Selasa, Julai 14, 2009

Menang .. tipis!

Sah.. calon PAS mengalahkan calon BN dengan majoriti yang sangat tipis - 65 undi. Tahniah buat YB baru DUN N41 Manik Urai. Tahniah juga buat petugas kedua-dua parti yang bertanding atas usaha gigih mereka meski berlaku sedikit insiden yang kurang menyenangkan ketika sesi pembuangan undi pagi tadi. Apa pun, bagi PAS, mereka tidak boleh mendabik dada mengisytihar tiadalah mampu BN merampas / menerobos tempat mereka kerana kelebihan 65 undi membayangkan apa kehendak rakyat tempatan di sana. PAS mesti cepat melakukan sesuatu bagi memenangi hati seluruh penduduk tempatan Manik Urai daripada terus berpolemik dan retorik. Mungkin, pada pandangan peribadi saya sahaja, isu dalaman PAS (perselisihan pimpinan atasan dengan Mursyidul Am dan isu antara rakan parti dalam Pakatan Rakyat menyumbang ke arah berlakunya pemolakan rakyat tempatan melalui pembuangan undi. Mungkin juga penduduk tempatan di sana benar-benar memerlukan bantuan pembanguan dan segala kemudahan infrastruktur. YB Abe Uji mesti bijak mengorak langkah untuk bekerja dan berkhidmat untuk semua penduduk Manik Urai tidak kira samada mereka mengundi Abe Uji atau tidak. Yang penting, jangan menghukum pengundi yang tidak menyokong PAS. Santuni mereka...mudah-mudahan PAS dapat mengekalkan kerusi DUN N.41 Manik Urai pada pilihanraya yang mendatang.


*Catitan dimuatnaik melalui Ipod Touch ketika sedang baring di sebelah playpen Darius sambil-sambil menidurkannya.

Manik Urai

Tak berkesempatan sangat untuk mengikuti perkembangan pilihanraya Manik Urai. Namun, saya sempat meneliti kenyataan TPM yang disiarkan di kaca tv semalam..yang sudah pastinya membuat saya menggeleng kepala seketika.. kenyataan berupa suatu ugutan / tekanan tersebut adalah suatu yang tidak wajar dilontarkan. Jambatan yang akan menghubungkan Manik Urai dengan satu daerah lain hanya akan dibina sekiranya mereka menang .. tapi sebaliknya sekiranya kalah. Situasi ini tidak wajar sama sekali bahkan amat memalukan bagi mereka ini seolah-olah tiada cara lain untuk meraih undi / melaksanakan agenda menerangkan kenapa sepatutnya mereka dipilih, bukan dengan cara mengugut, menekan sedemikian rupa.

Timbul satu persepsi. Apakah rakyat sudah tidak lagi punyai pilihan untuk diri mereka sendiri?.. tidak bolehkah mereka menggunakan hak mereka dalam erti kata demokrasi dalam memilih siapa yang patut berkhidmat untuk mereka?.. apakah sekiranya mereka2 ini terpilih nanti, akan terlaksana semua janji2 yang seperti lazimnya setiap kali pilihanraya baik kecil mahupun umum.?? apakah persoalan wang (baik dari sudut mana pun dan dalam bentuk mana pun ianya diterjemah - peruntukan pembangunan, projek-projek baikpulih, penambahbaikan, pembinaan infrastruktur awam (yg sudah semestinya menjadi kewajipan mana-mana pemerintah)tetap menjadi mainan mereka?

Pendekatan menghukum ini dilihat semakin kronik sedari PRU yang lepas..diimbas kembali contoh kenyataan pemimpin P. Pinang mereka (seperti yang telah saya catitkan dahulu) yang memberi kenyataan supaya ditarik balik segala peruntukan projek pembangunan oleh Kerajaan Pusat untuk P.Pinang setelah majoriti rakyat menolak mereka di sana..

Sekarang terpulang kepada rakyat Manik Urai.. dalam erti kata sebenar hanya mereka jualah yang boleh bersuara melalui pembuangan undi.. pilihlah yang terbaik yang mereka rasa bagus untuk berkhidmat bagi mereka..Moga Allah memimpin mereka.

Sabtu, Julai 11, 2009

Lama menyepi, kini kembali.

Telah hampir 5 bulan blog saya ini tidak dikemaskini dek kerana terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerjaya dan keluarga. Insya Allah saya akan cuba kemaskini catitan yang terbaru. Sepanjang tempoh ini, pelbagai peristiwa dan situasi yang berlaku. Dalam kelapangan masa, saya akan muat naik catitan-catitan tersebut. Salam


*Catitan dikemaskini melalui Ipod Touch yang baru dibeli semalam.