Selasa, Ogos 26, 2008

Penjelasan Mufti Perlis

“Ada sesetengah pihak yang tersalah sangka dengan menganggap bahawa cadangan saya untuk DSAI dan Saiful bermubahalah itu satu perangkap untuk menjatuhkan DSAI. Demi sesungguhnya tidak! Sebenarnya, sejak beberapa bulan yang akhir ini wujudnya persahabatan bukan politik antara saya dan DSAI. Sikapnya yang lebih lunak dan sering bertanya khabar agak menyenangkan.

Apabila timbul isu liwat yang dibangkitkan oleh Saiful, maka saya bertanya hal tersebut kepada DSAI sendiri. Daripada penjelasannya beliau memaklumkan bahawa wujudnya konspirasi. Katanya, mahkamah dan polis akan dipergunakan. Saya yang bersimpati jika benar wujud konspirasi tersebut melihat imej beliau perlu dibersihkan dan perancangan buruk perlu dihentikan melalui satu proses yang menakutkan sesiapa yang khianat dan berdusta. Berdasarkan dakwaan DSAI, mahkamah dan polis tidak dipercayai.

Maka saya mencadangkan proses yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah yang diluar dari hukuman manusia sebaliknya menanti balasan Allah di dunia lagi iaitu Mubahalah. Harapan saya supaya mereka yang jahat akan takut seperti mana golongan Kristian Najran yang takut dengan laknat Allah s.w.t dan tidak berani bermubahalah dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Saya maklumkan secara perbualan telefon kepada DSAI bahawa niat saya membersihkan imej beliau dan beliau ketika itu tidak pertikaikan tujuan saya walaupun kelihatan beliau keberatan.

Tiba-tiba selepas cadangan dibuat dan -seperti pandangan-pandangan saya yang lain- ia mendapat liputan yang meluas, Saiful pula yang tampil mencabar DSAI untuk bermubahalah dan telah melaknat dirinya jika dia bohong. Sementara DSAI enggan menyahutnya atas alasan-alasan beliau. Maka, tiada sebarang konspirasi dalam cadangan ini, sebaliknya tujuan asalnya adalah untuk kebaikan beliau. Jika beliau enggan, maka para pengikutnya yang tidak perlu mempertikaikan pencadangnya”.

Sumber: http://drmaza.com

*Mungkin agak sedikit terlewat. Sepatutnya lebih awal Mufti membuat penjelasan. Keadaan menjadi kelam-kabut baru dijelas pendirian ini. Pelbagai pembohongan terhadap agama telah berlaku akibat syor ini.

Usaha Saat-saat Terakhir

Malam tadi saya, isteri dan sikecil pergi ke Permatang Pauh untuk berjumpa dengan seorang sahabat baik (yang juga seorang Ketua Pemuda Cawangan UMNO dan anak bekas Timbalan Menteri) yang sedang bertugas berkempen dan menjaga bilik gerakan BN kerana sudah lebih 6 bulan tidak ketemu. Dalam kebasahan hujan, saya mendukung sikecil sambil dipayungkan oleh isteri tercinta bersembang dengan sahabat baik saya ini sambil mendengar ceramah yang sedang diucapkan oleh seorang Adun wanita daripada UMNO Bahagian Gopeng, Perak. Tiada niat bahkan tidak berminat untuk mendengar ceramah BN/UMNO ini sebenarnya. Cuma hanya untuk bertemu sahabat baik saya ini.

Sambil bersembang, telinga mendengar segala butiran ceramah yang semuanya merupakan serangan peribadi ke atas Anwar Ibrahim sehinggakan diungkit kembali peristiwa pemilihan UMNO sewaktu Anwar mengalahkan Allahyarham Tun Ghafar Baba. Hati kecil terdetik, mengapa soal ini yang diutarakan? Sudah habis modalkah untuk berkempen?

Selang beberapa minit, pengerusi majlis mengumumkan ketibaan YAB Timbalan Presiden beserta calon pilihanraya P44 ini. Agak teruja hendak mendengar apa ucapan Najib ini. Seperti biasa, serangan peribadi terutama sekali isu sumpah menjadi modal bicara Timbalan Presiden ini yang saya lihat agak dangkal digunakan oleh beliau yang sepatutnya dan hanya layak digunakan oleh pemimpin-pemimpin peringkat cawangan sahaja. Bukan taraf Timbalan Presiden untuk bicara seperti pemimpin peringkat bawahan dengan serangan peribadi sedemikian. Sepatutnya diterangkan agenda parti untuk pengundi-pengundi P44. Tambah membuat saya tersenyum seketika sambil berpandangan mata dengan isteri dan melihat keadaan sekeliling, hanya beberapa kerat manusia sahaja yang hadir ke sesi ceramah Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Di pagi yang hening ini saya merafa'kan pengharapan kepada Ilahi supaya dilembutkan hati para pengundi P44 esok hari supaya mengundi Anwar Ibrahim dan supaya kemenangan diberikan kepada beliau agar tamat segala kisah fitnah-memfitnah dan manipulasi agama oleh mereka yangg sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan peribadi.

Allah Maha Besar!!

Begitulah kebesaran Allah.




Mubahalah - Satu Tanggapan Salah Masyarakat

Senario semasa kini kian memperkatakan tentang mubahalah (sumpah laknat) rentetan daripada sumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari tempohari. Sana sini ramai orang yang membicarakan soal ini manakala media perdana begitu asyik mengutarakan isu sumpah laknat ini. Sehinggakan ramai pemimpin-pemimpin kini sudah pandai bersumpah dengan menyebut "Wallahi, wabillahi, watallahi".

Ada yang semacam tidak kena berkenaan senario ini. Akibat daripada salah penjelasan atau tidak salah juga sekiranya dikatakan untuk kepentingan politik sesetengah pihak maka isu mubahalah ini semacam menjadi penentu kepada betul atau salahnya seseorang itu berkaitan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

Mubahalah, telah disyorkan oleh Sahibus Samahah Dr. Asri, Mufti Perlis atas tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim. Tiada apa yang salah berkenaan syor ini. Namun, apabila Saiful sudah bersumpah, ada di kalangan kita yang terus menerus yakin dan percaya bahawa Saiful berkata benar manakala Anwar Ibrahim berbohong dan pengecut serta mengambil pendekatan takut kerana salah. Walhal, Mufti Perlis juga pernah menyatakan bahawa mubahalah ini hanya untuk menjernihkan keadaaan yang kusut dek kerana tuduhan sebegini tetapi tidak sampai untuk membuktikan yang mana benar dan yang mana salah.

Belum lagi sebarang perbicaraan dijalankan, hanya dengan sumpah, maka segelintir kita yang kononnya bercakap soal kebenaran & iman, telah pun menjatuhkan hukuman ke atas Anwar Ibrahim tanpa mengikut lunas-lunas perundangan Islam & mahkamah jenayah sivil di Malaysia yang segala hak untuk mendapat perbicaraan yang adil termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa ini? Perlu kita soal kembali hati & sanubari sedalamnya, apakah ini wajar? Apakah dengan hanya bersumpah (bermubahalah) maka kita sudah berjaya membuktikan yang kita bercakap benar? Apatah lagi sebenarnya konsep mubahalah itu sendiri disalahtafsir oleh segelintir kita yang berlagak pandai dan hanya mengikut apa yang dikatakan oleh sipolan bin sipolan tambahan lagi sekiranya sipolan itu punyai jawatan yang bersangkutan dalam hal ehwal agama tidak kira apa gelaran yang dipegang samada ustaz, kadhi, imam, mufti, ulama dan sebagainya.

Amat mendukacitakan ada dikalangan kita yang berhujah menggunapakai Fiqh Waqi' atau Fiqah Waqiyyah (Fiqah Realiti Setempat) untuk mewajibkan Anwar Ibrahim turut bersumpah seperti Saiful bagi membuktikan kebenaran. Fiqh Waqi' tidak sampai mewajibkan Anwar untuk bersumpah bahkan juga tidak mewajibkan Saiful untuk bermubahalah. Amat sempit pendekatan seperti ini. Jika sekiranya Fiqh Waqi' dijadikan sandaran maka sudah pastinya keperluan tuduhan liwat Saiful ini dibawa ke mahkamah kedua-duanya syariah & jenayah sivil.

Cuba kita bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim itu adik, abang, pakcik, datuk bahkan ayah kita sendiri yang dituduh sedemikian dan pihak yang menuduh bersumpah seadanya maka orang ramai mula menaruh syak bahkan terus menghukum akan salahnya adik, abang, pakcik, datuk atau ayah kita tadi. Bagaimana perasaan kita ketika ini? Mungkin ada yang berkata, "kalau begitu bersumpah jugalah!" Namun bermubahalah dengan tidak memahami apa erti mubahalah yang sebenar akan hanya menambah dangkal bahkan berlaku pembohongan kepada agama sendiri.


Mubahalah ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya setelah segala proses menyelesaikan masalah ini telah diambil namun tetap menemui jalan buntu. Kita bandingkan kembali dengan situasi semasa, apakah sudah digunakan segala proses untuk menentukan tuduhan ini wujud atau pun tidak? Pun begitu ramai yang hanya berpandukan kepada ayat 61 Surah Ali-Imran sahaja tanpa melihat kepada konteks keseluruhan asas kepada ayat mubahalah ini.

Ayat mubahalah dalam surah Ali-Imran ini diturunkan khusus kepada Rasulullah SAW untuk berdepan dengan pegangan Nasrani Najran berkenaan status Nabi Isa Alaihisalam. Setelah segala dialog dan hujah diberikan oleh Baginda, Nasrani Najran tetap berpegang teguh dengan pendirian bahawa Isa itu anak Allah. Maka turun ayat yang ke 61 menyuruh Baginda bermubahalah. Jelas, ia soal aqidah. Soal pegangan ketauhidan bahawa Isa itu perumpamaannya sama seperti Adam Alaihisalam. Bukan soal jinayat atau ibadat. Sebelum kita terus pergi ke ayat 61, perlu kita lihat kembali keseluruhan konteks asbabun nuzul ayat ini dengan bermula daripada ayat 58 sehingga 63. Jangan biasa untuk hanya mengambil satu-satu ayat dan terus dijadikan hujah kepada premis kita. Cuba kita renung ayat-ayat ini: -

58:3 " Demikianlah (kisah Isa), Kami bacakan kepada kamu sebahagian daripada bukti-bukti (kerasulannya) dan (membacakan) Al-Quran yang penuh hikmah."

59:3 " Sesungguhnya perumpamaan Isa di sisi Allah, adalah sama seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam daripada tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah"(manusia) maka jadilah dia."

60:3 "(Apa yang telah kami ceritakan itu) itulah yang benar, yang datang dari Tuhanmu, kerana itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu."

61:3" Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu) maka katakanlah (kepadanya) : "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu: kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la'nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."

62:3" Sesungguhnya ini adalah kisah yang benar, dan tidak ada Tuhan selain Allah; dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

63:3" Kemudian jika mereka berpaling (dari menerima kebenaran) , maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan."

Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah; “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61). Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak sesuatu dari Syari’at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir al-Qasimi).

Pelbagai kitab tafsir menghuraikan ayat-ayat ini yang ayat 61nya dipanggil ayat mubahalah ini.

Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad; Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah. Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah tidak berkata; “Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus bagi umat kamu”. (Zadul-Ma’ad, 3/643)

Ada di kalangan ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan pertentangan yang sukar diselesaikan kecual dengan bermubahalah. Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat). Apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat). (Tafsir al-Qasimi al-Musamma; Mahasin at-Takwil [Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi]).

Masyarakat Melayu kita khususnya punyai kepercayaan bahawa sekiranya seseorang sanggup bersumpah dengan memegang Al-Quran dan sanggup pula berada di dalam masjid, maka orang itu sudah semestinya bercakap benar. Namun kepercayaan ini mudah disanggah. Lihat sahaja di mana ada orang yang sanggup masuk ke masjid untuk mencuri tabung masjid. Mencuri kasut di masjid bahkan pendedahan Mastika terhadap mereka yang sanggup mengoyak, memijak, buang air kecil hatta melakukan hubungan jenis berlapikkan Al-Quran sebagaimana yang telah dilakukan oleh remaja-remaja Melayu Islam kita beberapa bulan yang lalu.

