Isnin, Februari 02, 2009

Minda Rakyat Diseleweng

Acap kali berita mengenai politik tempatan menghiasi dada akhbar dan media massa mutakhir ini. Yang terkini, yang satu dah masuk ke sini dan yang dua pulak khabarnya mahu ke seberang sana. Lompat! Namun keadaan sebenar iaitu kedudukan ekonomi global dan tempatan yang kian runcing jarang disentuh bahkan kalau ada cuma sekadar touch n go sahaja. Sepatutnya pada tika ini, tumpuan dan gerak kerja perlu diberikan ke arah bagaimana menangani isu ekonomi dan bukannya dengan memainkan sentimen perkauman sempit dan isu politik yang tidak kunjung selesai. Amerika Syarikat, U.K, Jepun dan Singapura (sekadar menamakan beberapa buah negara) telah pun secara rasmi mengumumkan bahawa mereka sedang mengalami masalah ekonomi. ratusan malahan ribuan pekerja bakal diberhentikan dan kilang-kilang ada yang mengalami kerugian bahkan akan ada yang ditutup. Namun kita di Malaysia, tiada sebarang pengumumam atau pun pengakuan dibuat mengenai isu ini selain berita bahawa lebih 10,000 pekerja bakal hilang pekerjaan. Selesa!... Atau ...Belum lagi!! Barangkali itu yang ada dalam kotak minda sang menteri yang dipertanggungjawabkan. Dengan jangkaan pertumbuhan KDNK yang disemak semula pada kadar yang menguncup, sudah sepatutnya diberhentikan dulu segala permasalahan politik yang melanda tanahair. Biarkan sebentar....kenapa?..gelabah sementara menanti yang sedia ada ini berundur?..cuma sebulan lebih saja lagi....mungkin senario semasa seakan-akan memungkinkan berlakunya pertukaran kerajaan?.. dan yang pasti masing-masing tidak senang duduk menanti saat berundurnya yang satu ini. Mungkin tidak sempat menaiki tahta yang dijanjikan? Makin hari makin muak dengan segala percaturan politik ini - semacam boleh dibaca skrip ini. Minda rakyat sekali lagi diseleweng. 

Tiada ulasan: