Jumaat, Mac 28, 2008

Pipkeeper's Trading Journal

Pending Order has been put to Long Euro at 1.5905 with an initial stop-loss at 1.5800. We are waiting for a breakout of 1.5903, which is the recent high level - initial resistance. Technically and Fundamentally, the Euro is still Bullish. Just sit back, monitor and wait for the pending order to be triggered.

Recent statement from Bank Negara Governor, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar that Bank Negara has no immediate plan to remove the ban on offshore trading of Ringgit. Gee, i'm patiently waiting for our Ringgit to be available for trading as other currencies. Just imagine, how many profit would be gain in this recent months by just long Ringgit and short USD.

* This analysis is only for Pipkeeper and not for public usage.

Kian Celaru

Mesyuarat MT UMNO siang tadi telah sebulat suara setuju dengan perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu yang sah dan bersetuju untuk mengadakan pemilihan parti tahun ini. YAB Presiden sewaktu memberi kenyataan pada sidang akhbar bersungguh-sungguh menjelaskan isu di Terengganu sudah selesai.

Agak ironi, pada mulanya YAB Presiden selaku PM mengeluarkan kenyataan bahawa perlantikan Ahmad Said adalah bertentangan dengan Perlembagaan. Itu, kenyataan sebelum mengadap DYMM Seri Paduka Baginda. Lain pula jadinya selepas mengadap. Telahan nakal seakan mengatakan bahawa DYMM berkeras untuk meletakkan Ahmad Said sebagai MB dan tidak akan menerima Idris Jusoh dan sudah pasti YAB PM tiada dapat berkata apa-apa, sama seperti sebelum ini ketika isu di Perlis.

Yang menghairankan, mengapa selepas PRU baru hendak mengadap melobi calon MB sedangkan tindakan ini boleh dibuat sedari awal. Ternyata, situasi menunjukkan bahawa seperti adanya perasaan tidak senang Istana-Istana dengan pimpinan UMNO (atau lebih tepat, beberapa kerat pemimpin UMNO). Situasi sebegini jarang terjadi kepada Presiden yang dahulu - di mana dengan mudah Istana bersetuju kepada semua calon-calon MB yang dikemukakan.

Pemilihan parti juga sudah pasti akan memberikan beberapa petunjuk baru samada ahli-ahli UMNO ini mahu melakukan sesuatu demi menjaga parti atau hanya beberapa kerat individu dalam parti. Kita tidak dapat meletakkan harapan wujudnya kebijaksanaan dan kematangan para perwakilan yang akan mengundi nanti. Terpulang kepada mereka.

Khamis, Mac 27, 2008

Jurnal Trading Pipkeeper


Pembetulan kecil telah berlaku minggu lepas sebagaimana yang dijangkakan. Euro meneruskan aliran menaik. Dari sudut analisis teknikal dan fundamental, Euro kelihatan Bullish dan aliran menaik ini dijangka akan terus berlaku sepanjang minggu ini dan awal minggu hadapan. Interest rate, 10-year yield, equity-based yield dan Commitment of Traders kesemuanya berpihak kepada Euro. Pemantauan akan dibuat dan dagangan akan dilakukan dengan menantikan paras 1.5903 ditembusi daripada sebelah bawah. Pelan Dagangan untuk minggu ini :- Beli Euro pada 1.5904-5905 dengan "Initial Stop-Loss" 100 pip pada 1.5804 atau lebih ( Risk-Reward ratio 1:1.5 ).

*Analisa ini hanya untuk kegunaan Pipkeeper sahaja dan bukan untuk umum.

Kemelut Berterusan

Cadangan untuk menangguhkan pemilihan parti UMNO yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini telah lama ditelah . Walau apa sahaja alasan yang diberikan untuk merasionalkan cadangan ini, ia sama sekali mengecewakan ramai pihak bukan sahaja kalangan ahli parti bahkan pihak luar dan pembangkang khususnya. Keputusan PRU 12 secara terang-terangan memberikan isyarat bahawa sesuatu perlu dilakukan oleh ahli-ahli parti ini demi menjaga kemandirian parti bukan setakat 3 atau 6 tahun lagi malahan selama-lamanya (gunapakai moto mereka Dulu, Kini dan Selamanya..)

