhir tahun memandangkan keadaan pasaran yang kurang menarik & rendah 'volatility' akibat sentimen cuti terutama sekali Perayaan Krismas. InsyaAllah, tahun 2009 akan lebih memberikan peluang yang banyak untuk sama-sama membuat pendapatan tambahan bagi persediaan untuk menghadapi krisis ekonomi global. 

Jumaat, Disember 19, 2008

Trading Journal

Kembali trading selepas berehat satu hari. Trading pada hari ini dimulakan pada sekitar jam 10 malam dan berhenti seketika dan hanya kembali trading selepas habis menonton DVD James Bond - Quantum of Solace pada pukul 4 pagi. Memang 'best' cerita ni. Penuh dengan aksi dan tidak mengecewakan sama sekali. 

Matawang yang dipilih untuk dagangan pada hari ini ialah NZDUSD atau lebih dikenali sebagai 'Kiwi'. Dengan berpandukan pergerakan Emas yang lemah serta Dow Jones yang dalam aliran menurun, 'Kiwi' yang mempunyai hubungan langsung dengan AUDUSD atau 'Aussie' akan mengikut ke mana arah Aussie. Sebagaimana sedia maklum, Aussie berkadar langsung dengan Emas maka segala panduan mudah ini digunakan untuk dagangan kali ini. Segala profit yang diambil adalah dalam jumlah pip yang kecil sahaja dalam keadaan berhati-hati untuk menjaga modal yang digunakan. Alhamdulillah, kesemua 'position' yang dibuka telah 'profit' walaupun sedikit tetapi telah memenuhi 'target' harian.   

Day Trading deals 
IDOpen
Date
BuySellRolling
Until
RateClose
Date
Close
Rate
Profit
Loss
388018018/12/2008
14:51
1,793.70
USD
3,000.00
NZD
02/01/20090.597918/12/2008
14:59
0.59770.60 USD
388038418/12/2008
15:01
1,795.20
USD
3,000.00
NZD
02/01/20090.598418/12/2008
15:02
0.59762.40 USD
388052318/12/2008
15:12
1,797.30
USD
3,000.00
NZD
02/01/20090.599118/12/2008
15:14
0.59832.40 USD
388064118/12/2008
15:20
1,796.40
USD
3,000.00
NZD
02/01/20090.598818/12/2008
16:05
0.59850.90 USD
388093218/12/2008
15:47
1,798.80
USD
3,000.00
NZD
02/01/20090.599618/12/2008
16:05
0.59853.30 USD
388365118/12/2008
19:01
1,777.50
USD
3,000.00
NZD
02/01/20090.592518/12/2008
19:32
0.59191.80 USD
388423318/12/2008
20:29
1,738.20
USD
3,000.00
NZD
02/01/20090.579418/12/2008
20:35
0.57891.50 USD

Selasa, Disember 16, 2008

Trading Journal

Permulaan 'trading' minggu ini dimulakan agak lewat sedikit - pukul 11 malam kerana perlu menidurkan sikecil yang semacam mahu terus-menerus bermain dengan Daddynya. Tambahan pula perlu menyiapkan segala persiapan untuk menghadiri 3 sesi Mahkamah di 2 negeri yang berbeza pada satu-satu masa keesokkannya. MasyaAllah, esok mahu semput dibuatnya. 

Seperti biasa, AUDUSD menjadi pilihan untuk dagangan dengan melihat kepada pergerakan Emas & Minyak pada hari ini. Kedua-duanya bergerak dengan aliran menaik sejajar dengan hasrat OPEC untuk mengurangkan bekalan minyak sedunia. AUDUSD juga bergerak dalam aliran menaik dengan berada di paras tertinggi pada hari ini dan kesempatan ini diambil untuk 'short' pada harga yang tinggi dan ditambah setiap kenaikan. Harga tertinggi yang diambil adalah pada 0.6740. Dan seperti biasa, kaedah mudah yang digunakan tanpa perlu merujuk kepada graf/carta dan indikator-indikator.

Alhamdulillah, dalam sela masa 2-3 jam sahaja, segala 'position' telah pun 'profit' dan ditutup pada harga 0.6693. Setelah kesemuanya ditutup, kelihatan harga AUDUSD kian menjunam sehingga 0.6663. Sekiranya ditutup pada paras tersebut, keuntungan pada malam ini mungkin berlipat kali ganda. Namun, syukur atas apa yang diberiNya. Tamak & Takut (Greed & Fear) adalah satu faktor yang boleh meranapkan segala modal & keuntungan yang dimiliki dalam sekelip mata. 

Day Trading deals 
IDOpen
Date
BuySellRolling
Until
RateClose
Date
Close
Rate
Profit
Loss
384792715/12/2008
15:06
1,677.50
USD
2,500.00
AUD
29/12/20080.671015/12/2008
17:41
0.66934.25 USD
384830515/12/2008
15:27
1,680.00
USD
2,500.00
AUD
29/12/20080.672015/12/2008
17:41
0.66936.75 USD
384903515/12/2008
16:23
1,682.50
USD
2,500.00
AUD
29/12/20080.673015/12/2008
17:41
0.66939.25 USD
384905715/12/2008
16:25
1,685.00
USD
2,500.00
AUD
29/12/20080.674015/12/2008
17:41
0.669311.75 USD
     

Sabtu, Disember 13, 2008

Kembali Mengisi

Salam buat semua pengunjung laman blog ini. Setelah selesai Aidiladha tempohari, saya fikir ada baiknya saya 'update' blog saya setelah sebulan lebih terbiar tanpa apa-apa catatan baru.  Kali ini, saya ingin meletakkan 'screen shot' hasil trading saya menggunakan kaedah yang sangat mudah tanpa perlu merujuk kepada carta/graf sebagaimana cara saya trading sebelum ini dalam catatan yang lepas. Bermula dengan modal sebanyak USD200, saya cuba trading dengan kaedah yang mudah ini.  Dalam masa cuti beraya di rumah mertua pun sempat jugak saya trading - buat tambah untung supaya modal boleh dibesarkan. Kaedah-kaedah ini amat mudah, tanpa perlu lagi saya merujuk kepada carta dan pelbagai indikator-indikator yang digunapakai bersama-sama. 


Day Trading deals
 
IDOpen
Date
BuySellRolling
Until
RateClose
Date
Close
Rate
Profit
Loss
383925312/12/2008
14:34
1,649.25
USD
2,500.00
AUD
26/12/20080.659712/12/2008
16:19
0.65706.75 USD
383928712/12/2008
14:36
1,651.75
USD
2,500.00
AUD
26/12/20080.660712/12/2008
16:18
0.65709.25 USD
383932612/12/2008
14:40
1,654.50
USD
2,500.00
AUD
26/12/20080.661812/12/2008
15:13
0.66131.25 USD
383951112/12/2008
14:58
1,658.75
USD
2,500.00
AUD
26/12/20080.663512/12/2008
15:07
0.66301.25 USD
383971112/12/2008
15:17
1,655.50
USD
2,500.00
AUD
26/12/20080.662212/12/2008
15:33
0.66122.50 USD
383991912/12/2008
15:43
1,654.50
USD
2,500.00
AUD
26/12/20080.661812/12/2008
16:04
0.66121.50 USD
383999812/12/2008
15:54
1,658.50
USD
2,500.00
AUD
26/12/20080.663412/12/2008
15:58
0.66262.00 USD