Dan kita bandingkan pula sumpah itu dengan segala fakta yang bercanggah dan laporan perubatan khususnya mendapati Saiful tidak diliwat sebagaimana catatan saya tempohari. Segala yang berkaitan tuduhan liwat ini seakan ada motif yang amat mendesak untuk menghalang kembalinya karier Anwar Ibrahim dalam politik. Sebab itu sumpah Saiful ini bersifat politik. Apakah sumpah yang bersifat politik ini boleh dihujahkan sebagai mengikut syariat islam? Apakah ia menurut apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW dalam ayat yang di atas? Apakah Fiqh Al-Waqi' membenarkan mubahalah atas motif politik ini suatu yang wajib? Apakah dengan bermubahalah akan selesai tuduhan liwat ini? Bagaimana dengan segala proses undang-undang di Malaysia ini?

Sabtu, Ogos 23, 2008

Turning Jiu-Jitsu on its head

Mari kita keluar sebentar daripada polemik politik tanahair yang kian mendebarkan.


8.04.2008

Turning Jiu-Jitsu on its head

Discover Roleta’s weird-jitsu, and the moves that wrote the history of the modality’s competitions
First published GM# 122



“If you put your mind to it, you can do anything.” This saying, which very well could be something out of an article by our columnist Martin Rooney, in fact came from the mouth of Roberto “Roleta” Magalhães. This is the motto that perfectly sums up the story of this engineer – doing his masters in industrial engineering – who debuted as a black belt by surprising the star Wallid Ismail to win the first World Championship as a light heavyweight, in 1996. Wallid, then the most famous fighter not in the Gracie family, was confident he would win – he promised to cut off his hand if he lost – but he had never seen anything like Roleta’s bizarre leverage. After holding out for nine long minutes, Roleta managed to take Wallid’s back, and consequently the title. More impressive still: he accomplished this feat with something called the helicopter, a trap in which the attacker sees himself in a position of apparent total control, only to fall victim to the pendulum turning the situation around completely. (Don’t worry: we will show the move in detail coming up.)

The journey through four world championships started there and went on till 2000 (interrupted only in ’99), and Roleta’s “weird-jitsu” was proving to be a menacing weapon – and worse, a true enigma. Roleta explains how his curious guard works: “The worst thing in Jiu-Jitsu is to feel like you are getting squashed, but when I play guard and they squash me, as my spine is very flexible, I actually feel comfortable.”



So impenetrable was his guard that, during the last years that he competed (Roleta abandoned competition in 2001), his adversaries didn’t even try to face him – they would go straight for his foot. And so it was, with an unprecedented americana on the foot, that Rodrigo Comprido submitted Roleta in the World Championship of 1999, after Roberto had made it past, in another notable fight, Minotauro, who had just debuted in MMA a month earlier. Fernando Margarida also tried to subjugate Roleta to an attack to the foot in 2000, but this time the engineer avoided the submission and won with two sweeps. Roleta recovered his light heavyweight title, to retire as world champion.

Weird... but simple?
Throughout his competitive career, Roleta’s indecipherable style helped him to achieve historic victories. That was the case with the fights that linger in the imaginations of Jiu-Jitsu aficionados – the reversal he used on Saulo Ribeiro, the sweeps he used against José Mario Sperry, Fernando Margarida and Murilo Bustamante. That only to name battles deciding big championships. But could it be that Roleta’s odd holds and moves are accessible to all? Would the average fighter be able to apply the principles of weird-jitsu effectively?

There are limits. But, basically, yes. Brown belt Bruno Melo, Roleta’s disciple of eight years and teacher in his master’s academies, told us, during the photo session for this article, how some of the moves Roleta performs are impossible for him to do, as he doesn’t have long legs. However, Bruno reveals: “My style is similar to his – I also have a real aggravating guard.”
According to the inventor himself, the style goes well beyond a set of physical characteristics allowing one or another particular move to be executed. The method is the fruit of inspiration and study, and has been making its mark for years. “In the beginning I’d write some things down, I would dream about positions, and then I’d show up at the gym with notes all over my hand and test them out,” he tells. “After some time doing this I could see some of the guys from other gyms copying me – while the guys at Gracie Barra, who could see me every day, thought I was nuts.”

Now are there any new little Roletas in the making at Black House and Recreio Fitness (the two gyms where Roberto is teaching, in Rio)? “We teach what we know,” the instructor comments, “so my groups end up being composed half by students with my style and half by students with a normal style, which adds a good dynamic to the classes.”