Sekilas pandang, ini adalah di antara strategi bagi memastikan kedudukan YAB Presiden tidak tergugat walaupun secara nyata Ku Li menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden dan saranan ahli parti (lebih tepat lagi YB Mukhriz ) untuk Presiden mengundurkan diri. Mungkin kesanggupan Ku Li untuk bertanding jawatan presiden kali ini disandarkan atas sokongan yang sudah pasti bukan sedikit berbanding cubaan Ku Li untuk bertanding semasa Tun Dr. Mahathir ingin bersara tidak lama dulu. Dengan memikirkan bahawa mungkin ahli-ahli wanita seramai hampir 50% daripada keseluruhan ahli parti tidak akan memberi sokongan atas alasan tiada wakil wanita diletakkan dalam barisan kabinet, cadangan ini seakan manifestasi kepada situasi.

Umum mengetahui, sepatutnya pemilihan berlangsung tahun lepas namun ditunda atas alasan PRU 12. Nah, PRU 12 sudah selesai, maka tugas parti harus berjalan seadanya. Apakah Presiden tidak sanggup untuk menerima realiti kehendak ahli-ahli sebagaimana terkejutnya beliau terhadap realiti rakyat dalam keputusan PRU 12 tempoh hari. Persoalan ini hanya boleh dirungkai oleh ahli-ahli parti sendiri dan hanya sanya mereka jualah yang mampu menjadikan kehendak ini suatu realiti.

Ahad, Mac 23, 2008

Jurnal Trading Pipkeeper

Dagangan EURUSD sesi akhir jumaat lalu menunjukkan aliran menurun berterusan. Menepati ramalan analisa-analisa terdahulu, penurunan nilai Euro perlu dilihat samada kekuatan aliran menurun ini 'genuine' atau hanya pembetulan kecil seperti yang ditulis sebelum ini. Doji Candlestick yang terbentuk pada zon overbought tempohari benar-benar menunjukkan aliran akan berubah daripada menaik kepada menurun. Bagi pedagang /pelabur yang agresif dan memilih untuk mula menjual Euro pada 1.5684 serta mengekalkan posisi sehingga aliran menurun ini terhenti sudah pasti - sehingga jumaat lepas, keuntungan sebanyak 247 pip termasuk' spread' boleh dinikmati. Pelan dagangan - tunggu pasaran dibuka ahad nanti dan lihat sejauh mana aliran menurun ini mampu pergi. Sekiranya RSI mencecah/melepasi 50 dan menuju ke bawah, mungkin kita boleh mula menjual Euro dengan sedikit kaveat - 'stop-loss' yang agak dekat dan 'take profit' yang dekat- untuk melindungi sekiranya aliran menurun ini tiba-tiba terhenti dan bertukar arah.

Sabtu, Mac 22, 2008

Taat Kepada Pemimpin - Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Menarik untuk dikongsi bersama tatkala mendengar Ketua Wanita UMNO memberi ucapan selamat tinggal di kementerian yang sebegitu lama diterajui. Dengan menafikan adanya perasaan tidak puas hati terhadap keputusan YAB PM, beliau menimbulkan persoalan bahawa tiada seorang pun wakil daripada Wanita UMNO dalam barisan Kabinet yang baru. Pelik, bagaimana pula kedudukan Datuk Azalina Othman dalam kabinet? Tidakkah beliau juga mewakili Wanita UMNO walaupun keanggotaan Wanitanya diragui oleh Ketua pergerakan itu sendiri? Tambahan pula, timbul nada seakan-akan mengugut Presiden parti dengan mengingatkan bahawa Wanita UMNO meliputi hampir 50% ahli parti. Sudah pasti ada sesuatu yang menarik bakal terjadi pada sesi pemilihan parti akan datang. Walaubagaimanapun, nada ini senang difahami. Telah begitu lama duduk di kerusi yang empuk di satu-satu kementerian dan tiba-tiba diminta bangun dan pergi - adalah suatu tragedi yang bukan mudah dihadam. Namun, bagi seorang pemimpin yang lama, pasti mengerti akan prerogatif Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan dan dialog ini tidak seharusnya diutarakan. Hatta, adalah menjadi prerogatif YAB PM untuk tidak melantik/mengadakan jawatan Timbalan Perdana Menteri inikan pula tidak melantik satu-satu individu ke jawatan Menteri. Geli hati melihat telatah sidang media kedua oleh mereka ini yang nampak seperti perkumpulan 'makcik-makcik' yang cuba meyembunyikan perasaan kecewa/merajuk meskipun mereka gagal melakukannya. Mereka harus belajar untuk menghayati semula bagaimana untuk taat kepada pemimpin.