Day Trading deals 
IDOpen
Date
BuySellRolling
Until
RateClose
Date
Close
Rate
Profit
Loss
383032811/12/2008
16:30
3,000.00
NZD
1,657.80
USD
25/12/20080.552611/12/2008
16:39
0.55404.20 USD
383069911/12/2008
16:53
3,000.00
NZD
1,662.00
USD
25/12/20080.554011/12/2008
16:57
0.55420.60 USD
383080211/12/2008
17:00
1,695.25
USD
2,500.00
AUD
25/12/20080.678111/12/2008
17:14
0.67605.25 USD
383108511/12/2008
17:19
3,000.00
NZD
1,659.30
USD
25/12/20080.553111/12/2008
17:31
0.55330.60 USD
383119011/12/2008
17:32
1,694.00
USD
2,500.00
AUD
25/12/20080.677611/12/2008
18:50
0.67555.25 USD
383139811/12/2008
17:51
1,696.25
USD
2,500.00
AUD
25/12/20080.678511/12/2008
18:50
0.67557.50 USD
383142411/12/2008
17:52
1,698.75
USD
2,500.00
AUD
25/12/20080.679511/12/2008
18:50
0.675510.00 USD

Day Trading deals 
IDOpen
Date
BuySellRolling
Until
RateClose
Date
Close
Rate
Profit
Loss
382044510/12/2008
15:45
2,500.00
AUD
1,652.50
USD
24/12/20080.661010/12/2008
16:16
0.66202.50 USD
382046810/12/2008
15:46
2,500.00
AUD
1,650.00
USD
24/12/20080.660010/12/2008
16:16
0.66205.00 USD
382090810/12/2008
16:27
2,500.00
AUD
1,650.25
USD
24/12/20080.660110/12/2008
16:31
0.66102.25 USD

Day Trading deals 
IDOpen
Date
BuySellRolling
Until
RateClose
Date
Close
Rate
Profit
Loss
381229209/12/2008
16:17
1,645.00
USD
2,500.00
AUD
23/12/20080.658009/12/2008
16:24
0.65722.00 USD
381260909/12/2008
16:44
6,590.00
USD
10,000.00
AUD
23/12/20080.659009/12/2008
18:31
0.65855.00 USD

Day Trading deals 
IDOpen
Date
BuySellRolling
Until
RateClose
Date
Close
Rate
Profit
Loss
380204708/12/2008
13:17
3,000.00
NZD
1,627.50
USD
22/12/20080.542508/12/2008
13:43
0.54353.00 USD
380259508/12/2008
14:10
3,000.00
NZD
1,629.90
USD
22/12/20080.543308/12/2008
14:41
0.5426-2.10 USD
380266108/12/2008
14:16
3,000.00
NZD
1,625.70
USD
22/12/20080.541908/12/2008
14:41
0.54262.10 USD
380277508/12/2008
14:28
3,000.00
NZD
1,622.10
USD
22/12/20080.540708/12/2008
14:41
0.54265.70 USD
380319208/12/2008
15:00
3,000.00
NZD
1,616.70
USD
22/12/20080.538908/12/2008
15:16
0.53931.20 USD

Selasa, November 04, 2008

Lega!

Tiada situasi yang hendak diterjemahkan..dan sudah pasti tiada persepsi yang mahu disanggah kali ini.

Setelah 4 hari kena jangkitan spyware pada laptop, dan setelah diformatkan semula, hari ini baru saya dapat online. Syukur, segalanya telah berakhir. Lega. Hati-hatilah bila melihat fail 512686.dll dalam folder sys32, folder windows. Setelah dipadam berkali-kali, ianya muncul kembali. Ngeri! Tapi sekarang dah lega..!

Seronok saya sepanjang perayaan Deepavali yang lepas. Bukan kerana saya sibuk pergi menziarah rakan-rakan India, tapi sibuk depan tv sambil menonton 3 filem yang amat-amat menghiburkan. Pertama cerita Hindi pada hari sabtu lepas yang tajuknya sudah lupa. Kedua, cerita Om Shanti Om lakonan "Datuk" Shahrukh Khan. Memang kelakar habis. Cerita yang sedih boleh digarap menjadi komedi. Dan yang terakhir, Shivaji The Boss. Yang ini memang best!.. Sepanjang 3 hari mood saya & isteri tercinta amat baik sekali kerana dihiburkan dengan filem-filem sebegini sehinggakan kami bercadang untuk mencari DVD bagi dua filem tersebut. Hilang segala tekanan dan penat-lelah buat sementara waktu. Lega!

Harga petrol juga sudah diturunkan. Meski saya percaya bahawa harga petrol ini boleh diturunkan dengan lebih rendah lagi, namun saya bersyukur. Kurang sedikit beban yang ditanggung. Lega!

Jumaat, Oktober 17, 2008

Catitan Sekali Harung

Atas kesibukan yang menghambat, tidak upaya rasanya untuk menambah ulasan baru sejak beberapa minggu yang lepas. Namun, dengan sedikit ruang yang diberi Allah untuk mencatat, menterjemah situasi yang berlaku sejak akhir-akhir ini serta menilai persepsi dan tugas untuk menyanggah sekiranya punyai kelemahan dan lompong untuk disanggah, saya akan mengulas beberapa perkara sekali harung .

Bermula dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi mereka yang menyambutnya. Tidak terlambat rasanya untuk sama-sama bergembira meraikan perayaan ini. Meski sambutan kali ini agak menghambat saya & keluarga, suasana tetap ceria tambah diraikan dengan ahli keluarga yang baru, sikecil pengarang hati. Cuma ralat, tiada sebarang gambar keluarga yang sempurna yang dapat diambil dek kerana kelam-kabut untuk menguruskan si kecil dan bergegas ke pusara Papa tercinta di pagi Syawal. Maaf Darius, Daddy pinjam butang baju melayu sebab Daddy lupa mana Daddy letak butang baju melayu Daddy. Kesian, nampak sangat selekehnya anak Daddy nih. InsyaAllah, masa Aidiladha nanti dapatlah kiranya bergambar sekeluarga. Syukur, kedua-dua Mama masih sihat meraikan Aidilfitri kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada abang sulung atas pemberiannya. Saya amat-amat menghargai.

Diteruskan dengan pengumuman persaraan PM Abdullah Mac 2009 nanti. Syukurlah, setidak-tidaknya, suara hati rakyat & akar umbi UMNO telah didengari. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada PM Abdullah. Jasa tetap tidak akan dilupakan. Najib sebagai PM yang baru?...Secara peribadi, tidak dapat saya setuju. Namun, biarlah orang UMNO sendiri yang memilih siapa yang layak teraju sebagai Presiden.

Datuk Shahrukh Khan??.. Hmmm... apa nak jadi dengan TYT Melaka nih. Tidak malu saya katakan saya juga peminat "Datuk" Shahrukh Khan yang setia. Zaman saya bercinta dengan isteri tercinta dulu-dulu pun dihiasi dengan filem-filem dan lagu-lagu Bollywood Shahrukh Khan khususnya.Tapi , tidaklah sampai saya mahu beri darjah kebesaran kepada beliau sekiranya saya punyai kapasiti untuk berbuat sedemikian. Biarlah, apa jua rasional yang diberikan untuk menghalalkan pemberian darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada Shahrukh Khan tetap tidak dapat diterima oleh akal rakyat Malaysia yang waras. Sumbangan ekonomi? Fikirlah sendiri... Pelancongan? Jauh panggang dari api rasanya.. Persepsi sebegini yang perlu disanggah. Kita, orang Malaysia cukup terhegeh-hegeh dengan bintang Bollywood. Sudah lupakah dengan sikap kurang sopan mereka tatkala dua kali mengadakan acara "Award" (lupa nama penuh sambutan award yang dilakukan) di Malaysia?