So, as you can already tell, weird-jitsu is, although complex, a logical system that is learnable. But wait. Sitting on the mat, staring into space, Roleta says, matter-of-factly: “You know, I’ve been thinking about developing a system for no-gi Jiu-Jitsu.” That’s right, the imagination of Roleta – who guarantees he will leave “retirement” if he were to receive an invitation to fight at the ADCC – appears to have no bounds, as you will see next in the move with the provisory name “flying butterfly,” or “eagle’s flight,” or something to that effect. The goal of the maneuver seems to be to incapacitate your opponent with laughter – and believe me: it works. You never know, the next innovation in Jiu-Jitsu could be right around the corner, so it would be a good idea not to stop studying – or practicing!











* Sources taken from www.graciemag.com

Triangle choke from the spider guard

04.03.2008

Triangle choke from the spider guard

Rodrigo Medeiros is not that “do as I say, not as I do” kind of teacher. Whoever has the opportunity to train with the black belt from Carlson Gracie’s golden generations, which includes such names as Murilo Bustamante, José Mario Sperry, Ricardo Libório and Wallid Ismail, knows that they are absorbing knowledge from a real competition hog.
First published feb 2007

In his career, which began at 5 years of age, in Rio de Janeiro, Rodrigo competed in more than 80 different tournaments, and remains active to this day, having won, among other titles, the black belt lightweight International Master and Senior category in 2001. Now living in the United States for the last 11 years, Rodrigo is responsible for two successful academies in California, one in Pacific Beach, San Diego, and the other in La Habra, Los Angeles, and that is where he has pursued his development as a teacher and followed the progress of his students. From the many things he has to teach, Rodrigo set aside the following move for GRACIE Magazine readers.



*Sources taken from www.graciemag.com

Disebalik Sumpah Saiful

'Saya imam sah, memang ahli Pemuda Umno' - Ramlang saksi sumpah Saiful

MStar Online
21 Ogos 2008



Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

MOHD. Saiful Bukhari Azlan bersalam dengan Ustaz Ramlang Porigi selepas menyempurnakan upacara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan pada Jumaat lalu.

PETALING JAYA: Ustaz Ramlang Porigi yang menyaksikan upacara bersumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu menafikan dakwaan yang tersebar dalam internat bahawa beliau bukan seorang imam bertauliah, sebaliknya hanya bilal.

"Dakwaan itu mungkin dirujuk kepada jawatan saya dalam Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) iaitu sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam," kata Imam Masjid Wilayah Persekutuan ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, menurut Ramlag, apabila ditempatkan di Masjid Wilayah Persekutuan, beliau menjalankan tugas sebagai imam dengan gred perkhidmatan S17.

"Di sini saya ialah seorang imam. Saya juga bertindak sebagai jurunikah dan ketua amil.

"Tetapi saya bukan imam besar kerana di masjid ini terdapat sembilan orang imam yang ditempatkan oleh Jakim," katanya.

Ramlang mula dikenali apabila bertindak sebagai saksi semasa Saiful, bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jumaat lalu.

Berhubung kenyataan yang mengatakan beliau adalah ahli Umno di kawasan Parlimen Permatang Pauh, beliau mengakui perkara tersebut.

"Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh," kata beliau.

Tinjauan mStar Online di Permatang Pauh mendapati risalah edaran yang mempertikaikan Ramlang sebahagi ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.

Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."

Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh bermula Sabtu lalu manakala hari pengundian pula Selasa depan.

Beliau juga didakwa mengikuti pengajian di kawasan Penanti beberapa tahun lalu.

Beliau yang berasal dari Sabah menjelaskan, pernah belajar di Pondok Penanti Permatang Pauh selama tujuh tahun sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2003.

"Semasa saya belajar di sana saya mendaftar sebagai ahli Umno," katanya.

Ditanya sama ada beliau pulang mengundi di Permatang Pauh pada pilihan raya umum lalu, beliau berkata, tidak dapat berbuat demikian kerana menjalankan tugas.

"Kali terakhir saya mengundi di sana ialah pada tahun 2004. Pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini pun saya rasa tidak berpeluang untuk pulang mengundi kerana faktor keselamatan," katanya yang mengakui menerima nasihat agar tidak pulang mengundi oleh kenalan yang masih berada di sana.