Adalah derhaka dan suatu yang menentang adat bagi orang-orang Melayu jika titah Sultan tidak diendahkan bahkan punyai hasrat untuk menentang. Begitu yang berlaku di Terengganu, negeri DYMM Yang Dipertuan Agong apabila calon MB pilihan Istana bukan calon kegemaran ahli-ahli YB DUN. Bagi mereka, hanya DS Idris Jusoh sahaja yang layak dan boleh menjadi MB dan mereka ini sanggup untuk melakukan apa saja dari memulaukan upacara mengangkat sumpah MB baru, meletakkan jawatan hatta sanggup pilih untuk mengadakan pilihanraya DUN semula. Hebat! Saya angkat topi kepada mereka. Kalau dulu DAP pernah memilih untuk memulaukan upacara angkat sumpah MB Perak, dikatanya kurang ajar kepada Istana, maka satu persoalan saya lontarkan - ini apa?Mereka ini, yang berani menghunus keris bersumpah mempertahankan ketuanan Melayu - yang sudah pastinya Ketuanan Melayu perlu dan saling berkait kepada institusi Beraja- sekarang sudah terbalik menentang titah Istana. Kepada mereka ini, Rukunegara yang kedua mesti dihafal kembali, ditulis dan disimpan di dalam dompet buat tatapan setiap hari, moga tidak menjadi rakyat yang dimurkai.

Jumaat, Mac 21, 2008

Jurnal Trading Pipkeeper


Sebagaimana yang dijangkakan, Euro telah bergerak menuju aliran menurun selepas wujudnya Doji Candlestick pada zon overbought RSI sepertimana analisis terdahulu. Minggu ini akan berlaku penurunan sebagai pembetulan kecil sekiranya rsi tidak melepasi 50, dan aliran menaik akan berterusan bagi Euro. Namun, sekiranya melepasi 50, aliran menurun agak kuat dan peluang untuk jual Euro dan beli USD mungkin cerah. Setakat analisis ini dibuat, fundamental masih berpihak kepada Euro dan analisis teknikal menunjukkan berlakunya pembetulan. Tiada sebarang dagangan dilakukan untuk minggu ini - cuma memantau sejauh mana pembetulan ini akan berlaku sebelum melaksanakan pelan dagangan.

* Analisa ini hanya untuk kegunaan pemilik jurnal ini sahaja dan bukan untuk kegunaan umum.