Dan yang akhir, saya kelu tatkala mengetahui Mufti Perlis akan menamatkan kontrak sebagai Mufti pada Disember ini. Sungguh, Dr. Asri telah menyemarakkan budaya menilai dan mengkaji sebagai hujah dalam pencarian. Kesarjanaan. Itulah ungkapan Dr. Asri yang menarik hati & sanubari saya untuk mengkaji. Moga Allah sentiasa merahmati Dr. Asri. Meski, jawatan bukan suatu yang penting. Namun, adakalanya jawatan memudahkan untuk menyampaikan.

Rabu, September 24, 2008

Lagi Ulasan Berkenaan Situasi Politik Terkini Dari Sudut Perlembagaan

No-Confidence Vote Not The Only Way.

The Sun, September 22, 2008
By Maria J. Dass

THE premise that Parliament has to be called for a vote of no-confidence against the prime minister (PM) to be passed is too simplistic, said advocate and solicitor Tommy Thomas. He was responding to an interview published on Thursday in theSun with constitutional law expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi who said that under the Constitution [Article 43(4)], it is Parliament, and not the Agong, which must dismiss the PM.

Article 43(4) of the Constitution reads: If the PM ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the prime minister shall tender the resignation of the cabinet.

“However, for Shad’s interpretation to be correct, Article 43(4) ought to read like this: If the Prime Minister is defeated on a motion of confidence in the House of Representatives, then…” Thomas said.

If Shad’s interpretation is right, it was limited to only one occasion and one fact pattern – that the matter needs to be brought to the Dewan Rakyat, he said, adding that the broad scope of the Constitution allowed for other methods to be applied.

“I accept the method Shad mentioned as the traditional method and the first method of preference; where I am disagreeing is that it is not the only method,” he said in an interview last Friday.

He said Article 43(4) represented the Reid Commission report draft and maintained its original form and essentially codified the British Constitutional principle that awards the Agong the exact same powers as the British monarch has. He said nearly all Commonwealth countries had persons who were in similar positions to the British monarch and had the same powers. India, being a republic, has a president while Australia and New Zealand have governors-general to represent the Queen. So what are the other methods instead of a no-confidence vote?

Thomas: To answer this we have to first look at the fact that in almost every Commonwealth nation, there is a supreme head, a constitutional monarch. In Malaysia, it is the Agong as stipulated in Article 32(1) of the Federal Constitution. This supreme head has to be above politics and serve the role of stabilising the nation, especially in a time of crisis like this.

Article 43(2)(a), which states that the Yang di-Pertuan Agong shall first appoint PM to preside over the cabinet a member of the House of Representative who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House, leaves the discretion of appointing the PM to the Agong.

The King has to take the advice of the PM 99.999% of the time according to Article 40(1); however the Agong may act in his discretion to appoint the PM and to withhold the consent to a request for the dissolution of Parliament according to Article 40(2).

In some situations he doesn’t take the PM’s advice because the advice may be self-serving. In the case where a PM does not enjoy the support of the majority, his self-serving advice may be to “keep me, don’t sack me”.

So in these situations and in times of trouble, the King should look above the advice and speak up in the interest of the nation.

As a constitutional monarch, the Agong cannot remove the PM unless he is convinced that the PM has lost the confidence of the majority of Dewan Rakyat members as stipulated in Article 43(4) and 40(3).

If the events in 43(4) occur, then the PM can be dismissed if he doesn’t resign.

The provisions in the Constitution give the King a very broad discretion, but he cannot act as a dictator as there are restraints to his absolute discretion. For example, he cannot appoint you or me to be PM because of the simple reason that we are not members of the lower house. That tells you straight away that the choice is limited to 222 people.

How does the King exercise his discretion if there is no vote of no-confidence?

A written and signed declaration signed by the majority members of the lower house, where if a member/members of Parliament sees him and produce documents to show that more than the majority needed have signed a declaration of no confidence.

If the King is satisfied with that and genuineness of the signatures, then he can accept that – the method of ascertaining the losing of confidence.

* Sumber : www.anwaribrahimblog.com

Sabtu, September 20, 2008

Ulasan Professor Dr Abdul Aziz Bari Mengenai Situasi Politik Terkini Melalui Sudut Perlembagaan

Oleh: Professor Dr. Abdul Aziz Bari (www.WauBebas.org)

Cara Datuk Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu. Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai. Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit ‘di luar perlembagaan’ (extra-constitutional) untuk menangani keadaan. Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran.

Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan. Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.

Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda.

Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang Di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet. Ini boleh berlaku selepas pilihanraya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.

Perletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya perletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977.

Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu perletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu perletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan. Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh UMNO dan Barisan Nasional. Speaker Dewan Rakyat seolah-olah berusaha keras untuk menafikan usaha Pakatan Rakyat membawa usul tidak percaya di parlimen.

Apa peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa. Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang. Dengan itu, Yang Di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru. Yang Di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihanraya Mac lalu.

Sekiranya Yang Di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan. Bukan sahaja Abdullah boleh dititahkan untuk meletak jawatan, bahkan dalam situasi sedemikian, berdasarkan undang-undang, perletakan jawatan menjadi tanggungjawab Abdullah dan kabinetnya.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang Di-Pertuan Agong memecat perdana menteri dalam situasi sedemikian. Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang Di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri. Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang Di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihanraya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.

Jika kita teliti semula situasi sekarang, maka bagi saya tidak ada keperluan bagi Yang Di-Pertuan Agong membubarkan parlimen walaupun diminta. Kita baru sahaja menjalankan pilihanraya umum pada Mac 2008 dan kita boleh membentuk kerajaan tanpa perlu satu lagi pilihanraya.

**Professor Dr. Abdul Aziz Bari ialah Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (www.WauBebas.org)

* Sumber www.anwaribrahimblog.com

Jumaat, September 19, 2008

Manifestasi Ketidakyakinan Pelabur Terhadap Situasi Politik

Sebagaimana catatan saya semalam berkenaan ketidakyakinan para pelabur dalam dan juga luar negara terhadap krisis kepimpinan politik tanahair melalui kayu ukur ringkas - pergerakan Indeks Bursa Malaysia - di mana berdasarkan analisis peribadi saya sendiri dan juga seloroh saya kepada isteri tercinta sejak minggu lepas bahawa Indeks Bursa Malaysia mungkin akan jatuh melepasi 990 mata. Situasi ini secara kebetulan ditambah dengan keadaan ekonomi antarabangsa dengan masalah syarikat pelaburan Lehman Brother di Amerika Syarikat yang mengalami kerugian teruk.

Analisis saya menjadi realiti bahkan amat mengejutkan. Setakat semalam, Indeks Bursa Malaysia telah mengalami kejatuhan dari 998.14 mata hingga ke paras 963.29 sebelum ditutup pada paras 991.66 mata - perubahan sebanyak 11.33 mata berbanding pada hari rabu. Kejatuhan indeks melepasi paras psikologi 1000 mata ini adalah pertama kali sejak dua tahun yang lalu.

Kejatuhan merudum pasaran saham ini agak ironi dengan pengumumam Menteri Kewangan yang baru dilantik semalam menggantikan Menteri Kewangan yang lama. Secara rasional, sepatutnya pengumuman ini sedikit sebanyak melegakan para pelabur. Namun, nampaknya tidak sedemikian. Samada bertambah ketidakyakinan para pelabur terhadap Menteri Kewangan yang baru atau mereka masih lagi terus goyah terhadap perancangan kepimpinan negara dalam menentukan halatuju ekonomi.

