Jumaat, Mac 21, 2008

Harmoni


Akhir-akhir ini, semakin rancak suara perkauman dilaung-laungkan. Malahan pelbagai perhimpunan yang hendak diadakan semata-mata untuk menyatakan semangat perkauman ini kepada orang ramai. Hati sedikit terkilan dengan tindakan ini yang lebih dilihat sebagai suatu lencongan (diversion) perhatian rakyat daripada isu yang sedang dihadapi sekarang ini kepada suatu isu yang memang telah lama dihadapi oleh orang Melayu di Pulau Pinang sejak status quo yang dulu. Dimaklumkan oleh teman-teman, pelbagai sentimen - daripada yang agak remeh kepada yang bisa menaikkan bulu roma dan semangat yang melulu - dimainkan terutama kepada orang Melayu di Pulau Pinang. Pelbagai andaian dan situasi, khabarnya diberikan hatta kepada peringkat sehingga menakut-nakutkan kaum lain. Walaupun begitu, tinjauan kasar suasana di Pulau Mutiara ini tetap seperti sedia kala, tiada yang berbeza. Masyarakat tetap menjalani kehidupan seperti biasa - menafikan apa yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini. Di Queensbay Mall, P. Pinang contohnya, sempena cuti Maulidur Rasul, saya berkesempatan melihat rakyat pelbagai kaum, masih lagi mengunjungi dengan semangat muhibbah, ceria dan seolah-olah tiada prasangka wujud dalam sanubari mereka. Melayu, Cina, India dan lain-lain tetap seperti dulu. Masih lagi ada budaya sapa-menyapa tidak kira bangsa - terutama sekali apabila melihat saya dan isteri membawa si comel yang baru hendak mengenal dunia luar. Saya fikir, cubaan memainkan sentimen perkauman ini amat berbahaya. Tambahan lagi, cubaan ini saya nilai, datang daripada mereka yang telah kehilangan semua kepentingan diri, lantas membawa sama-sama mereka orang lain yang tiada kena-mengena dalam hal ini. Memperalatkan orang lain terutamanya daripada golongan beladiri melayu dan budak-budak muda dalam kemelut ini saya kira agak keterlaluan. Saya sorot kembali perhimpunan yang diadakan di Komtar baru-baru ini. Kelihatan di kaca tv Buletin Utama, muka-muka yang saya kenal antaranya terdiri daripada ahli persatuan beladiri yang saya dokongi. Tiada kepastian samada wujud keizinan (consent) daripada pimpinan persatuan atau kehadiran mereka hanya sukarela. Janganlah diheret ahli-ahli beladiri ini dan yang paling penting, persatuan-persatuan beladiri ini bersama-sama kalian. Teringat ungkapan pemimpin agung persatuan (sebagaimana yang diceritakan) "Janganlah dipolitikkan persatuan ini." bermaksud tiada kepentingan politik melalui persatuan ini bagi ahli-ahli beladiri ini. Yang pasti, isu ini sebenarnya punyai innuendo yang boleh kita baca (read between the line) dan senang untuk difahami.

4 ulasan:

Don Fizi berkata...

aku rasa ini perasaan natural bagi mana-mana manusia. Apabila dikeluarkan dari comfort zone atau routine harian, mesti rasa bingung dan tidak tentu. Tetapi nak dijadikan bahan politik maka diadakan lah demonstrasi dan macam2 lagi, maklumlah musim demonstrasi. Dgn berfikiran secara positif, aku rasa rakyat Pulau Pinang akan terus dgn urusan/gaya hidup masing2, lepas beberapa tahun barulah akan sedar 'oh aku dulu jadi alat politik rupanya'.

Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata...

Aku rasa, P.Pinang tak perlu risau mengenai investment masuk. Suruh Bang Long and the gang bawak masuk USD ke Penang..hahaha..tiap-tiap mlm dok bawak masuk. Cuma boleh trade RM ja laa ni, kalu tak, aku dah lama long RM..:)

Tanpa Nama berkata...

