Isnin, Januari 12, 2009
Meraikan Hari Lahir Darius
12 JAN 2009 - Darius Dah Setahun.
Tepat jam 3.31 pagi 12 Januari 2009, genap setahun usia Darius. Alhamdulillah, syukur di rafa’kan ke hadrat Ilahi kerana sikecil yang disayangi telah pun genap setahun membesar. Sepanjang tempoh ini, pelbagai suka dan duka, penat-lelah yang telah ditempuhi. Namun segalanya ditelan bulat-bulat demi memastikan anak yang disayangi membesar dengan sempurna.
Sepanjang setahun ini jugalah saya dan isteri menjaga sendiri Darius tanpa pembantu rumah atau hantar ke nursery. Memang agak sukar pada mulanya memandangkan kami berdua bekerja menguruskan firma guaman kami sendiri. Syukur, Allah masih memberikan ruang masa untuk kami melakukannya. Saya amat menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh isteri tercinta sepanjang tempoh ini bersama-sama saya.
Kronologi Detik Kelahiran Carshief Darius Ambar:
Tarikh asal jangkaan kelahiran sikecil ini ialah pada 2 Januari 2008. Mungkin kerana masih ingin berada di dalam perut Mummynya maka selepas ‘check-up’ dibuat, Dr. Koh memberikan tempoh seminggu lagi untuk ‘due’ dan sekiranya tiada tanda-tanda untuk melahirkan berlaku dalam tempoh ini, maka 9 Januari 2008 kami mesti berada di Wisma Bersalin.
9 Januari 2008, saya, isteri dan ditemani Mama (ibu mertua) hadir ke Wisma Bersalin Chang & Koh, Kulim, Kedah. Setelah ‘check-in (macam hotel lak), kami diberikan penerangan dan menunggu sahaja saat-saat yang dinantikan. (Tapi macam lambat jer). Sehari berlalu tanpa ada apa-apa perkembangan.
Keesokannya tepat jam 3.00 petang 10 Januari 2008, Dr. Koh telah memecahkan air tetuban bagi membolehkan proses kelahiran normal. Tempoh 12 jam diberikan untuk melihat samada perlu dibedah atau boleh melahirkan secara normal dengan harapan bukaan pintu rahim hingga ke 10 inci. Dengan isteri saya yang tidak sempat untuk makan, minum hatta membuang apa-apa yang patut, isteri saya terus terbaring dan tidak dibenarkan pergi ke mana-mana hatta ke tandas sekalipun (dah air tetuban dipecahkan, mana mungkin boleh bergerak ke sana ke mari). Tidak jijik untuk saya katakan bahawa saya yang menguruskan ketika isteri perlu melepaskan ‘hajatnya’.
Dalam tempoh 12 jam ini, bukaan pintu rahim amat perlahan sekali, paling besar pun 4 inci. Dan sepanjang tempoh ini jugalah ‘contraction’ berlaku tanda bahawa proses kelahiran kian hampir. Saya jadi tambah seronok pula melihat graf pada mesin pengukur kadar denyutan nadi isteri dan Darius dalam perut Mummynya dan bagaimana membaca tanda-tanda ‘contraction’ pada graf. Seakan melihat naik turun harga pasaran. Saya tidak dapat melelapkan mata dengan sempurna meski mengantuk yang amat sangat kerana risau akan keadaan isteri. Kami (saya dan Mama) bergilir-gilir untuk menemani isteri di bilik bersalin.
Tepat jam 3.00 pagi 12 Januari 2008. Setelah tiada tanda-tanda pintu rahim akan buka hingga ke 10 inci, Dr. Koh memutuskan untuk membedah isteri bagi mengeluarkan Darius yang masih lagi ingin terus berada di dalam perut Mummy. “Setengah jam lagi, kita akan mula”, kata Dr. Koh. Isteri kemudian dipindahkan ke Dewan Bedah. Pada ketika ini jugalah, Mama, Kak Be dan Abang Is (Ibu, Kakak dan abang ipar saya) sampai ke Wisma Bersalin ini setelah bertolak dari Kuala Lumpur untuk bersama-sama saya. Setelah mengenakan pakaian untuk masuk ke dewan bedah, saya duduk di sebelah isteri memberikan sokongan dan kata-kata semangat bagi menantikan saat-saat ini.
Jam 3.31 pagi, Darius selamat dikeluarkan secara caesarian dengan tali pusat terbelit dua kali pada lehernya. Itu yang membuatkan Darius tidak dapat turun keluar secara normal. Segalanya dapat saya saksikan namun sayang, saya tidak dibenarkan untuk merakamkan detik-detik penting ini (boleh juga tunjuk kepada Darius bila dia besar nanti).