Kesan jangka pendek kejatuhan indeks ini akan membawa banyak implikasi negatif terhadap ekonomi negara dan yang paling dekat kesannya adalah kepada kehidupan rakyat biasa. Harga barang kawalan seperti ayam telah dinaikan lebih awal semalam dengan mengambil kira kos pengeluaran yang sedang meningkat. Rakyat terbeban lagi lebih-lebih lagi Syawal kian menjelang.

Saya amat berminat untuk melihat bagaimana pula Indeks Bursa Malaysia akan bergerak pada hari ini 19/09/08 Jumaat sebagai penutup minggu ini. Tambah berminat, bagaimana perjalanan politik tanahair seterusnya. Ada yang sudah sanggup untuk berundur? Ada yang sudah sanggup untuk mengganti? Adakah pula yang akan mengambilalih?

Rabu, September 17, 2008

16 September : Suatu Gimik Politik Atau Realiti

16 September telah berlalu dengan tiada apa-apa sebarang perubahan kepada status quo kerajaan BN sedia ada. Sejak sekian lama pelbagai lapisan masyarakat baik di kalangan ahli-ahli parti daripada BN mahupun Pakatan Rakyat sendiri dan juga para penyokong dan simpatisan-simpatisan menunggu dengan penuh minat akan terjadinya perubahan kerajaan sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Anwar Ibrahim.

Namun perubahan yang ditunggu tidak kunjung tiba meski pelbagai penjelasan diberikan dan semacam ada kepercayaan bahawa proses perubahan ini masih berjalan walaupun terlepas dari tarikh akhir yang diumumkan.

Senario ini telah mewujudkan pelbagai keadaan yang kelam-kabut. BN dengan gelabahnya melakukan pelbagai aksi-aksi lawak jenaka bermula dengan peruntukan Bajet 2009 yang terbesar dalam sejarah Malaysia dalam pemberian kebajikan tanpa memfokuskan bagaimana sektor ekonomi boleh berkembang, sampai ke Taiwan 'berjalan mempelajari tanaman orang' dan terbaru, menggunakan ISA terhadap individu-individu yang berkaitan dengan politik sehinggakan timbul percanggahan pendapat di kalangan menteri kabinet dan Perdana Menteri sendiri yang membawa kepada perletakkan jawatan.

Pakatan Rakyat juga ada melakukan aksi-aksi lawak sehingga sanggup terkejar-kejar ke Taiwan mencari mereka yang sedang 'belajar bercucuk tanam' di sana untuk dipujuk dibawa pulang sebagai ahli mereka.

Kesan akibat rancangan perubahan kerajaan ini cukup besar. PM Abdullah tidak senang duduk bahkan mengeluarkan kenyataan bahawa BN akan melakukan apa sahaja untuk menghalang perubahan kerajaan ini daripada berlaku. Manakala Anwar Ibrahim pula seakan terlalu yakin untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 dalam usaha melengkapkan Teori 'RAHMAN' yang dikemukakan oleh Pak Habib lama dahulu. Kegusaran PM Abdullah ada signifikannya dan keyakinan Anwar Ibrahim juga berpaksi kepada suatu kenyataan. Yang pasti, perubahan kepada kerajaan dan kepimpinan pasti akan berlaku samada perubahan dalaman (yang dilakukan oleh BN sendiri) atau pun datang dari luar oleh Pakatan Rakyat. PM Abdullah selaku Presiden UMNO juga sudah semakin tidak popular dikalangan akar umbi. Anwar Ibrahim pula tercalar sedikit kredibiliti dek kerana 16 September ini. Ketidakyakinan pelbagai pihak baik secara terang-terangan mahupun secara diam dalam dan luar negera terhadap PM Abdullah punyai kesan yang amat mendalam terutama kepada ekonomi Malaysia. Saya mengandaikan, berasaskan analisis sendiri, Indeks Bursa Malaysia akan mencuba paras 1000 mata sebagai paras sokongan dan mungkin juga akan menerobos melepasi hingga ke 990 mata dalam seminggu dua ini. Itu gambaran ketidakyakinan para pelabur dalam dan luar negara terhadap kepimpinan dan pengurusan makroekonomi negara.

Suatu cadangan kepada persepsi-persepsi ini. PM Abdullah segera berundur dan memberi laluan kepada orang lain. Dan keputusan siapa pengganti kepada PM Abdullah hanya boleh dipulangkan kepada akar umbi UMNO. Biar mereka diberi kebebasan untuk menentukan siapa yang layak pada mata & hati mereka untuk mengemudi UMNO membelah badai yang bergelora selepas PRU 12. Tidak semestinya Najib yang layak menjadi Presiden UMNO seterusnya. Banyak lagi pimpinan UMNO yang kanan dan jauh berpengalaman berbanding Najib disamping kurang diselubungi tanggapan negatif .

Kepada Anwar Ibrahim, bukan nasihat tapi sekadar berkongsi peringatan. Syeikh Ibn Ata'illah dalam Kitab Hikam biasa menyebut " Himmah (tekad & cita-cita) yang menggebu tidak dapat menerobos takdir yang telah ditentukan oleh Allah". Kalau sudah ditakdirkan Allah, Datuk Seri akan menjadi PM Malaysia suatu hari nanti, insyaAllah ia akan tetap terjadi. Namun sekiranya tidak pernah tercatat sedemikian dalam Loh Mahfuz, maka adalah lebih baik direncanakan kemasan strategi dan solidariti Pakatan Rakyat untuk mentadbir kelima-lima negeri dengan bijak & amanah serta bersedia untuk menggempur BN dalam PRU 13 empat tahun lagi. Datuk Seri punya banyak ruang dan masa tambahan lagi sebagai Ketua Pembangkang , Datuk Seri punyai peranan besar yang bukan lekeh untuk mempastikan Kerajaan Baru selepas PM Abdullah berlaku adil & amanah. Juga jangan lupa amanah rakyat Permatang Pauh yang telah mengangkat kembali Datuk Seri dalam senario politik Malaysia.

Kepada para penyokong (yang sering juga dilabel pengikut setia yang ta'sub oleh segelintir kawan-kawan dalam UMNO) Pakatan Rakyat khususnya PKR, bertindak waraslah. Jangan mudah goyah pegangan sehingga minda jadi sempit & dangkal. Pun begitu jangan pula terlalu ta'sub (meminjam gelaran mereka) akan pasti perubahan ini berlaku sekelip mata dek kerana angka 31 sudah mencukupi. Biar meneliti dan menerima fakta dan realiti. Biar punyai hujah dan sokongan ilmiah pada setiap ucapan dan tindakan. Jangan main semberono saja. Kita punyai amanah akan setiap pergerakan kita. Kalam kita, milik Tuhan. Suatu peringatan untuk mereka ini,

"Terlambatnya masa pemberian oleh Allah - sesudah berdoa- jangan hendaknya menyebabkan anda berputus asa, kerana Allah SWT telah menanggung terkabulnya doa anda menurut pilihanNya untuk anda bukan menurut apa yang anda pilih untuk diri anda serta pada masa yang Dia kehendaki dan bukan pada masa yang anda inginkan. Belum tertunainya janji Allah - walaupun waktunya telah ditentukan - jangan hendaknya sekali-kali menjadikan anda ragu terhadap janji Allah itu, agar tidak membuatkan cacat penglihatan hati dan memadamkan cahaya hati anda" - Syeikh Ibn Ata'illah , Hikam .

Isnin, September 08, 2008

Market Analysis

USDJPY.