I received a rather disturbing e-mail recently forwarded by concerned friend that could lead to another races propaganda. I'm not sure what's the reason behind the e-mail done by the irresponsible party.
Below are the content of the disturbing e-mail TITLED The Truth Revealed (with evidence) - Must read (Malaysia Sejarah Book - check please)

In June 1998, the government of Malaysia had hired a team of
experts from across the continent to be gathered here in Malaysia for a research project to complement the history studies that we undertook in our secondary schools.

The objective of the research is simply:
1. To find proof and evidence that shows the Malays are the origins of Malaysia and they are the first race and religion that land their foot in Malaysia .

2. To further strengthen their claims, first they need to find the graveyard of the Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu and etc.. to show the existant of their pioneer.

3. The Batu bersurat in Terengganu, reveals that the islamic religion has landed in Malaysia for a hundred years ago which further strengthen their claims!

That is why, we are taught with sejarah (history of Malaysia )!!!!

BEWARE & OPEN YOUR EYES!!! go ask your brother, sister, niece,
nephew and etc. etc, since the year 1999 (if i'm not mistaken)
or year 2000, do they study about HANG TUAH anymore????????

Why is that popular subject GONE?????
Missing in action???????
or evidence revealed something different that caused the government
to stop the syllabus and HIDE the TRUTH????????

*Here are the Evidences of the findings by the team of scientists, archaeologist, historian and other technical staff from the United States , United Kingdom , Germany , Canada , Yemen & Russia . *

*The evidence are: *

1) They finally found the graveyard of Hang Tuah, Hang Jebat etc..., their skeleton had been analised and samples of DNA had been taken with the results showing: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu and mates, they are NOT MALAY!!!!!! they are CHINESE (islamic) from China !!! and why they were here in Malacca????? because they were in a mission to protect the MALAY S from the potential attack of SIAM ( Thailand )!!!

So Hang Tuah is not Malay hero!!! they are the protector of the useless and ungrateful Parameswara (who is from INDONESIA ) landed in Malacca and claim the land belongs to him!!!

The Hang Tuah bunch of people were all from China , they were being assigned to Malacca because Parameswara requested the Ching Dynasty Emperor for protection!!!

This is why the Hang Tuah series of history is MISSING from SEJARAH!!!!

*2nd. Evidence: *

The researchers hired by the government found the oldest tomb
stone(grave yard) in Kelantan in year 2000. Suprisingly the tomb
stone are at least 900 years old!!!! older than the so-called
batu bersurat. and the best thing is, it belong to the CHINESE!!!!!!!!

Being landed first in Malacca doesn't mean Malay is the first in
Malaysia cos during that time, the road is too long for them
to see the other side of the coast!!! where the Chinese has landed far
more earlier. If you want the black and white evidence of the truth reveals
please write to the The Federal Association of Arc & Research of Michigan , USA .

Please do not ask the Chinese nor the Indians to go back to their home country!
Cos evidence shows that Malays are NOT Malaysian origin either!

Your Malay ancestors are all immigrants from INDONESIA !

Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata...

Kita perlu sedar bahawa senario sekarang menghambat kita supaya membuka ketelusan pemikiran dan sanubari mengenai politik Malaysia yang melangkaui batas-batas perkauman. Melihat dari sudut Islam, pemahaman terhadap gagasan Sahifah Madinah memerlukan kita akur bahawa bukan kepentingan kaum yang menjadi agenda risalah yang di bawa Ar-Rasul S.A.W tapi kepentingan semua unit-unit masyarakat yang membentuk Madinah ketika itu. Sudah-sudahlah kita dengan "kaum kita","orang kita" - mari kita bermula dengan latihan ini, cuba kita lihat orang lain dari bangsa kita dengan pandangan yang tiada bias. Mari kita hayati kembali prinsip pertama Natural Justice - Nemo Judex In Causa Sua - Rule Against Bias supaya kita benar-benar dapat memahami apa erti rakyat Malaysia.