Syukur segalanya telah selesai. Bermula pula episod baru dalam hidup saya sebagai bapa. Pada saat pertama menatap wajah Darius setelah dibersihkan dan diletakkan di bawah satu mesin pemanas, dan pada saat itu juga Darius menatap wajah saya, satu perasaan yang amat-amat sukar digambarkan wujud dalam hati ketika itu. Dan sekilas lalu, wajah arwah Papa tersayang tergambar dalam ingatan membuatkan saya bertambah sayu. Dan tatkala menulis catatan ini, perasaan rindu saya terhadap arwah Papa bertambah kuat. Segala kekosongan dan kerinduan yang amat mendalam terhadap arwah Papa masih belum terisi. Begitu juga setiap kali menatap wajah anak kesayangan saya, pasti ingatan dan perasaan rindu terhadap Papa menjelma.
Dan kini, Darius telah pun berusia setahun. Meski hanya boleh menapak dua tiga langkah (bukannya tak boleh jalan, cuma tak nak jalan saja), dia gagahkan juga menapak lebih dari tiga sebelum tidur sebentar tadi. Itu pun setelah dilatih dipimpin berjalan. Dan esok setelah selesai urusan Mahkamah, kami bercadang untuk ‘celebrate’ di luar.
Cara-cara permulaan untuk ‘trading’ forex.
Di atas permintaan rakan-rakan supaya ditunjukkan cara bagaimana untuk mula ‘trading’ forex, maka saya lampirkan secara ringkas kaedah-kaedah awal untuk membuka akaun.
1. Pastikan anda mempunyai asas mengenai pasaran forex dan segala yang berkaitan dengannya.
(Anda boleh klik pada link Free E-Book pada blog saya ini atau anda boleh dapatkan maklumat daripada search engine)
2. Pastikan anda mempunyai kredit kad atau debit kad. Wire Transfer/telegraphic transfer atau Paypal akaun juga boleh digunakan.
(Saya menggunakan Debit Kad Mastercard RHB Cash Connect)
3. Klik pada link Easy Forex pada blog saya ini untuk mendaftarkan akaun bagi membolehkan kita membuat dagangan.
(Saya menggunakan broker Easy Forex yang beralamat di Australia sejak awal permulaan kenal dengan dunia forex ini meski ada broker-broker lain yang digunakan termasuk Oanda, CMS Forex dan Interbank FX. Namun Easy Forex tetap menjadi pilihan utama kerana amat mudah digunakan dan pendaftaran juga amat ringkas)
4. Setelah daftar, depositkan jumlah wang yang diingini ke dalam akaun untuk mula trading.
Langkah seterusnya terutama sekali bagaimana untuk ‘trading’ akan saya paparkan dalam catatan yang lain. Sementara itu, bagi mereka yang ingin mengikuti kelas forex online secara percuma, sila email ke pipkeeper@yahoo.com.my.
Catatan Ringkas
Sabtu, Januari 10, 2009
Trading Journal 05/01/09-09/01/09
ID | Open Date | Buy | Sell | Rolling Until | Rate | Close Date | Close Rate | Profit Loss |
3955683 | 05/01/2009 15:12 | 1,784.00 USD | 2,500.00 AUD | 19/01/2009 | 0.7136 | 05/01/2009 17:51 | 0.7143 | -1.75 USD |
3955756 | 05/01/2009 15:18 | 1,787.25 USD | 2,500.00 AUD | 19/01/2009 | 0.7149 | 05/01/2009 17:51 | 0.7143 | 1.50 USD |
3955839 | 05/01/2009 15:29 | 1,790.00 USD | 2,500.00 AUD | 19/01/2009 | 0.7160 | 05/01/2009 17:51 | 0.7143 | 4.25 USD |
ID | Open Date | Buy | Sell | Rolling Until | Rate | Close Date | Close Rate | Profit Loss |
3965272 | 06/01/2009 14:59 | 2,500.00 EUR | 3,354.00 USD | 20/01/2009 | 1.3416 | 06/01/2009 15:07 | 1.3425 | 2.25 USD |
3965674 | 06/01/2009 15:30 | 1,770.90 USD | 3,000.00 NZD | 20/01/2009 | 0.5903 | 06/01/2009 15:53 | 0.5898 | 1.50 USD |
3966656 | 06/01/2009 17:08 | 2,500.00 AUD | 1,797.50 USD | 20/01/2009 | 0.7190 | 06/01/2009 17:12 | 0.7197 | 1.75 USD |
3966724 | 06/01/2009 17:13 | 2,500.00 AUD | 1,801.25 USD | 20/01/2009 | 0.7205 | 06/01/2009 17:36 | 0.7205 | 0.00 USD |
3966784 | 06/01/2009 17:19 | 2,500.00 AUD | 1,797.75 USD | 20/01/2009 | 0.7191 | 06/01/2009 17:36 | 0.7205 | 3.50 USD |
ID | Open Date | Buy | Sell | Rolling Until | Rate | Close Date | Close Rate | Profit Loss |