Our profit target at 106.03 has been reached on thursday 04/09/08 for total of 205 pips profit. The price has spiked down and protruded the 61.8% fibonacci retracement level and the closed above the level on that day. The following day price move up and closed above the 50 % fibonacci retracement level. That would give us an early indication that the price would move north. However, since our profit target has been reached and that there is no other signal to enter the market, we would lay low until we have a clear picture of the market.

EURUSD.

The market is still moving south and there is no clear signal for us to enter the market. But a point to ponder, there's look like a doji candle for friday which would indicate that the movement of the price has lost its fuel and would turn the trend upside next week. We would watch closely for this currency.

* This analysis is only meant for Pipkeeper and not for public usage.

Jumaat, September 05, 2008

Market Analysis

USDJPY.

Changed Stop-Loss from 109.54 to 109.17 (2/09/08 high) since the market has move in our direction risking 109 pips. Profit target further set to 106.57 (25/07/09 low) looking for 151 pips profit. We will be looking closer tomorrow in expecting the price to go further south.

Further change the profit target to 106.40 being the 61.8% fibo in expecting the market today will close below the 50% fibo = 107.19.







Changed profit target again to 106.03 being the low of 22/07/09.

* This analysis is only meant for Pipkeeper and not for public usage.

Rabu, September 03, 2008

Analisis Pasaran


EURUSD.

Pasaran meneruskan aliran menurun dengan disokong oleh analisis fundamental. Tiada sebarang bahawa aliran menurun ini akan berakhir. EurUsd is making a new low. Masih menunggu untuk pasaran melakukan pembetulan sebelum bercadang untuk samada short atau long.


USDJPY.

Pasaran hanya melakukan pembetulan kepada aliran menaik di tahap 38.2% Fibo. Paras tertinggi hari ini (020908) ialah 109.16 - merupakan pembetulan aliran semalam. Pemerhatian berhati-hati akan diambil memandangkan kemungkinan pasaran akan mengubah kepada aliran menaik.

*Analisis ini hanya untuk kegunaan Pipkeeper sahaja dan bukan untuk kegunaan umum.

Selasa, September 02, 2008

Analisis Pasaran

EURUSD.

Pasaran menunjukkan analisis yang sama seperti semalam - bergerak dalam jajaran sempit dengan cubaan USD untuk menghampiri dan seterusnya melepasi paras sokongan terkini iaitu 1.4570. Andaian yang boleh dibuat, sekiranya paras sokongan tersebut telah dilepasi, pasaran bagi EurUsd akan terus bearish. Tiada sebarang tanda akan berlakunya perubahan aliran. Kenyataan ini disokong oleh analisis fundamental. Setakat ini, tiada sebarang dagangan yang dibuat.


USDJPY.

Sebagaimana analisis semalam, Yen telah melepasi kedua-dua paras sokongan terkini dalam triangle iaitu pada 108.13 dan 108.41. EMA dan RSI telah mengukuhkan isyarat untuk short. Walau bagaimanapun, analisis fundamental lebih menyokong USD daripada Yen. Short USDJPY telah dilakukan pada 108.08 dengan initial stop-loss pada 109.54 (143 pips) dan initial profit target pada 107.27 (81 pips) - harga terendah Ogos 2008 dan merupakan 50% fibo. Dagangan agak lewat sedikit dilakukan kerana terlepas pandang keadaan pasaran. Sepatutnya dagangan dibuat pada 108.44. Pemantauan teliti akan dilakukan untuk mengubah stop-loss dan profit target berpandukan keadaan pasaran kerana percanggahan analisis teknikal dan fundamental.
Interest Rates

Inflation---Consumer Price Index (CPI)

Trade Balance

10-Year Treasury Yields

Unemployment

Gross Domestic Product (GDP)

Retail Sales

Stock Market Yields

Commitment of Traders (COT)

Bullish USD/JPY (6/3)


* Analisis ini hanya untuk kegunaan Pipkeeper sahaja dan bukan untuk kegunaan umum.

Isnin, September 01, 2008

Ramadhan Bersua Kembali

Syukur ke hadrat Allah, ramadhan kini datang kembali dan bertepatan dengan kita bersyukur menyambut kemerdekaan tanahair yang ke 51. Syukur juga kerana diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa dalam bulan yang mulia ini. Moga Allah makbulkan doa hambaNya yang fakir ini.

Analisis Pasaran

EURUSD.

Sentimen pasaran adalah bearish ketika ini dengan USD bergerak secara jajaran sempit sejak 2 minggu yang lalu berikutan pergerakan kuat berbanding Euro di sekitar 1.4907 - 1.4570. Ini mungkin merupakan pembetulan kecil kepada pergerakan pasaran dan kita mengharapkan adanya cubaan untuk memecah paras halangan terkini iaitu pada 1.4907 untuk Euro kembali bergerak dalam sentimen bullish. Kemungkinan pergerakan dalam jajaran sempit ini akan berterusan sepanjang minggu ini dengan pasaran cuba untuk menguji paras 1.4907 dan 1.4570 ini. Tiada sebarang isyarat untuk melakukan dagangan melainkan menanti saat EMA bersilang dengan sokongan RSI melepasi 50 sebagai tanda untuk Long Euro.


USDJPY.

Pasaran dalam sentimen bearish dengan Yen kembali kuat berbanding USD setelah hampir sebulan USD melonjak naik. Kita mengandaikan pasaran akan bergerak jauh ke bawah sekiranya RSI melepasi 50 untuk menyokong isyarat Short dalam keadaan berhati-hati sehingga harga betul-betul melepasi paras 108.41 kerana wujudnya triangle. Tiada sebarang pelan dagangan dilakukan sehingga pasaran benar-benar bearish.

* Analisis ini hanya untuk kegunaan Pipkeeper sahaja dan bukan untuk kegunaan umum.

Selasa, Ogos 26, 2008

Penjelasan Mufti Perlis

“Ada sesetengah pihak yang tersalah sangka dengan menganggap bahawa cadangan saya untuk DSAI dan Saiful bermubahalah itu satu perangkap untuk menjatuhkan DSAI. Demi sesungguhnya tidak! Sebenarnya, sejak beberapa bulan yang akhir ini wujudnya persahabatan bukan politik antara saya dan DSAI. Sikapnya yang lebih lunak dan sering bertanya khabar agak menyenangkan.

Apabila timbul isu liwat yang dibangkitkan oleh Saiful, maka saya bertanya hal tersebut kepada DSAI sendiri. Daripada penjelasannya beliau memaklumkan bahawa wujudnya konspirasi. Katanya, mahkamah dan polis akan dipergunakan. Saya yang bersimpati jika benar wujud konspirasi tersebut melihat imej beliau perlu dibersihkan dan perancangan buruk perlu dihentikan melalui satu proses yang menakutkan sesiapa yang khianat dan berdusta. Berdasarkan dakwaan DSAI, mahkamah dan polis tidak dipercayai.

Maka saya mencadangkan proses yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah yang diluar dari hukuman manusia sebaliknya menanti balasan Allah di dunia lagi iaitu Mubahalah. Harapan saya supaya mereka yang jahat akan takut seperti mana golongan Kristian Najran yang takut dengan laknat Allah s.w.t dan tidak berani bermubahalah dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Saya maklumkan secara perbualan telefon kepada DSAI bahawa niat saya membersihkan imej beliau dan beliau ketika itu tidak pertikaikan tujuan saya walaupun kelihatan beliau keberatan.

Tiba-tiba selepas cadangan dibuat dan -seperti pandangan-pandangan saya yang lain- ia mendapat liputan yang meluas, Saiful pula yang tampil mencabar DSAI untuk bermubahalah dan telah melaknat dirinya jika dia bohong. Sementara DSAI enggan menyahutnya atas alasan-alasan beliau. Maka, tiada sebarang konspirasi dalam cadangan ini, sebaliknya tujuan asalnya adalah untuk kebaikan beliau. Jika beliau enggan, maka para pengikutnya yang tidak perlu mempertikaikan pencadangnya”.

Sumber: http://drmaza.com

*Mungkin agak sedikit terlewat. Sepatutnya lebih awal Mufti membuat penjelasan. Keadaan menjadi kelam-kabut baru dijelas pendirian ini. Pelbagai pembohongan terhadap agama telah berlaku akibat syor ini.

Usaha Saat-saat Terakhir

Malam tadi saya, isteri dan sikecil pergi ke Permatang Pauh untuk berjumpa dengan seorang sahabat baik (yang juga seorang Ketua Pemuda Cawangan UMNO dan anak bekas Timbalan Menteri) yang sedang bertugas berkempen dan menjaga bilik gerakan BN kerana sudah lebih 6 bulan tidak ketemu. Dalam kebasahan hujan, saya mendukung sikecil sambil dipayungkan oleh isteri tercinta bersembang dengan sahabat baik saya ini sambil mendengar ceramah yang sedang diucapkan oleh seorang Adun wanita daripada UMNO Bahagian Gopeng, Perak. Tiada niat bahkan tidak berminat untuk mendengar ceramah BN/UMNO ini sebenarnya. Cuma hanya untuk bertemu sahabat baik saya ini.

Sambil bersembang, telinga mendengar segala butiran ceramah yang semuanya merupakan serangan peribadi ke atas Anwar Ibrahim sehinggakan diungkit kembali peristiwa pemilihan UMNO sewaktu Anwar mengalahkan Allahyarham Tun Ghafar Baba. Hati kecil terdetik, mengapa soal ini yang diutarakan? Sudah habis modalkah untuk berkempen?

Selang beberapa minit, pengerusi majlis mengumumkan ketibaan YAB Timbalan Presiden beserta calon pilihanraya P44 ini. Agak teruja hendak mendengar apa ucapan Najib ini. Seperti biasa, serangan peribadi terutama sekali isu sumpah menjadi modal bicara Timbalan Presiden ini yang saya lihat agak dangkal digunakan oleh beliau yang sepatutnya dan hanya layak digunakan oleh pemimpin-pemimpin peringkat cawangan sahaja. Bukan taraf Timbalan Presiden untuk bicara seperti pemimpin peringkat bawahan dengan serangan peribadi sedemikian. Sepatutnya diterangkan agenda parti untuk pengundi-pengundi P44. Tambah membuat saya tersenyum seketika sambil berpandangan mata dengan isteri dan melihat keadaan sekeliling, hanya beberapa kerat manusia sahaja yang hadir ke sesi ceramah Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Di pagi yang hening ini saya merafa'kan pengharapan kepada Ilahi supaya dilembutkan hati para pengundi P44 esok hari supaya mengundi Anwar Ibrahim dan supaya kemenangan diberikan kepada beliau agar tamat segala kisah fitnah-memfitnah dan manipulasi agama oleh mereka yangg sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan peribadi.

Allah Maha Besar!!

Begitulah kebesaran Allah.




Mubahalah - Satu Tanggapan Salah Masyarakat

Senario semasa kini kian memperkatakan tentang mubahalah (sumpah laknat) rentetan daripada sumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari tempohari. Sana sini ramai orang yang membicarakan soal ini manakala media perdana begitu asyik mengutarakan isu sumpah laknat ini. Sehinggakan ramai pemimpin-pemimpin kini sudah pandai bersumpah dengan menyebut "Wallahi, wabillahi, watallahi".

Ada yang semacam tidak kena berkenaan senario ini. Akibat daripada salah penjelasan atau tidak salah juga sekiranya dikatakan untuk kepentingan politik sesetengah pihak maka isu mubahalah ini semacam menjadi penentu kepada betul atau salahnya seseorang itu berkaitan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

Mubahalah, telah disyorkan oleh Sahibus Samahah Dr. Asri, Mufti Perlis atas tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim. Tiada apa yang salah berkenaan syor ini. Namun, apabila Saiful sudah bersumpah, ada di kalangan kita yang terus menerus yakin dan percaya bahawa Saiful berkata benar manakala Anwar Ibrahim berbohong dan pengecut serta mengambil pendekatan takut kerana salah. Walhal, Mufti Perlis juga pernah menyatakan bahawa mubahalah ini hanya untuk menjernihkan keadaaan yang kusut dek kerana tuduhan sebegini tetapi tidak sampai untuk membuktikan yang mana benar dan yang mana salah.

Belum lagi sebarang perbicaraan dijalankan, hanya dengan sumpah, maka segelintir kita yang kononnya bercakap soal kebenaran & iman, telah pun menjatuhkan hukuman ke atas Anwar Ibrahim tanpa mengikut lunas-lunas perundangan Islam & mahkamah jenayah sivil di Malaysia yang segala hak untuk mendapat perbicaraan yang adil termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa ini? Perlu kita soal kembali hati & sanubari sedalamnya, apakah ini wajar? Apakah dengan hanya bersumpah (bermubahalah) maka kita sudah berjaya membuktikan yang kita bercakap benar? Apatah lagi sebenarnya konsep mubahalah itu sendiri disalahtafsir oleh segelintir kita yang berlagak pandai dan hanya mengikut apa yang dikatakan oleh sipolan bin sipolan tambahan lagi sekiranya sipolan itu punyai jawatan yang bersangkutan dalam hal ehwal agama tidak kira apa gelaran yang dipegang samada ustaz, kadhi, imam, mufti, ulama dan sebagainya.

Amat mendukacitakan ada dikalangan kita yang berhujah menggunapakai Fiqh Waqi' atau Fiqah Waqiyyah (Fiqah Realiti Setempat) untuk mewajibkan Anwar Ibrahim turut bersumpah seperti Saiful bagi membuktikan kebenaran. Fiqh Waqi' tidak sampai mewajibkan Anwar untuk bersumpah bahkan juga tidak mewajibkan Saiful untuk bermubahalah. Amat sempit pendekatan seperti ini. Jika sekiranya Fiqh Waqi' dijadikan sandaran maka sudah pastinya keperluan tuduhan liwat Saiful ini dibawa ke mahkamah kedua-duanya syariah & jenayah sivil.

Cuba kita bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim itu adik, abang, pakcik, datuk bahkan ayah kita sendiri yang dituduh sedemikian dan pihak yang menuduh bersumpah seadanya maka orang ramai mula menaruh syak bahkan terus menghukum akan salahnya adik, abang, pakcik, datuk atau ayah kita tadi. Bagaimana perasaan kita ketika ini? Mungkin ada yang berkata, "kalau begitu bersumpah jugalah!" Namun bermubahalah dengan tidak memahami apa erti mubahalah yang sebenar akan hanya menambah dangkal bahkan berlaku pembohongan kepada agama sendiri.


Mubahalah ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya setelah segala proses menyelesaikan masalah ini telah diambil namun tetap menemui jalan buntu. Kita bandingkan kembali dengan situasi semasa, apakah sudah digunakan segala proses untuk menentukan tuduhan ini wujud atau pun tidak? Pun begitu ramai yang hanya berpandukan kepada ayat 61 Surah Ali-Imran sahaja tanpa melihat kepada konteks keseluruhan asas kepada ayat mubahalah ini.