*Sumber Malaysiaaktif.com

Ahad, Ogos 17, 2008

Sumpah Ragu

Maka bersumpahlah Saiful dengan nama Allah di dalam masjid sambil memegang Quran mengatakan bahawa Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur Saiful pada 26hb Jun 2008. Majlis sumpah itu pula memang sengaja diadakan sehari sebelum penamaan calon P44 Permatang Pauh. Sudah pasti mengundang pelbagai persoalan politik meski Saiful dan diulangi semula oleh Najib bahawa itu persoalan peribadi Saiful dan Anwar.

Saya tidak berminat menyentuh dari sudut agama meski saya berpandangan bahawa tiada sumpah sambil junjung Quran (tidaklah pula Saiful junjung Quran??) dalam Islam & Quran sendiri melainkan isu Li'an. Ini tidak lebih hanyalah adat masyarakat Melayu sejak turun-temurun.

Sumpah Saiful ini sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan daripada menjelaskan keadaan. Lebih-lebih lagi dari sudut perundangan (bagi kes liwat terbaru Anwar Ibrahim).

Beberapa fakta menarik (bercanggah) daripada sumpah berdarah Saiful ini yang boleh dikupas :-

1. Saiful menyatakan Anwar Ibrahim telah meliwatnya pada 26 Jun 2008 & begitu juga dalam kertas pertuduhan Anwar di bawah Seksyen 377B KK. Saiful pada sidang media selepas bersumpah menegaskan bahawa dia dipaksa. Sedangkan sejak hari pertama Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, dia menyatakan diliwat beberapa kali & terakhir pada 26 Jun 2008. Media perdana juga turut memfokuskan berlakunya liwat berulangkali. Andaikata dipaksa & berlaku berulangkali, mengapa Sesyen 377B yang digunapakai dan mengapa hanya dinyatakan 26 Jun 2008? Meski Menteri Dalam Negeri berpendapat bahawa Mahkamah nantinya boleh meminda pertuduhan kepada Seksyen 377C KK, pendapat tersebut adalah sangat tidak wajar. Kenapa memilih untuk menuduh adanya 'suka sama suka' sedangkan dari awal dikatakan dipaksa? Kenapa memilih hanya satu tarikh sedangkan banyak tarikh-tarikh lain tidak dinyatakan dalam pertuduhan?

2. Saiful dakwa diliwat berkali-kali dan yang terakhir pada 26 Jun 2008. Najib pula semasa hari kedua sidang media mengesahkan Saiful pernah datang berjumpa dengannya pada 25 Jun 2008 mengadu mengenai diliwat oleh Anwar dan bercadang membuat laporan polis. Mana mungkin keesokkannya pula dia diliwat kali terakhir?

3. Menurut laporan perubatan Dr. Osman, Saiful mendakwa 'a plastic has been inserted into my anus'. Kan tambah bercanggah!

Segala percanggahan ini beserta dengan kenyataan Dr. Osman nantinya akan menimbulkan keraguan yang munasabah. Saiful sudah pasti akan disoal-balas oleh peguam Anwar berkenaan ini. Sekiranya pihak pendakwaraya tidak dapat membuktikan pertuduhan melampaui keraguan munasabah, maka mereka akan gagal untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan ini kerana beban bukti (onus probandi) dalam kes jenayah bagi pendakwaraya adalah untuk membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Sebab itu, persepsi sumpah Saiful ini tambah meragukan.