3974270 | 07/01/2009 14:58 | 1,799.70 USD | 3,000.00 NZD | 21/01/2009 | 0.5999 | 07/01/2009 15:31 | 0.5940 | 17.70 USD |
3974802 | 07/01/2009 15:39 | 1,787.50 USD | 2,500.00 AUD | 21/01/2009 | 0.7150 | 07/01/2009 18:47 | 0.7155 | -1.25 USD |
3975123 | 07/01/2009 16:03 | 1,791.75 USD | 2,500.00 AUD | 21/01/2009 | 0.7167 | 07/01/2009 18:39 | 0.7169 | -0.50 USD |
3975149 | 07/01/2009 16:05 | 1,795.00 USD | 2,500.00 AUD | 21/01/2009 | 0.7180 | 07/01/2009 18:27 | 0.7180 | 0.00 USD |
3975233 | 07/01/2009 16:10 | 1,797.50 USD | 2,500.00 AUD | 21/01/2009 | 0.7190 | 07/01/2009 18:27 | 0.7180 | 2.50 USD |
3975263 | 07/01/2009 16:11 | 1,800.50 USD | 2,500.00 AUD | 21/01/2009 | 0.7202 | 07/01/2009 18:27 | 0.7180 | 5.50 USD |
3975653 | 07/01/2009 16:52 | 3,607.50 USD | 5,000.00 AUD | 21/01/2009 | 0.7215 | 07/01/2009 18:27 | 0.7180 | 17.50 USD |
3976184 | 07/01/2009 18:29 | 3,590.00 USD | 5,000.00 AUD | 21/01/2009 | 0.7180 | 07/01/2009 18:39 | 0.7169 | 5.50 USD |
3976248 | 07/01/2009 18:41 | 3,585.00 USD | 5,000.00 AUD | 21/01/2009 | 0.7170 | 07/01/2009 18:47 | 0.7155 | 7.50 USD |
ID | Open Date | Buy | Sell | Rolling Until | Rate | Close Date | Close Rate | Profit Loss |
3991568 | 09/01/2009 15:42 | 3,522.00 USD | 5,000.00 AUD | 23/01/2009 | 0.7044 | 09/01/2009 16:03 | 0.7045 | -0.50 USD |
3991594 | 09/01/2009 15:45 | 5,286.75 USD | 7,500.00 AUD | 23/01/2009 | 0.7049 | 09/01/2009 16:03 | 0.7045 | 3.00 USD |
3991630 | 09/01/2009 15:50 | 5,291.25 USD | 7,500.00 AUD | 23/01/2009 | 0.7055 | 09/01/2009 15:57 | 0.7059 | -3.00 USD |
3991650 | 09/01/2009 15:52 | 5,300.25 USD | 7,500.00 AUD | 23/01/2009 | 0.7067 | 09/01/2009 15:57 | 0.7059 | 6.00 USD |
3991837 | 09/01/2009 16:19 | 3,526.00 USD | 5,000.00 AUD | 23/01/2009 | 0.7052 | 09/01/2009 16:31 | 0.7061 | -4.50 USD |
3991849 | 09/01/2009 16:21 | 5,295.75 USD | 7,500.00 AUD | 23/01/2009 | 0.7061 | 09/01/2009 16:31 | 0.7061 | 0.00 USD |
3991865 | 09/01/2009 16:22 | 5,303.25 USD | 7,500.00 AUD | 23/01/2009 | 0.7071 | 09/01/2009 16:31 | 0.7061 | 7.50 USD |
3992012 | 09/01/2009 16:38 | 3,537.50 USD | 5,000.00 AUD | 23/01/2009 | 0.7075 | 09/01/2009 16:43 | 0.7073 | 1.00 USD |
3992180 | 09/01/2009 17:05 | 3,527.50 USD | 5,000.00 AUD | 23/01/2009 | 0.7055 | 09/01/2009 17:59 | 0.7064 | -4.50 USD |
3992200 | 09/01/2009 17:08 | 3,534.00 USD | 5,000.00 AUD | 23/01/2009 | 0.7068 | 09/01/2009 17:23 | 0.7072 | -2.00 USD |
3992228 | 09/01/2009 17:12 | 5,307.00 USD | 7,500.00 AUD | 23/01/2009 | 0.7076 | 09/01/2009 17:23 | 0.7072 | 3.00 USD |
3992334 | 09/01/2009 17:33 | 5,304.00 USD | 7,500.00 AUD | 23/01/2009 | 0.7072 | 09/01/2009 17:59 | 0.7064 | 6.00 USD |
New Year
A lots of thing happened during 2008. Generally speaking, the political issues have been the very first issues (almost) coming out from most of us. Then there was and still, the economy issues – add with the crude oil price that went up north which affected almost all walks of life. Thank GOD, crude oil price has found its resistance level and in the midst of moving back to its recent support level. But as time goes by, people will only care to anything that affected their life. More than that, they would choose not to seriously get involve either by discussing or even take part in any role concerning it.
As usual, the beginning of New Year wouldn’t be colorful if there’s no New Year Goals (as if a must). And with that, here’s are my New Year Goals 2009 :-
I want to be the humble servant of THE GOD, a loving and faithful husband, a loving father, a diligent advocates & solicitors, a smart forex trader and of course, a new person (read: views) towards his surroundings.
May Allah Bless Me.