Ayat mubahalah dalam surah Ali-Imran ini diturunkan khusus kepada Rasulullah SAW untuk berdepan dengan pegangan Nasrani Najran berkenaan status Nabi Isa Alaihisalam. Setelah segala dialog dan hujah diberikan oleh Baginda, Nasrani Najran tetap berpegang teguh dengan pendirian bahawa Isa itu anak Allah. Maka turun ayat yang ke 61 menyuruh Baginda bermubahalah. Jelas, ia soal aqidah. Soal pegangan ketauhidan bahawa Isa itu perumpamaannya sama seperti Adam Alaihisalam. Bukan soal jinayat atau ibadat. Sebelum kita terus pergi ke ayat 61, perlu kita lihat kembali keseluruhan konteks asbabun nuzul ayat ini dengan bermula daripada ayat 58 sehingga 63. Jangan biasa untuk hanya mengambil satu-satu ayat dan terus dijadikan hujah kepada premis kita. Cuba kita renung ayat-ayat ini: -

58:3 " Demikianlah (kisah Isa), Kami bacakan kepada kamu sebahagian daripada bukti-bukti (kerasulannya) dan (membacakan) Al-Quran yang penuh hikmah."

59:3 " Sesungguhnya perumpamaan Isa di sisi Allah, adalah sama seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam daripada tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah"(manusia) maka jadilah dia."

60:3 "(Apa yang telah kami ceritakan itu) itulah yang benar, yang datang dari Tuhanmu, kerana itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu."

61:3" Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu) maka katakanlah (kepadanya) : "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu: kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la'nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."

62:3" Sesungguhnya ini adalah kisah yang benar, dan tidak ada Tuhan selain Allah; dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

63:3" Kemudian jika mereka berpaling (dari menerima kebenaran) , maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan."

Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah; “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61). Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak sesuatu dari Syari’at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir al-Qasimi).

Pelbagai kitab tafsir menghuraikan ayat-ayat ini yang ayat 61nya dipanggil ayat mubahalah ini.

Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad; Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah. Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah tidak berkata; “Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus bagi umat kamu”. (Zadul-Ma’ad, 3/643)

Ada di kalangan ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan pertentangan yang sukar diselesaikan kecual dengan bermubahalah. Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat). Apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat). (Tafsir al-Qasimi al-Musamma; Mahasin at-Takwil [Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi]).

Masyarakat Melayu kita khususnya punyai kepercayaan bahawa sekiranya seseorang sanggup bersumpah dengan memegang Al-Quran dan sanggup pula berada di dalam masjid, maka orang itu sudah semestinya bercakap benar. Namun kepercayaan ini mudah disanggah. Lihat sahaja di mana ada orang yang sanggup masuk ke masjid untuk mencuri tabung masjid. Mencuri kasut di masjid bahkan pendedahan Mastika terhadap mereka yang sanggup mengoyak, memijak, buang air kecil hatta melakukan hubungan jenis berlapikkan Al-Quran sebagaimana yang telah dilakukan oleh remaja-remaja Melayu Islam kita beberapa bulan yang lalu.

Dan kita bandingkan pula sumpah itu dengan segala fakta yang bercanggah dan laporan perubatan khususnya mendapati Saiful tidak diliwat sebagaimana catatan saya tempohari. Segala yang berkaitan tuduhan liwat ini seakan ada motif yang amat mendesak untuk menghalang kembalinya karier Anwar Ibrahim dalam politik. Sebab itu sumpah Saiful ini bersifat politik. Apakah sumpah yang bersifat politik ini boleh dihujahkan sebagai mengikut syariat islam? Apakah ia menurut apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW dalam ayat yang di atas? Apakah Fiqh Al-Waqi' membenarkan mubahalah atas motif politik ini suatu yang wajib? Apakah dengan bermubahalah akan selesai tuduhan liwat ini? Bagaimana dengan segala proses undang-undang di Malaysia ini?

Sabtu, Ogos 23, 2008

Turning Jiu-Jitsu on its head

Mari kita keluar sebentar daripada polemik politik tanahair yang kian mendebarkan.


8.04.2008

Turning Jiu-Jitsu on its head

Discover Roleta’s weird-jitsu, and the moves that wrote the history of the modality’s competitions
First published GM# 122



“If you put your mind to it, you can do anything.” This saying, which very well could be something out of an article by our columnist Martin Rooney, in fact came from the mouth of Roberto “Roleta” Magalhães. This is the motto that perfectly sums up the story of this engineer – doing his masters in industrial engineering – who debuted as a black belt by surprising the star Wallid Ismail to win the first World Championship as a light heavyweight, in 1996. Wallid, then the most famous fighter not in the Gracie family, was confident he would win – he promised to cut off his hand if he lost – but he had never seen anything like Roleta’s bizarre leverage. After holding out for nine long minutes, Roleta managed to take Wallid’s back, and consequently the title. More impressive still: he accomplished this feat with something called the helicopter, a trap in which the attacker sees himself in a position of apparent total control, only to fall victim to the pendulum turning the situation around completely. (Don’t worry: we will show the move in detail coming up.)

The journey through four world championships started there and went on till 2000 (interrupted only in ’99), and Roleta’s “weird-jitsu” was proving to be a menacing weapon – and worse, a true enigma. Roleta explains how his curious guard works: “The worst thing in Jiu-Jitsu is to feel like you are getting squashed, but when I play guard and they squash me, as my spine is very flexible, I actually feel comfortable.”



So impenetrable was his guard that, during the last years that he competed (Roleta abandoned competition in 2001), his adversaries didn’t even try to face him – they would go straight for his foot. And so it was, with an unprecedented americana on the foot, that Rodrigo Comprido submitted Roleta in the World Championship of 1999, after Roberto had made it past, in another notable fight, Minotauro, who had just debuted in MMA a month earlier. Fernando Margarida also tried to subjugate Roleta to an attack to the foot in 2000, but this time the engineer avoided the submission and won with two sweeps. Roleta recovered his light heavyweight title, to retire as world champion.

Weird... but simple?
Throughout his competitive career, Roleta’s indecipherable style helped him to achieve historic victories. That was the case with the fights that linger in the imaginations of Jiu-Jitsu aficionados – the reversal he used on Saulo Ribeiro, the sweeps he used against José Mario Sperry, Fernando Margarida and Murilo Bustamante. That only to name battles deciding big championships. But could it be that Roleta’s odd holds and moves are accessible to all? Would the average fighter be able to apply the principles of weird-jitsu effectively?

There are limits. But, basically, yes. Brown belt Bruno Melo, Roleta’s disciple of eight years and teacher in his master’s academies, told us, during the photo session for this article, how some of the moves Roleta performs are impossible for him to do, as he doesn’t have long legs. However, Bruno reveals: “My style is similar to his – I also have a real aggravating guard.”
According to the inventor himself, the style goes well beyond a set of physical characteristics allowing one or another particular move to be executed. The method is the fruit of inspiration and study, and has been making its mark for years. “In the beginning I’d write some things down, I would dream about positions, and then I’d show up at the gym with notes all over my hand and test them out,” he tells. “After some time doing this I could see some of the guys from other gyms copying me – while the guys at Gracie Barra, who could see me every day, thought I was nuts.”

Now are there any new little Roletas in the making at Black House and Recreio Fitness (the two gyms where Roberto is teaching, in Rio)? “We teach what we know,” the instructor comments, “so my groups end up being composed half by students with my style and half by students with a normal style, which adds a good dynamic to the classes.”