Harmoni


Akhir-akhir ini, semakin rancak suara perkauman dilaung-laungkan. Malahan pelbagai perhimpunan yang hendak diadakan semata-mata untuk menyatakan semangat perkauman ini kepada orang ramai. Hati sedikit terkilan dengan tindakan ini yang lebih dilihat sebagai suatu lencongan (diversion) perhatian rakyat daripada isu yang sedang dihadapi sekarang ini kepada suatu isu yang memang telah lama dihadapi oleh orang Melayu di Pulau Pinang sejak status quo yang dulu. Dimaklumkan oleh teman-teman, pelbagai sentimen - daripada yang agak remeh kepada yang bisa menaikkan bulu roma dan semangat yang melulu - dimainkan terutama kepada orang Melayu di Pulau Pinang. Pelbagai andaian dan situasi, khabarnya diberikan hatta kepada peringkat sehingga menakut-nakutkan kaum lain. Walaupun begitu, tinjauan kasar suasana di Pulau Mutiara ini tetap seperti sedia kala, tiada yang berbeza. Masyarakat tetap menjalani kehidupan seperti biasa - menafikan apa yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini. Di Queensbay Mall, P. Pinang contohnya, sempena cuti Maulidur Rasul, saya berkesempatan melihat rakyat pelbagai kaum, masih lagi mengunjungi dengan semangat muhibbah, ceria dan seolah-olah tiada prasangka wujud dalam sanubari mereka. Melayu, Cina, India dan lain-lain tetap seperti dulu. Masih lagi ada budaya sapa-menyapa tidak kira bangsa - terutama sekali apabila melihat saya dan isteri membawa si comel yang baru hendak mengenal dunia luar. Saya fikir, cubaan memainkan sentimen perkauman ini amat berbahaya. Tambahan lagi, cubaan ini saya nilai, datang daripada mereka yang telah kehilangan semua kepentingan diri, lantas membawa sama-sama mereka orang lain yang tiada kena-mengena dalam hal ini. Memperalatkan orang lain terutamanya daripada golongan beladiri melayu dan budak-budak muda dalam kemelut ini saya kira agak keterlaluan. Saya sorot kembali perhimpunan yang diadakan di Komtar baru-baru ini. Kelihatan di kaca tv Buletin Utama, muka-muka yang saya kenal antaranya terdiri daripada ahli persatuan beladiri yang saya dokongi. Tiada kepastian samada wujud keizinan (consent) daripada pimpinan persatuan atau kehadiran mereka hanya sukarela. Janganlah diheret ahli-ahli beladiri ini dan yang paling penting, persatuan-persatuan beladiri ini bersama-sama kalian. Teringat ungkapan pemimpin agung persatuan (sebagaimana yang diceritakan) "Janganlah dipolitikkan persatuan ini." bermaksud tiada kepentingan politik melalui persatuan ini bagi ahli-ahli beladiri ini. Yang pasti, isu ini sebenarnya punyai innuendo yang boleh kita baca (read between the line) dan senang untuk difahami.

Selasa, Mac 18, 2008

Jurnal Trading Pipkeeper



Analisis yang lebih kurang sama pada hari jumaat tempohari. Doji Candlestick pada zon "overbought" RSI menunjukkan kemungkinan nilai Euro akan menurun sedikit - samada pembetulan kecil untuk meneruskan aliran menaik atau pun aliran menaik bagi Euro telah pun berakhir dan tiba masanya pedagang akan menjual Euro dan membeli US Dollar.

Analisis fundamental menunjukkan Euro masih lagi Bullish dengan Interest Rate Spread, 10- Year Yield Spread, Equity-Yield Spread, Commitment of Traders masih berpihak kepada Euro. Jangkaan minggu ini akan berlaku pembetulan pada pasaran. Dan dagangan hanya akan dibuat selepas kita menilai sejauh mana pembetulan itu nanti.

* Analisa ini hanya untuk kegunaan pemilik jurnal ini sahaja, bukan untuk kegunaan umum.

Sabtu, Mac 15, 2008

Jurnal Trading Pipkeeper


Trend Euro sangat Bullish sekarang ini. Walaubagaimanapun, tatkala analisis ini ditulis, terdapat ketidaktentuan (uncertainty) antara pedagang Bull dan Bear - dengan melihat kepada Doji Candlestick yang terbentuk pada hari-hari akhir trading minggu ini. Kemungkinan harga Euro akan turun sedikit boleh berlaku selepas ini. RSI masih menunjukkan Euro berada pada zon overbought. Harga pasaran telah melepasi Up Fractal yang terdekat. Euro telah mencecah harga tertinggi berbanding US Dollar sejak 19 tahun yang lalu. Tiada sebarang pelan untuk dagangan dibuat. Kena sabar menanti peluang untuk Long Euro. Masih mengharapkan berlakunya pembetulan kecil pasaran sebelum boleh beli Euro. Kesilapan yang telah dilakukan tempohari adalah terlalu awal mengambil untung pada 03/03/2008 tatkala melihat Euro seperti cuba menyentuh paras halangan di sekitar 1.5270-5275 dan retrace. Kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana Euro akan bergerak minggu hadapan.
* Analisa ini hanya untuk kegunaan pemilik jurnal ini sahaja dan bukan untuk kegunaan umum.