Rabu, Mac 12, 2008

Fasa Politik Baru Malaysia

Keghairahan, kegirangan & kemuraman dalam Pilihanraya Umum 12 baru-baru ini membuat diri ini terpanggil untuk berkongsi pandangan. Sungguh, suatu sejarah telah tercatat. Sepanjang 50 tahun Malaysia merdeka, ini kali pertama. Samada yang menilainya dari sudut positif atau negatif, yang pasti, telah tertulis Sejarah ini pasti akan berlaku. Senario politik di Malaysia nampak gayanya sudah bertatih ke fasa yang baru. Ada yang bersuara, perjuangan politik di Malaysia kini sudah melangkaui sempadan kaum, tanpa ada lagi perjuangan untuk membela satu-satu kaum sahaja. Tidak ketinggalan, suara yang mengatakan ini hanya protes sementara rakyat terhadap status quo - bukan satu sokongan jitu buat mereka yang berjaya merampas 5 buah negeri, suatu senario yang mungkin akan kembali seperti asal. Namun, yang menjadi keresahan di hati, terdapat sentimen perkauman dimainkan, keraguan terhadap pemerintah-pemerintah kerajaan negeri yang baru dan pelbagai lagi. Yang baru, kita berikan harapan dan sokongan. Yang lama, perlu menilai dengan lebih serius tentang mesej yang telah disampaikan oleh rakyat. Yang pasti, ini adalah masa untuk bertafakur sejenak - melihat dalam diri, apa yang sebenarnya terjadi. Gerak rasa, gerak hati, gerak akal pasti dapat mencari jawapan bagi persoalan ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah anak muda! Masih ada lagi generasi muda yang mampu memikirkan untung nasib negara. Harapnya tidak lalai. Semoga ada ramai lagi anak-anak muda yang berfikiran kritis untuk membina negara. Membina bukan membinasa..

Tanpa Nama berkata...

"sayang anak tangan-tangankan" itu lah kata-kata yang tepat diberikan pada pemimpin-pemimpin yang angkuh, bongkak dan takbur .. itu baru 5 buah negeri yang terlepas .. harap2 selepas ini masing-masing melihat kembali di mana salah dan silap mereka... bagi yang bernasib baik masih diberi kesempatan menjadi wakil rakyat.. buat lah yang terbaik .. kotakan janji2 yang ditabur semasa berkempen ... pendapat dari your big brother...