So, as you can already tell, weird-jitsu is, although complex, a logical system that is learnable. But wait. Sitting on the mat, staring into space, Roleta says, matter-of-factly: “You know, I’ve been thinking about developing a system for no-gi Jiu-Jitsu.” That’s right, the imagination of Roleta – who guarantees he will leave “retirement” if he were to receive an invitation to fight at the ADCC – appears to have no bounds, as you will see next in the move with the provisory name “flying butterfly,” or “eagle’s flight,” or something to that effect. The goal of the maneuver seems to be to incapacitate your opponent with laughter – and believe me: it works. You never know, the next innovation in Jiu-Jitsu could be right around the corner, so it would be a good idea not to stop studying – or practicing!











* Sources taken from www.graciemag.com

Triangle choke from the spider guard

04.03.2008

Triangle choke from the spider guard

Rodrigo Medeiros is not that “do as I say, not as I do” kind of teacher. Whoever has the opportunity to train with the black belt from Carlson Gracie’s golden generations, which includes such names as Murilo Bustamante, José Mario Sperry, Ricardo Libório and Wallid Ismail, knows that they are absorbing knowledge from a real competition hog.
First published feb 2007

In his career, which began at 5 years of age, in Rio de Janeiro, Rodrigo competed in more than 80 different tournaments, and remains active to this day, having won, among other titles, the black belt lightweight International Master and Senior category in 2001. Now living in the United States for the last 11 years, Rodrigo is responsible for two successful academies in California, one in Pacific Beach, San Diego, and the other in La Habra, Los Angeles, and that is where he has pursued his development as a teacher and followed the progress of his students. From the many things he has to teach, Rodrigo set aside the following move for GRACIE Magazine readers.



*Sources taken from www.graciemag.com

Disebalik Sumpah Saiful

'Saya imam sah, memang ahli Pemuda Umno' - Ramlang saksi sumpah Saiful

MStar Online
21 Ogos 2008



Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

MOHD. Saiful Bukhari Azlan bersalam dengan Ustaz Ramlang Porigi selepas menyempurnakan upacara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan pada Jumaat lalu.

PETALING JAYA: Ustaz Ramlang Porigi yang menyaksikan upacara bersumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu menafikan dakwaan yang tersebar dalam internat bahawa beliau bukan seorang imam bertauliah, sebaliknya hanya bilal.

"Dakwaan itu mungkin dirujuk kepada jawatan saya dalam Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) iaitu sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam," kata Imam Masjid Wilayah Persekutuan ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, menurut Ramlag, apabila ditempatkan di Masjid Wilayah Persekutuan, beliau menjalankan tugas sebagai imam dengan gred perkhidmatan S17.

"Di sini saya ialah seorang imam. Saya juga bertindak sebagai jurunikah dan ketua amil.

"Tetapi saya bukan imam besar kerana di masjid ini terdapat sembilan orang imam yang ditempatkan oleh Jakim," katanya.

Ramlang mula dikenali apabila bertindak sebagai saksi semasa Saiful, bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jumaat lalu.

Berhubung kenyataan yang mengatakan beliau adalah ahli Umno di kawasan Parlimen Permatang Pauh, beliau mengakui perkara tersebut.

"Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh," kata beliau.

Tinjauan mStar Online di Permatang Pauh mendapati risalah edaran yang mempertikaikan Ramlang sebahagi ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.

Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."

Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh bermula Sabtu lalu manakala hari pengundian pula Selasa depan.

Beliau juga didakwa mengikuti pengajian di kawasan Penanti beberapa tahun lalu.

Beliau yang berasal dari Sabah menjelaskan, pernah belajar di Pondok Penanti Permatang Pauh selama tujuh tahun sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2003.

"Semasa saya belajar di sana saya mendaftar sebagai ahli Umno," katanya.

Ditanya sama ada beliau pulang mengundi di Permatang Pauh pada pilihan raya umum lalu, beliau berkata, tidak dapat berbuat demikian kerana menjalankan tugas.

"Kali terakhir saya mengundi di sana ialah pada tahun 2004. Pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini pun saya rasa tidak berpeluang untuk pulang mengundi kerana faktor keselamatan," katanya yang mengakui menerima nasihat agar tidak pulang mengundi oleh kenalan yang masih berada di sana.


*Sumber Malaysiaaktif.com

Ahad, Ogos 17, 2008

Sumpah Ragu

Maka bersumpahlah Saiful dengan nama Allah di dalam masjid sambil memegang Quran mengatakan bahawa Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur Saiful pada 26hb Jun 2008. Majlis sumpah itu pula memang sengaja diadakan sehari sebelum penamaan calon P44 Permatang Pauh. Sudah pasti mengundang pelbagai persoalan politik meski Saiful dan diulangi semula oleh Najib bahawa itu persoalan peribadi Saiful dan Anwar.

Saya tidak berminat menyentuh dari sudut agama meski saya berpandangan bahawa tiada sumpah sambil junjung Quran (tidaklah pula Saiful junjung Quran??) dalam Islam & Quran sendiri melainkan isu Li'an. Ini tidak lebih hanyalah adat masyarakat Melayu sejak turun-temurun.

Sumpah Saiful ini sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan daripada menjelaskan keadaan. Lebih-lebih lagi dari sudut perundangan (bagi kes liwat terbaru Anwar Ibrahim).

Beberapa fakta menarik (bercanggah) daripada sumpah berdarah Saiful ini yang boleh dikupas :-

1. Saiful menyatakan Anwar Ibrahim telah meliwatnya pada 26 Jun 2008 & begitu juga dalam kertas pertuduhan Anwar di bawah Seksyen 377B KK. Saiful pada sidang media selepas bersumpah menegaskan bahawa dia dipaksa. Sedangkan sejak hari pertama Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, dia menyatakan diliwat beberapa kali & terakhir pada 26 Jun 2008. Media perdana juga turut memfokuskan berlakunya liwat berulangkali. Andaikata dipaksa & berlaku berulangkali, mengapa Sesyen 377B yang digunapakai dan mengapa hanya dinyatakan 26 Jun 2008? Meski Menteri Dalam Negeri berpendapat bahawa Mahkamah nantinya boleh meminda pertuduhan kepada Seksyen 377C KK, pendapat tersebut adalah sangat tidak wajar. Kenapa memilih untuk menuduh adanya 'suka sama suka' sedangkan dari awal dikatakan dipaksa? Kenapa memilih hanya satu tarikh sedangkan banyak tarikh-tarikh lain tidak dinyatakan dalam pertuduhan?

2. Saiful dakwa diliwat berkali-kali dan yang terakhir pada 26 Jun 2008. Najib pula semasa hari kedua sidang media mengesahkan Saiful pernah datang berjumpa dengannya pada 25 Jun 2008 mengadu mengenai diliwat oleh Anwar dan bercadang membuat laporan polis. Mana mungkin keesokkannya pula dia diliwat kali terakhir?

3. Menurut laporan perubatan Dr. Osman, Saiful mendakwa 'a plastic has been inserted into my anus'. Kan tambah bercanggah!

Segala percanggahan ini beserta dengan kenyataan Dr. Osman nantinya akan menimbulkan keraguan yang munasabah. Saiful sudah pasti akan disoal-balas oleh peguam Anwar berkenaan ini. Sekiranya pihak pendakwaraya tidak dapat membuktikan pertuduhan melampaui keraguan munasabah, maka mereka akan gagal untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan ini kerana beban bukti (onus probandi) dalam kes jenayah bagi pendakwaraya adalah untuk membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Sebab itu, persepsi sumpah Saiful ini tambah meragukan.