Khamis, Ogos 07, 2008

Episod Telah Bermula

DSAI telah dituduh di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari pada 26 Jun 2008 (bukankah pada tarikh ini DSAI baru pulang dari Madinah mengerjakan umrah & diundang memberi syarahan serta pada malamnya bersama-sama pimpinan PKR Selangor bermesyuarat? Tidak mengapa, isu alibi ini boleh dibangkitkan oleh panel peguam semasa bicara nanti) dan alhandulillah DSAI dibenarkan diikat jamin dengan bon peribadi berjumlah RM 20,000-00 tanpa penjamin meski peruntukan Seksyen 377C KK tidak membenarkan sebarang jaminan. DSAI hanya perlu bayar sekiranya pada tarikh sebutan akan datang, DSAI tidak hadir ke Mahkamah. Sengaja saya letakkan Seksyen 377C KK kerana dikatakan DSAI meliwat Saiful dengan tanpa kerelaan Saiful. Sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam entri sebelum ini mengenai kesalahan liwat. Tapi di mahkamah tadi, DSAI telah dibacakan pertuduhan di bawah Seksyen 377B KK bererti adanya kerelaan pada pihak Saiful. Makanya, si pengadu juga mesti dituduh di bawah Seksyen ini. Mungkin pihak pendakwaraya agak tergesa-gesa merangka pertuduhan sehinggakan terlupa untuk mengubah Seksyen atau mungkin difikirkan agak payah untuk membuktikan DSAI meliwat Saiful dalam keadaan memaksa.

Namun, ada juga kes-kes di mana jamin tidak dibenarkan di bawah peruntukan undang-undang seperti kes bunuh Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah tetap memberikan jaminan atas sebab-sebab yang khusus. Di antara alasan-alasan untuk membenarkan jaminan adalah masalah kesihatan, Orang Kena Tuduh (OKT) memberikan kerjasama dengan pihak polis serta tiada sebab untuk melarikan diri, OKT seorang warganegara Malaysia dan tiada sebab untuk keluar negara dan OKT tiada sebab boleh berhubung atau dipercayai boleh mengganggu saksi atau mangsa. Sebagai contoh, kes Balwant Singh, seorang peguam senior yang dituduh di bawah Seksyen 302 KK dahulu. Mahkamah telah membenarkan jaminan atas alasan kesihatan. Banyak lagi kes-kes yang seperti ini wujud. Tetapi, mengapa pada tahun 1999 dulu DSAI tidak dibenarkan diikat jamin. Dari sudut perundangan, ia adalah budi bicara mahkamah. Terpulang kepada seseorang majistret atau hakim untuk membenarkan sebarang jaminan atas alasan-alasan yang kukuh. Namun dari sudut politik, ia semacam suatu tekanan atas DSAI supaya kendur, diam tidak bersuara dan jangan melawan sehingga selesai perbicaraan.

Nampaknya, ramai yang sudah peka akan kesan yang mungkin timbul sekiranya DSAI tidak dibenarkan diikat jamin. Tambahan lagi DSAI akan bertanding di P44 pada 26 Ogos ini nanti. Pun begitu, persoalan sekarang timbul, bagaimana dengan siasatan BPR yang dibuat oleh DSAI terhadap KPN dan Peguam Negara? Belum selesaikah? Kertas Siasatan belum lengkap lagikah? Sedangkan, selang masa laporan Mohd Saiful Bukhari dan laporan DSAI tidak berapa lama. Macam mana yang satu disiasat polis telah lengkap dan satu disiasat BPR belum ke mana-mana?


Rabu, Ogos 06, 2008

Episod Akan Bermula

DSAI akan dituduh di mahkamah esok dan sudah pastinya beliau akan terus menerus berada dalam tahanan mulai esok dan sepanjang perbicaraan kerana peruntukan Seksyen 377C KK tidak membenarkan sebarang jaminan. 16 Ogos nanti hanya DSWA sahaja nampaknya yang akan mewakili DSAI untuk menyerahkan borang pencalonan. DSAI sudah pasti tidak dapat berkempen untuk dirinya bagi pilihanraya kecil kali ini.

Tarikh Undi & Sepina

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru sahaja mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihanraya kecil P44 Parlimen Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008 manakala tarikh pengundian pada 26 Ogos 2008. Pada saat entri ini ditulis, BN masih lagi belum mencapai kata putus siapa yang akan bertanding melawan DSAI. Pada masa yang sama, Polis telah menyerahkan sepina kepada DSAI supaya hadir ke mahkamah pagi esok. Tidak sebarang penjelasan oleh pihak polis, media mahupun DSAI sendiri akan tujuan sepina tersebut. Namun, dapat dirasakan, sepina tersebut adalah untuk DSAI menghadirkan diri bagi menghadapi pertuduhan liwat memandangkan kertas siasatan (IP) telah pun siap & telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Polis bertindak 'bijak' kali ini, kerana hanya memilih untuk menyerahkan sepina daripada menangkap DSAI bagi mengelakkan kemarahan rakyat.